Thursday, October 29, 2015

BAYI DALAM MESIN BASUH


Seorang warga emas terkejut menjumpai seorang bayi perempuan yang baru lahir di dalam mesin basuh di rumahnya di Kampung Ulu Dulang Kecil, di Yan malam semalam.
Zainol Hamid, 71, berkata dia terdengar seperti bayi menangis dari arah bilik air di bahagian dapur rumahnya semasa menonton televisyen kira-kira pukul 10.30 malam.

"Pada awalnya, saya ingatkan bunyi hantu kerana tiada bayi dalam rumah. Semua cucu saya sudah besar. Saya beranikan diri mencari bunyi tersebut dan terkejut apabila menemui bayi tersebut kemudian," katanya kepada pemberita hari ini.
Zainol berkata bayi itu tidak berpakaian dan masih bertali pusat serta dalam keadaan sihat semasa ditemui.
Katanya bayi seberat dua kilogram lebih itu menangis mungkin kerana kesejukan.
"Saya panggil anak saudara yang tinggal berhampiran untuk mengeluarkan bayi itu kerana takut. Anak saudara saya kemudian membuat laporan polis dan bayi itu dihantar ke Hospital Yan untuk rawatan lanjut," kata Zainol.
Katanya dia percaya orang yang membuang bayi itu memasuki rumahnya melalui pintu belakang yang tidak berkunci.
Ketua Polis Daerah Yan DSP Muhamad Halim Yatim mengesahkan menerima laporan penemuan bayi itu pada pukul 10.44 malam yang sama.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai masuk ke rumah melalui pintu belakang yang tidak berkunci.
- Bernama

Wednesday, October 28, 2015

BILA BERSEMBANG JADI BERTENGKAR


Salam sejahtera semua… Kalini saya ingin berkongsi tentang Bila Bersembang Jadi Bertengkar..Mungkin kita tak sedar bahawa kita kerap terjebak di dalam pertengkaran mengenai sesuatu perkara yang tidak penting pun untuk diri kita? Lazimnya pertengkaran itu bermula dengan sebuah pertanyaan kepada seorang rakan kerana niat untuk berbual-bual.

Namun, apabila kita mendengar jawapannya, kita mengambil serius dengan responsnya. Perkara yang santai pun boleh berubah menjadi sesuatu yang menghangatkan suasana. Walhal, dia juga menjawab sekadar berbasa-basi, hanya mengikut rentak bersembang dengan kita. 


Contohnya isu tentang BRIM atau Bajet 2016. Kita pula akan memberi respons mengikut persepsi kita. Jika kita sependapat dengannya, maka perbualan akan menjadi semakin bersemangat. Sebaliknya jika kita dan dia mempunyai pandangan yang bertentangan, perbualan bertukar menjadi kritik mengkritik. Malangnya, jika berlarutan, ia boleh berakhir menjadi pertengkaran hingga bermasam muka.

Walhal, bukankah kita mulanya bertanya hanya sekadar ingin bersembang dengan seorang kawan? Sebaliknya, kita bertanya kepada seorang rakan yang sebenarnya hanya mendapat maklumat dari internet, whatsapp atau surat khabar. Dia pun sama seperti kita. Jadi, mengapa bersembang hingga boleh melarat sampai begitu? 

Sembang-sembang yang berubah menjadi pertengkaran bukan setakat berlaku dalam perbualan secara bersemuka. Malah, ia terjadi dalam perbualan di alam maya. Secara peribadi, sudah beberapa kali saya terpandang rakan Whatsapp yang left group semata-mata kerana tidak bersetuju dengan mereka yang tidak sependapat dengannya. Mengapa sampai begitu jadinya?

Ia berlaku apabila kita bertanya kepada orang yang sama juga seperti kita ~ tidak ada pengetahuan lengkap mengenai sesuatu perkara yang menjadi pokok persoalan. Jika kita bertanya kepada orang yang bukan ahli, berkuasa, berkelayakan atau bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara, maka maklumat yang kita terima, tentulah tersasar. 
Hampir semua orang akan menjawab apa jua soalan yang ditanya walaupun tidak tahu jawapan yang sebenar. Niat asal kita menjawab adalah untuk tidak menghampakan orang yang bertanya. Namun, apabila membuka mulut, kita malu dianggap tidak tahu mengenai sesuatu yang ditanya. Lantas, kita pun main belasah sahaja dengan apa jua jawapan yang terlintas di fikiran. 

