Wednesday, September 14, 2016

Mari2!! beli Japan Munafie Slimming Panty



Salam sejahtera semua...

Kalini saya ada produk bagus untuk di kongsi bersama. Mari2!! beli Japan Munafie Slimming Panty

Japan Munafie Slimming Panty ni dengan mudah boleh sorok kan perut yg geleber dan lemak-lemak berlebihan tu.. Dan panties ni juga dapat memberikan effect slim bagi perut yang boroi.

Panty ajaib! Pakai terus tersorok perut dan segala lemak dan selulit tu.. 90% customer yg sudah mencuba PASTI REPEAT ORDER!






KELEBIHAN MUNAFIE SLIMMING PANTIES.

● BUNCIT@BOROI HILANG DALAM SESAAT
● PERUT BUNCIT langsung jadi RATA !!!!
● Tak perlu risau sakit perut sebab ketat.
● Tak bergulung bila duduk.
● Tak berpeluh walau seharian pakai.
● Sangat selesa.
● Membentuk lekuk tubuh.


FUNGSI MUNAFIE SLIMMING PANTIES.

• Mengecilkan perut.
• Melangsingkan pinggang.
• Membakar lemak yang berlebihan.
• Menaikkan dan mengencangkan punggung.
• Melancarkan peredaran darah dan metabolisme.
•JAPAN SLIMMING PANTY sebaiknya di pakai sejak awal kerana dengan memakai terus akan mencegah kegemukan

~SELAMAT MENCUBA MUNAFIE SLIMMING PANTS~

Color : black, skin, brown
Free size muat sehingga pinggang 104cm..
Material sangat selesa dan breathable. Kain sejuk.

STOCK TERHAD!! 



Whatsup cepat!! +60122928371 (ana)


HARGA MAMPU MILIK HANYA  RM 10.00 untuk satu
Jika beli lebih harga postage tetap sama. Jadi apa tunggu lagi
Mari2 beli… 

Postage
Semenanjung Malaysia RM8
Sabah / Sarawak RM12



Thursday, September 1, 2016

LEMBU ARWAH ABAH MELAHIRKAN ANAK

Salam sejahtera semua...

Lama tidak bersiaran...
Hari ini ingin berkongsi perasaan.. Lembu arwah abah telah melahirkan seekor anak jantan.. Ni kalau arwah abah masih ada tentu dia sangat gembira..




Sejak arwah abah meninggal, lembu - lembu abah dipelihara oleh adik lelaki.. Dia menjaga semua lembu abah dengan baik sekali..

Inilah kenangan yang ditinggalkan..

Semoga arwah abah sentiasa dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang-orang beriman..

Amiinnn....

Saturday, July 16, 2016

SEMOGA ABAH SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Buat abah yang dirindui...

Pada awal ramadhan 2016..kami adik beradik berkongsi duit untuk membinakan kepok dan batu nisan untuk abah.. syukur alhamdulillah banyak urusan abah dipermudahkan oleh Allah.. Semoga abah selamat disana dan abah tergolong bersama-sama orang beriman dan ditempatkan di syurga.

Hari ini 16 hb julai 2016, sudah 5 bulan 2 hari abah meninggalkan kami..sebaknya rasa hati.. tapi jiwa harus kental untuk meneruskan kehidupan.. Wasiat abah akan cuba ditunaikan.. surat Wasiat abah bertarikh 1 jun 2014, yang abah simpan rapi dan penuh dengan kesan air mata amat menyentuh hati kami sebagai anak- anaknya.. Sayangnya abah kepada kami... Pengorbanan abah selama membesarkan kami tidak terbalas dengan wang ringgit..

Abah meninggalkn kami pada pagi ahad,14 februari 2016 kerana kemalangan jalan raya.. Abah meninggal di tempat kejadian.. Abah menaiki motosikal dan dilanggar kereta grand livina..