Apabila tersilap menjawab, kita tidak pula mahu mengaku salah. Sebaliknya kita mempertahankan dengan hujah secara spontan dan logik. Logik bukan fakta. Kerana itu ia mudah goyah apabila dipersoal hingga berlaku pertengkaran yang tidak mendatangkan faedah bagi yang bertanya dan juga buat yang menjawab.

Orang yang bertanya pun tidak adil dengan kita. Apabila dia bertanya, dia bukan bertujuan untuk mendapat maklumat. Sebaliknya, apabila dia bertanya, biasanya dia sudah ada jawapannya yang tersendiri. Dia hanya mahu mendengar jawapan yang sama seperti apa yang sedang bermain di fikirannya. Apabila jawapan kita berlainan dengan jawapan yang sudah terpahat di fikirannya, maka mulalah dia mempersoal jawapan kita. 

Akhirnya ia berubah menjadi pertengkaran apabila ego menguasai diri. Kerana ego, kita menjawab bukan setakat ingin mempertahankan jawapan. Sebaliknya, kita menjawab dan berhujah untuk memenangi pertengkaran itu. Bukankah yang diingini dalam sesebuah pertanyaan ialah sebuah jawapan yang boleh menambah pengetahuan kita mengenai sesuatu perkara? Apabila terjadi soal jawab, bukankah masing-masing boleh bertukar fikiran dan mempunyai perspektif yang pelbagai mengenai tajuk yang dibincangkan? Siapa menang, siapa kalah bukan natijah yang kita sama-sama inginkan. 

Janganlah serius sangat apabila bersoal jawab dalam suasana sembang-sembang. Ia hanya pertukaran pendapat mengikut agakan masing-masing. Masing-masing pun bukan pakar mengenai sesebuah topik yang diperbualkan. Justeru, berpada-padalah apabila bertukar pendapat dan pandangan jika kita bukan mereka yang terlibat secara langsung ataupun ahli di dalam bidang yang dibicarakan. 

Bertengkar dan berbalah pada hal yang sebegitu hanya menghabiskan beras kerana sebenarnya ia adalah perangai orang yang tiada ilmu di dalam sesebuah bidang yang dibicarakan.

Wallahuaklam..sekadar luahan rasa untuk hari ini.. hehehe ^-^


Thursday, October 22, 2015

HAK, TANGGUNGJAWAB DAN IHSAN RESEPI HIDUP BAHAGIA


Selamat pagi semua.. Pagi ini saya tertarik untuk berkongsi dengan pembaca semua berkenaan Hak, Tanggungjawab dan Ihsan Resepi Hidup Bahagia…

Dalam kehidupan ini ada beberapa perkara yang mesti difahami dengan betul supaya ia tidak mengeruhkan keharmonian. Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin membicarakan isu hak, tanggungjawab dan ihsan dalam rancangan Pesona D'Zahra yang bersiaran setiap Isnin, jam 10.15 pagi di radio IKIMfm.

Hak perkara yang perlu diperoleh. Contohnya, hak bagi seorang isteri terhadap suaminya adalah nafkah zahir dan batin. Ini termasuk tempat tinggal, makanan dan minuman, pakaian, perasaan dan lain-lain. Begitu juga hak yang sepatutnya diperoleh oleh anak dari segi pendidikan, perbelanjaan harian di sekolah dan sebagainya.

Antara yang sering diabaikan ialah hak anak untuk mendapatkan ibu yang salihah, nama yang baik dan mengajarnya dengan al-Quran. Pernah seorang lelaki datang menemui Khalifah Umar al-Khattab mengadukan mengenai anaknya yang derhaka terhadapnya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya. Anak itu menjawab: "Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?" Umar menjawab: "Ya." Anak itu bertanya lagi: "Apakah ia wahai Amirul Mukminin?" Jawab Umar: "Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran)." Anak itu lalu membalas: "Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya ayahku tidak pernah melakukan satu pun perkara kau nyatakan itu. Ibu saya seorang perempuan Majusi. Saya pula diberikan nama 'Ju'alan' iaitu sejenis kumbang hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun daripada al-Quran." Umar lantas berkata kepada lelaki itu: "Kamu datang mengadu anakmu derhaka, walhal kamulah yang terlebih dulu derhaka terhadap anakmu." Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. Ini adalah antara hak anak yang mesti ditunaikan oleh ibu bapa mereka.

Perkara kedua ialah disebut Tanggungjawab. Tanggungjawab bermaksud apa yang perlu diberi atau dilaksanakan. Hak isteri ialah diberi nafkah zahir dan batin oleh seorang suami, manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati dan hormat kepada suami, menjaga maruah suami, memelihara dan membesarkan anak. Ada ketikanya, kita begitu kuat berjuang untuk mendapatkan hak kita, namun kita juga dalam masa yang sama tidak pun melaksanakan tanggungjawab kita.
Tanggungjawab adalah amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT di Padang Mahsyar kelak sama ada ditunaikan atau tidak. Ihsan dilaksana kerana sayang Perkara ketiga ialah disebut ihsan. Ihsan bukan tanggungjawab tetapi dilakukan lebih kerana perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Ia tidak akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak jika tidak dilaksanakan sekalipun. Contoh antara perkara yang dikira ihsan ialah seperti membawa anak isteri bercuti dan melancong atau membelikan hadiah hari jadi dan sebagainya. Ia bukan tanggungjawab bapa atau hak anak dan isteri, tetapi lebih kepada ihsan bapa kepada keluarganya.

Kebiasaannya sering terjadi anak atau isteri menuntut perkara begini hanya kerana kawan mereka memilikinya sedangkan ia bukan hak mereka yang wajib ditunaikan oleh bapa atau suami. Jika dilaksanakan oleh bapa atau suami dengan niat menggembirakan keluarganya sudah pasti akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Seterusnya, Ihsan terhadap pasangan, anak-anak dan keluarga. Jika perkara ihsan ini tidak dilaksanakan ia bukanlah suatu kesalahan. Jangan kita meletakkan perkara ihsan ini sebagai suatu yang wajib kerana ia pasti akan membebankan suami atau bapa. Begitu juga bagi isteri memasak, mengemas rumah dan membasuh baju. Ia bukan tanggungjawab mereka, tetapi dilakukan kerana ihsan.

Sentiasa berjiwa besar Walaupun ihsan itu sifatnya harus, namun ia amat digalakkan dilaksanakan bagi yang berkemampuan. Sebagai contoh mudah membezakan antara tanggungjawab dan ihsan ialah bandingan antara zakat dan sedekah. Zakat adalah tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yang cukup syaratnya, namun sedekah perkara harus yang digalakkan kepada mereka yang ingin mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Contoh lain dalam hal ihsan ialah seperti membantu adik-beradik yang kesusahan atau membantu saudara Islam yang miskin. Walaupun dari segi tanggungjawab ia bukan tanggungjawab kita membantu, namun bantuan seperti itu mencerminkan orang yang mempunyai ketakwaan yang tinggi.

Bagaimanapun di pihak yang menerima bantuan, jangan pula menganggap pertolongan daripada orang lain itu adalah hak dan tanggungjawab orang tersebut. Mereka perlu menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan berpada (qanaah) serta tidak tamak.

Orang yang paling kaya ialah orang yang banyak bersyukur, demikian ujar Imam al-Ghazali.


Kesimpulannya, dalam hidup berumah tangga masing-masing hendaklah sentiasa berjiwa besar, berlapang dada dan saling bertoleransi antara satu sama lain. Jangan masing-masing bertegas menuntut hak, Apa yang lebih utama ialah tunaikan tanggungjawab dan memperbanyakkan buat kebaikan atau ihsan dan melepaskan sebahagian hak kita dan memaafkan kekurangan pasangan kita. Dengan cara ini pasti wujudkan keharmonian rumah tangga.