3 hari selepas abah meninggal..kami adik beradik mengemas bilik abah.. saya orang pertama menemui surat wasiat abah..Ya Allah..menggeletar rasanya.. wasiat bertulis tangan dan bertanda tangan abah.. nama saya adalah nama pertama ditujukan pesanannya.. seterusnya nama adik beradik lain dan nama mak di tulis disitu juga.. Abah wasiatkan saya untuk jaga keluarga, taat kepada suami dan berpegang teguh kepada tali Allah.. Besar tanggungjawab saya.. saya anak sulung 5 beradik.. ada lagi 3 orang masih bujang dan belum mempunyai pekerjaan tetap...

Abah... terima kasih abah.. saya sayang abah..saya akan tunaikn permintaan abah.. Abah ada berikan saya senaskah al quran minta saya baca..rupanya tu tanda abah akan pergi selamanya dan minta saya kirimkn bacaan alquran untuknya..Insyaallah abah..dalam masa 5 bulanni saya ada kirimkan bacaan 30 juzu khatam alquran pahala bacaannya hadiah untuk abah.semoga pahalanya sampai kepada abah..  semoga kubur abah diterangi dengan cahaya dan di jauhi daripada siksaan kubur dan diterima segala amal ibadahnya...

sebagai anak saya akan terus doakan keselamatan dan kesejahteraan abah disana..
al fatihah untuk abah..
Mohamad Jalal bin hj Ihsan


Friday, July 15, 2016

RAMADHAN DAN SYAWAL PERTAMA TANPA NENEK DAN ABAH


Ramadhan dan Syawal 2016 pastinya menjadi sejarah yang menyentuh jiwa buat kami sekeluarga kerana pada tahun ini kami tidak akan lagi dapat menyambutnya bersama 2 insan penting dalam hidup kami sekeluarga.. abah dan nenek..

Nenek meninggalkan kami pada 11 Oktober 2015 kerana sakit tua. 

Abah meninggalkan kami pada 14 Februari 2016 kerana kemalangan maut menaiki motosikal. Tragis dan amat menyayat hati kami.. 

Tidak sampai 4 bulan nenek pergi abah pula menyusul. Namun kami reda dan cuba untuk terus kuat melayari kehidupan ini tanpa abah dan nenek disisi..

Abah dan nenek adalah orang yang paling rapat dengan kami adik beradik. Terlalu banyak kenangan bersama mereka.. Disini saya kepilkan sedikit sebagai kenang-kenangan.. Setiap gambar ada ceritanya..

 Abah seorang yang alim dan rajin beribadah di masjid dan surau.. Dalam gambar di atas anak lelaki saya bersama abah selesai solat magrib di surau..

Ini adalah gambar kenangan semasa abah membantu saya menguruskan anak lelaki saya berkhatan beramai-ramai di masjid.. Beliau adalah tulang belakang saya dan orang penting yang telah berjaya merealisasikan impian saya untuk mengkhatankan anak lelaki saya..


Ini adalah gambar nenek bersama adik, emak mentua dan emak saya yang sedang melawat saya di hospital kerana sakit bersalin..

Pendek kata... abah dan nenek adalah insan yang penting dan amat dirindui.. Rindu yang tidak bertepi.. Doa kami sentiasa ada untuk mereka, jasa mereka amat ternilai dan hilangnya tiada penganti..




Monday, March 14, 2016

AMALAN ANAK-ANAK UNTUK IBUBAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Al fatihah untuk almarhum abahku Mohamad Jalal bin Hj Ihsan. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Diampunkan segala dosanya. Dijauhi daripada siksaan kubur dan api neraka serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan mendapat ganjaran syurga firdaus..Amin..


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibu bapa adalah orang yang paling berjasa kepada anak-anaknya. Bermula daripada kesusahan ibunya mengandung selama 9 bulan 9 hari. Kesusahan melahirkan anak-anak dan menyusukan dan membesarkan mereka.

Bagi anak-anak jasa dan pengorbanan ibu bapa sangat besar nilainya. Mereka dengan penuh rasa tanggungjawab membesar, mendidik dan memelihara anaknya hingga menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara. Seorang anak yang diasuh dan dididik dengan nilai agama, hendaklah memberi penghormatan dan kasih sayang sewajarnya kepada mereka.