Tuesday, October 20, 2015

DEMAM KEPIALU MELANDA KUALA LUMPUR

Jumlah kes demam kepialu di bandar raya Kuala Lumpur meningkat kepada 32 kes sejak Ogos lepas, dan orang ramai dinasihatkan memberi perhatian serius terhadap kebersihan makanan dan minuman yang diambil bagi mengelak jangkitan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah tertinggi kes demam itu dikesan di Titiwangsa sebanyak 16 kes, Kepong (lapan), Lembah Pantai dan Cheras (masing-masing empat kes).
"Namun begitu tiada kematian dilaporkan," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) sedang menjalankan penyiasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan kejadian demam kepialu berlaku.

JKWPKL juga membuka bilik gerakan bagi menyelaras aktiviti penyiasatan dan kawalan demam itu yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman, dan seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala antara satu hingga tiga minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar.
Dr Noor Hisham berkata JKWPKL menerima notifikasi mengenai tujuh kes demam kepialu membabitkan buruh binaan yang tinggal di Cheras dikesan pada minggu pertama Ogos lepas, dan dua daripada sepuluh kontak yang diperiksa turut didapati positif ujian dan telah diberikan rawatan.
Sehingga kini, sejumlah 37 orang kontak terdiri daripada anggota keluarga, rakan sekerja dan pengendali makanan telah disaring, dan 24 premis makanan diperiksa, katanya.
Selain sejumlah 79 sampel najis dan empat sampel bekalan air minum diambil bagi mengesan kehadiran bakteria Salmonella typhii ini, dan setakat ini belum ada sample yang dilaporkan positif, katanya.
"Pemeriksaan juga dijalankan di kilang-kilang pembekal ais, di samping pemantauan dan kawalan melibatkan sistem pembekalan air dijalankan bagi memastikan kualiti bekalan air di Kuala Lumpur baik," katanya.
Dr Noor Hisham berkata gejala utama yang direkodkan selepas dijangkiti demam ini adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala, dan pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah.
"Jika tidak dirawat, gejala tersebut boleh berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis," katanya.
Dr Noor Hisham berkata mereka juga boleh menjadi pembawa bakteria ini tanpa menunjukkan sebarang gejala dan pembawa boleh menyebarkan bakteria itu melalui pengendalian makanan atau minuman.
Deman kepialu masih berlaku di beberapa kawasan di negara ini yang mempunyai liputan bekalan air minum terawat dan penggunaan tandas sanitari yang rendah serta kebersihan persekitaran dan personal yang terabai.
"Jangkitan itu juga disumbang oleh pengendalian makanan yang tidak mengikut tatacara yang selamat dan sihat," katanya.
Dr Noor Hisham berkata Kuala Lumpur merupakan negeri yang sentiasa mencatat kes demam kepialu yang rendah setiap tahun dan kejadian ini bukanlah keadaan luar biasa dengan bilangan kes semenjak lima tahun lepas adalah antara tujuh hingga 35 kes setahun.
Orang ramai dinasihatkan memilih gerai dan kedai makan yang bersih termasuk pengendali makanan yang bersih serta menjadikan makanan yang panas dan baru dimasak sebagai pilihan utama.
"Kebersihan diri juga perlu diutamakan khususnya membasuh tangan sebelum makan, selepas makan dan selepas ke tandas," katanya.
- Bernama

JEREBU DI RIAU TAHAP SANGAT MERBAHAYA


Pencemaran udara di Riau kini dilaporkan berada pada tahap sangat berbahaya dengan jarak penglihatan hanya sekitar 50 meter. 

Laporan media tempatan menyebut keadaan itu menyebabkan aktiviti di seluruh Riau hampir lumpuh dengan penutupan lapangan terbang, sekolah dan pusat beli-belah serta sebahagian syarikat. Mengikut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofiska (BMKG), setakat ini pencemaran udara di kota itu adalah yang terburuk di seluruh Indonesia.

Antara kawasan di Riau yang mencatatkan paras udara berbahaya adalah Panam, Kulim, Sukajadi, Rumbai, Kabupaten Siak, Minas dan Kota Dumai. Ketua BMKG Pekanbaru, Sugarin, berkata jarak penglihatan di Rengat, daerah Indragiri Hulu hanya sekitar 50 meter, manakala di Pekanbaru dan Pelalawan, 100 meter.

Jerebu teruk itu turut menukar warna pemandangan menjadi kekuningan dan dilaporkan sangat berbahaya kepada kanak-kanak serta golongan yang berpenyakit. - AGENSI

Monday, October 19, 2015

NIKMATI WAKTUMU YANG MASIH ADA, HARGAI WAKTUMU YANG MASIH TERSISA


Sebenarnya hati masih bersedih dengan kehilangan nenek tersayang. Namun, cuba untuk terus kuat dan tabah menghadapi hari-hari mendatang. Cuba untuk muhasabah diri, kerana masa lampau adalah sesuatu yang telah pergi dari kita. Mungkin ia sesuatu yang manis begitu juga mungkin ia sesuatu yang pahit.

Namun ia tetap masa lampau kita. Ia telah pergi dan kita kini berada pada waktu yang baru. Langkah kita kehadapan dan tidak mungkin kita mampu melangkah ke masa lampau kita itu.

Namun tanpa sedar, masa lampau sering merantai diri kita untuk melangkah jauh kehadapan. Merantai kaki kita untuk penuh yakin tanpa sekali putus asa dengan apa yang menunggu di hadapan kita. Ringkasnya harapan untuk masa hadapan kita.

Kita terlalu kerap memandang masa lampau kita. Sehingga kita terbawa-bawa perasaan dan mengundang kesedihan yang tidak menentu. Soalnya, wajarkah?
Sesuatu yang perlu kita sedari, terlalu memandang masa lampau ini punya kesan yang mengongkong hidup kita. Kita mengharapkan ia berulang. Kita merindui detik-detik tersebut. Sehingga kita lupa. Kita lupa mencipta masa hadapan yang pada ketika ini ianya dalam tangan kita.

Yang telah berlalu, biarkan ia berlalu. Bukan tidak boleh bersedih, ia pastinya boleh sebab itu sebahagian fitrah kita. Pun begitu acapnya,  kita terlupa mengusahakan harapan yang sedang menanti kita di hadapan. Kita terbawa-bawa rasa sedih sehingga kita tidak melakukan yang terbaik untuk masa hadapan yang sedang menanti.

Masa lampau adalah pengalaman hidup yang sangat bermakna.

Yang baik, sudah pasti kita mahu ulangi dan kekalkan. Yang sebaliknya, seharusnya kita lupakan dan jauhi hal tersebut.

Jika kita merindui seseorang di masa lampau kita dan kini mereka telah tiada, terimalah hakikat tersebut. Jika ada rasa sayang, doakan kebaikan buat insan-insan tersebut. Jika ada rasa yang menyakitkan maafkan dan lupakan hal tersebut.

Masa hadapan adalah harapan. Peluang harapan itu tidak seharusnya musnah dek kita terlalu memandang masa lampau.

Ingatlah harapan tersebut. Teruslah baiki segala aspek kehidupan diri kita selagi umur kita masih ada. Yang berlalu biarkan ia berlalu pergi. Usahakan kebaikan atas apa yang sedang kita miliki ini.


Semoga kebaikan itu bersama kita semua. Amin…

HASIL KUTIPAN GST DI UMUM DALAM PEMBENTANGAN BAJET 2015


Hari ini kita dikhabarkan, hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan diumumkan semasa pembentangan Bajet 2016 pada hari Jumaat ini, 23 Oktober 2015 menurut  Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata, berdasarkan Bajet 2015, kerajaan menganggarkan kutipan GST untuk 2015, bermula daripada pelaksanaannya pada April lalu, berjumlah RM23.2 bilion.

"Pelbagai barang dan perkhidmatan telah dikecualikan atau dikenakan GST pada kadar sifar yang keseluruhannya dianggarkan sebanyak RM3.8 bilion," katanya ketika menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Katanya, pelbagai pakej bantuan diberikan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia yang berjumlah RM4.9 bilion serta pengurangan kadar cukai individu dan syarikat, masing-masing sebanyak satu mata peratusan.