Kita hendaklah menunjukkan rasa terima kasih dengan sentiasa berbuat baik dan tidak melanggar segala perintahnya, menjaga perasaannya jangan sampai terluka serta menjaganya ketika mereka dalam tua atau uzur.

Sememangnya, kedudukan atau darjat ibu bapa di sisi Allah sangat mulia dan tinggi sekali, sehingga menjadi sebagai ukuran penentu bagi keredaan dan kemurkaan Allah. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada kemurkaan ibu bapanya." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Hakim).

Berdasarkan maksud hadis di atas, seharusnya sebagai insan yang memiliki kesempurnaan akal, kita berusaha untuk mencapai keredaan ibu bapa. Namun dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini, kenyataannya masih ramai yang belum insaf dan tidak prihatin terhadap keterangan hadis di atas. Mereka dengan rasa tanpa segan silu, melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa yang banyak berjasa.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap yang hidup anak mati , mati tetap datang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur apabila saatnya sampai maka dia akan dijemput oleh Allah SWT untuk bertemu dengan-Nya di alam barzakh. Apabila ibu atau bapa kita sudah meninggal dunia atau kedua-duanya sudah kembali kerahmatullah, sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat kita berikan tanda kita kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa kita? , dan sebagai tanda penghargaan kita sebagai seorang anak yang soleh atau solehah?

 Terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim bahawa seorang sahabat bertanya Nabi SAW mengenai apakah jasa yang boleh dilakukan oleh anak kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.?

"Setiap kali Rasulullah SAW mengadakan majlis iaitu tempat baginda mengajar umatnya, ia sentiasa di penuhi oleh orang ramai. Pada suatu hari ketika baginda sedang duduk di sekeliling oleh para sahabat, datanglah seorang lelaki yang bernama Usaid bin Malik bin Rabiah menghadapnya. Dia adalah seorang pahlawan Islam yang sangat berani.

Setiap kali Nabi SAW mengadakan majlis itu, Usaid sentiasa menghadirinya. Dia merasakan segala nasihat-nasihat tentang agama dan ilmu itu sangat penting baginya. Ketika mereka sedang asyik mendengar syarahan dari baginda, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah. Sebaik sahaja dia masuk kemajlis itu dengan hormat dia pun bertanya kepada Rasulullah SAW :

“Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia.”

Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :

“Ya…dapat, sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu.”

Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam seketika tetapi di wajah masing-masing terbayang kegembiraan. Lelaki yang bertanya tadi masih tidak faham akan jawapan yang di berikan oleh Rasulullah SAW, lantas dia meminta baginda menerangkan sekali lagi.

Rasulullah SAW  tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :

1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.

2. Ilmu yang di menfaatkan dan

3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Setelah Rasulullah SAW berkata begitu barulah lelaki itu faham dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nabi SAW kerana telah memberi sesuatu yang besar menfaatnya kepada yang hidup maupun yang telah mati.”

(Hadis Riwayat Luqman Hakim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :

1. Sembahyangkan untuk mereka.

2. Mohon keampunan untuk mereka.

3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.

4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan

5. Muliakanlah teman-teman mereka.

6. Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk  kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)

Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.

1. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.

2. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.

3. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.
Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada simati :

Abu al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.

Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)

Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk: “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan: “Al-Syafie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan: “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Quran. Mereka mengatakan: Jika mereka mengkhatamkan al-Quran kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah: Beirut, 1996, hlm. 142 )

Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata: “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Quran di kubur. Lalu beliau menjawab: “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya: “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Quran di sisinya.”

4. Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah  Islam dan tukar hak milik kepada anak-anak, kerana berat dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam barzakh.

5. Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh upahkan haji untuk mereka (niatkan upah haji untuk mereka).

6. Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat,  bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.

Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.

Sahabat yang dikasihi,
Teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Apabila kita selesai solat fardu atau ketika berada diwaktu-waktu akhir malam , waktu mustajab doa maka berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa kita yang telah meninggal dunia :

Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.

Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.

Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.

Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.

Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka.

Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.

Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.

Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.

Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.

Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan,

Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin.  Amin

Friday, February 5, 2016

KELEBIHAN ISTIGHFAR DAN SALAM JUMAAT






Salam sejahtera semua... alhamdulillah bertemu kita di hari jumaat penghulu segala hari..
cepatnya masa berlalu sekarang diam tak diam sudahpun masuk bulan februari.. Semoga hari-hari mendatang akan bertambah bahagia dan hidup kita semua sentiasa di dalam redha dan keberkatan Ilahi..


Hari ini sempena hari yang mulia hari jumaat. Saya ingin berkongsi kepada semua tentang kelebihan istighfar.

Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua..

Salam jumaat..




Tuesday, January 12, 2016

KEBUN PETOLA DEPAN RUMAH


Entri kalini saya akan kongsikan berkenaan kebun petola depan rumah.. Huhuhu..
Meh cuci mata yer tengok pokok petola yang sedang berbuah... Walaupun petola ni ditaman di depan rumah saya. Tapi tukang tanamnya ayah saya, hehehe... bukan saya tau...

Biji benih petola ini saya beli semasa MAHA di MAEPS, Serdang pada tahun lepas.




Gambar di atas adalah gambar petola yang sudah tua.. Senggaja tidak dipetik dan dibiarkan begitu untuk dijadikan baka dan di taman semula biji benihnya bila tiba masanya nanti...

BASIKAL BARU LAGI...


Salam sejahtera semua..
Ini cerita tentang basikal baru lagi... Kalau perasan sebelumni pernah ada post berkenaan basikal baru.. Basikal baru sempena Aidilfitri...


Kalini basikal baru lagi.. cuma bezanya sempena bersunat.. Basikal ini dibeli dengan duit sunat yang diperolehi...


Asalnya basikal yang dibeli adalah basikal seperti gambar di atas ini.. Namun apabila double check didapati kondisi basikal ini tidak ok sebab ada 2 gelembung pada tayar basikal belakang.  Jadi pada hari yang sama jugak kami kembali ke kedai itu untuk tukar basikal lain. Alhamdulillah.. dapat tukar basikal lain sebagai ganti...




Thursday, January 7, 2016

IBU BEKERJA VS SURI RUMAH SEPENUH MASA


Salam sejahtera semua.. Alhamdulillah sudah tahun baru 2016..
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua..

Gambar di atas adalah gambar diambil semasa saya mengambil anak sekolah tadika. Anak request nak air kotak 2.. Dahaga sangat katanya.. Huhuhu.. layankan jela yang penting dia seronok sekolah..

saya telah mengambil cuti 2 hari pada awal sesi persekolahan kerana menguruskan 2 orang anak bersekolah.. Wah.. penatnya jadi suri rumah sepenuh masa pada 2 hari tersebut...huhuhu... Rasanya kerja rumah dibuat tak siap-siap.. tak habis-habis.. dan tak sudah-sudah... Stress pun ada jugak rasanya dah..huhuhuhu



Gambar di atas adalah gambar anak-anak saya.. Sikecik pun nak bangun pagi.. Abang-abangnya bersiap nak ke sekolah, sikecik pun mengangis nak ikut..huhu... InsyaAllah tahun depan bolehlah masuk tadika jugak yer.. follow abg..

Saya rasa beruntungnya saya jadi seorang ibu yang bekerja.. Walaupun menguruskan persekolahan anak-anak dan makan minum mereka dan pada masa yang sama menunaikan tugas sebagai seorang pekerja yang makan gaji. Bertemu kawan-kawan ditempat kerja, sibuk dengan tugasan harian..  Walaupun penat tapi seronok..

Kesibukan saya ini lebih berbaloi jika dibandingkan saya menjadi suri rumah sepenuh masa.. memerap di rumah dan melakukan kerja-kerja rutin yang tak sudah-sudah... Cukupla 2 hari saya ambil cuti untuk menjadi suri rumah sepenuh masa..huhuhu

Oh!! salute saya pada ibu-ibu suri rumah sepenuh masa diluar sana...

PROMOSI PENAPIS AIR CUCKOO

Selamat sejahtera semua...  PENAPIS AIR CUCKOO Harga promosi rm60 sbln sahaja!! akan tamat hujung bln ni..  Mari2 semua..sesiap...