Menjawab soalan tambahan Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Chua berkata, bagi tempoh April sehingga kini, kerajaan telah membayar balik tuntutan cukai input GST sebanyak RM4.5 bilion kepada entiti perniagaan.


Menurutnya, jumlah tuntutan cukai input yang difailkan oleh syarikat-syarikat perniagaan dalam tempoh 14 hari bekerja telah meningkat setiap bulan dan mencecah 41 peratus. - 
BERNAMA

Mood tidak sabar untuk menunggu pembentangan bajet pada hari jumaat ini.. Diharapkan banyak berita baik akan diterima oleh seluruh rakyat marhein..

JEREBU BERTANDANG LAGI!!



Salam sejahtera semua..

Semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Tawau di Sabah serta Kuching dan Samarahan di Sarawak ditutup lagi hari ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua lokasi berkenaan yang mencapai tahap tidak sihat.

“Walau bagaimanapun, peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan kolej vokasional diteruskan di bawah Ops Topeng,” katanya dalam ken­yataannya semalam.

Penutupan itu merupakan kali ketiga bagi beberapa ne­geri sejak jerebu melanda negara kira-kira dua bulan lalu.

Saya amat berharap agar masalah jerebu ini cepat di atasi dengan kadar segera. Pihak berwajib harus mengenakan tindakan tegas kepada pihak yang bertangungjawab.


Thursday, October 15, 2015

ARWAH EMBAH DALAM KENANGAN 111015,1130PAGI


Salam sejahtera semua.. baru hari ini saya bertugas setelah 2 hari mengambil cuti rehat.. anak-anak tidak sihat, kena ambil darah di klinik dan saya sekeluarga baru sahaja kehilangan nenek tersayang pada 11 Oktober 2015, 1130 pagi pada hari ahad yang lepas..

Beratnya rasa hati dan saya cuba untuk tidak menangis dan meredakan pemergianNya kepada pencipta tapi kadangkala airmata ini akan tumpah bercucuran juga..

Semalam petang saya membawa 2 orang anak lelaki melawat pusara nenek sambil menyedekahkan alfatihah dan mendoakan semoga arwah nenek ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. amin..



Nenek atau dalam keluarga saya memanggilnya embah dan anak2 saya memanggilnya makyot. Seorang yang baik, sabar dan rajin. Dia meninggal dunia juga didalam keadaan yang mudah dan lancar.. Nenek demam. Kami sekeluarga juga demam ketika itu dan kami tidak menyangka demam nenek kali ini adalah demam yang terakhir..

Saya berkesempatan juga memandikan nenek pada hari jumaat lepas waktu pagi dan petang. saya menghampiri tempat tidur nenek dan nenek cakap nak mandi. Masatu jam 630 pagi.. saya rasa macam awalnya nenek nak mandi, nanti sejuk pula.. tapi layan kan jela.. saya cepat-cepat jerang air panas. Saya dan mak memapah nenek ke bilik air memandikannya, saya basuh gigi palsu nenek dengan air suam. nenek cakap berus kuat sikit.. saya sempat buat kelakar pulak saya cakap nanti berus kuat2 patah pulak gigi nenek.. Setelah mandi kami papah nenek ke tilamnya, memakaikan baju serta bedak. mak menyisir rambut nenek dan menyanggulkan rambutnya.. ITULAH KENANGAN TERAKHIR SAYA MEMANDIKAN NENEK..





Jumaat malam sabtu, saya datang melawat nenek. Nenek pun masih berborak2 cuma suaranya seperti jauh kedalam kerongkongnya. Kurang jelas dah. Tapi kami masih yakin nenek akan sihat dan pulih dari demamnya. 

Rumah saya dekat dengan umah mak dan rumah nenek. Dari kecil saya tinggal bersama nenek. Setelah berkeluarga saya tinggal di rumah emak dan semasa mengandungkan Nisa saya bina rumah dekat dengan rumah emak dan nenek. Nenek suruh saya jadi jirannya. Nenek suka anak cucunya tinggal berdekatan dengannya.

Hari sabtu pagi saya datang lagi melawat nenek, nenek sedang tidur waktu itu.

Hari ahad saya belum sempat lagi melawat nenek. Hari itu 2 orang  anak saya demam. Asyik meragam nak berdokong jer.. Kebetulan suami outstation ke Terengganu.. Memang waktu dan hari  itu dugaan sungguh bagi saya..

Saya dapat tahu nenek nazak.. saya berlari ke rumah nenek.. Mak dan maklong sudah ada di sisi nenek. Saya tengok nenek dari jauh..sayunya hati saya...Sekejap je rasanya nenek dah takda..

Nenek selalu cakap dia taknak menyusahkan anak cucunya semasa akhir hayatnya. Dia taknak uzur sehingga pakai pampers. Alhamdulillah nenek pergi dalam keadaan yang mudah.. Semoga Allah menerima semua amal ibadah nenek.



Saya rasa seperti mimpi..

Banyak kenangan indah bersama nenek.. 

Bulan oktober banyak perkara berlaku ke atas diri saya yang berkaitan dengan arwah nenek (embah).. 1 Oktober Nisa di lahirkan. 22 Oktober Arif dilahirkan.,,10 Oktober ulangtahun perkahwinan saya dan suami...20 Oktober hari konvokesyen saya dan nenek ikut saya sekeluarga ke UiTM Shah Alam pada tahun 2002 untuk meraikan hari graduasi tersebut..

Banyak amal ibadah nenek yang boleh dijadikan panduan untuk saya dan boleh dikongsikan untuk pembaca semua.. Semoga boleh dijadikan iktibar.. Sebab mati itu pasti. Semua orang akan menghadapi sakaratulmaut.. Bunyinya seperti seram tapi itulah hakikat kehidupan..

Semasa arwah nenek dimandikan, badannya tak kaku dan keras. Seperti orang sedang tidur jer..Sejuk hati saya bila tukang mandikan jenazah tu berkata begitu..

Semasa hayat nenek, nenek seorang yang suka bersedekah. Sedekah di surau dan masjid. nenek ada mewakafkan sebidang tanah di masjid. Nenek selalu mengaji al Quran. Nenek tidak pernah tinggal solat malah dia selalu mengamalkan solat sunat dhuha dan tahajjud.. nenek berwirid panjang setiap kali selepas solat fardhu.. Setiap malam jumaat nenek mesti membaca tahlil/yasin untuk disedekah kepada arwah datuk (embah lanang) dan kaum keluarga yang telah meninggal dunia...



Setiap tahun nenek mesti mengadakan kenduri tahlil untuk arwah suaminya dan kaum kerabat yang telah meninggal dunia..

Rindu nenek sangat2...
Al fatihah buat arwah Rashidah binti Taslim...




10.10.10-10.10.15


10 Okt 2015 yang lepas adalah tarikh ulangtahun pernikahan/perkahwinan saya bersama suami tercinta..

Alhamdulillah syukur di atas segala kurniaannya..diam tak diam sudah 5 tahun kami mendirikan rumahtangga dengan dikurniaan sepasang anak yang kian membesar..



Banyak suka duka, pahit manis kami tempuhi sepanjang melayari bahtera rumahtangga ini.. Semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga.. amin...




Friday, October 9, 2015

AKHIRNYA MEREKA ADA YANG DITEMUI SELAMAT


Dua murid perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang hilang sejak Ogos lepas, ditemui dalam keadaan lemah di Sungai Emas di Gua Musang tengah hari tadi.
Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 12 tengah hari berdekatan kawasan tengkorak satu mayat ditemui petang semalam.
Kedua-dua kanak-kanak itu, yang ditemui selepas 47 hari hilang, kemudian dibawa ke pusat operasi di SK Tohoi kira-kira 1 tengah hari
untuk diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut. Ketika ditemui, kedua-duanya sukar dikenali ekoran berada dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya.

Mereka ditemukan tidak jauh dari lokasi penemuan mayat semalam.
Mereka adalah antara tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, yang melarikan diri dari asrama sekolah itu kerana takut dikenakan tindakan guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lepas.
Selain Miksudiar dan Norieen, pasukan mencari dan menyelamat pada hari Rabu menemui satu mayat kanak-kanak perempuan yang telah reput di sungai itu, yang kemudian dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie, 8.
Semalam, sebahagian tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk kanak-kanak ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan mayat Sasa.
Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.
Berdasarkan penemuan itu, pasukan mencari dan menyelamat menggiatkan usaha untuk mencari baki murid-murid yang masih hilang.

Setakat ini empat yang belum ditemui ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Ika Ayel, 9, dan Haikal Yaakob, 8.
Semoga mereka yang lain akan selamat ditemukan..

Monday, October 5, 2015

TERKENANG SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN DI UITM


Salam sejahtera semua.. tetiba terkenang semasa majlis konvokesyen di UiTM. Diam tak diam sudah 13 tahun saya konvo.. dan sehingga sekarang masih lagi menjadi pembayar hutang PTPTN.. Huu.. sedih juga bila mengenangkan pekerjaan yang diceburi tidak sama dengan kelulusan yang dimiliki.. 

Tapi apa boleh buat, sudah nasib badan.. Rezekinya hanya setakat SPM sahaja.. Kalau tau lepas SPM tu terus cari kerja gomen dengan taraf pendidikan SPM ni.. Tak perlu la bertungkus-lumus perah otak study dengan bebanan PTPTN yang tak habis-habis ni kan...huhuhu



 Saya dah lost contact dengan kawan saya seperti gambar di atas ni.. Namanya Nor azlina. Asal dari Johor.. Apa cerita dia sekarang yer.. Dalam facebook pun tak dapat detect dia dimana.. 



Friday, October 2, 2015

SELAMAT PAGI SEMUA



Salam sejahtera dan selamat pagi semua...

Pagini nak belanje semua dengan kata-kat hikmah di atas..

Semoga boleh dijadikan panduan dan rujukan sepanjang hari-hari kita...

Selamat pagi dan selamat menunaikan tugas..

Ikhlas yer.. InsyaAllah

<_>

Thursday, October 1, 2015

SELAMAT HARI LAHIR NISA


Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.. harini puteri bongsu saya genap berusia 2 tahun..

Rasanya macam baru je sakit2 bersalinkan dia.. hehe





Alhamdulillah ini bermakna sudah 2 tahun jugalah mama menyusukan Nisa secara full breastfeeding..

Syukur di atas rezeki yang dikurniakan dari Nya..

Banyak dugaannya untuk full bf ni.. 


Mama doakan semoga Nisa membesar sihat, menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia akhirat..Amin...


Hehehe ni picture Nisa semasa dia baru pandai duduk time ni giginya baru ada 4 batang..



yang ni picture Nisa masa mamanya cuti bersalin.. Mama masih dalam pantang lagi time ni.. bolat je badannya. Nisa di lahirkan di Hospital Teluk Intan secara normal pada 1 Oktober 2013 dengan berat 2.54 kg..





Mama, Papa, Abang Arif & Abang Iman sayangg Nisa..

Luv U much!!

TREND HARGA MINYAK DI PASARAN MALAYSIA


Salam sejahtera semua.. kali ini saya ingin kongsikan info berkenaan trend harga minyak di pasaran Malaysia..

Sebagaimana yang kita tahu, hari ini harga minyak bagi RON95 dan Diesel TELAH NAIK SEBANYAK RM0.10 SELITER..

Dibawah adalah info yang boleh dikongsikan bersama berkenaan trend harga minyak ini.

1. Mulai 1 Disember 2014, subsidi untuk petrol RON95 dan diesel telah dihentikan oleh kerajaan

2. Harga runcit RON95 dan Diesel adalah bergantung sepenuhnya kepada apungan terurus atau terkawal melalui harga purata bulanan pasaran minyak dunia sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97

3. Jadi, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat maka penetapan harga runcit bagi bahan api tersebut di pasaran Malaysia turut meningkat dan begitu juga sebaliknya.



PROMOSI PENAPIS AIR CUCKOO

Selamat sejahtera semua...  PENAPIS AIR CUCKOO Harga promosi rm60 sbln sahaja!! akan tamat hujung bln ni..  Mari2 semua..sesiap...