Wednesday, August 26, 2015

ANAK YATIM ANAK ISTIMEWA


Salam sejahtera semua...
semoga ceria-ceria selalu dan sentiasa di dalam lindungaNya..

Ingin berkongsi cerita... Ingin berkongsi rasa...

Gambar diatas adalah gambar seorang anak kecil yang baru kehilangan bapa kandung pada 19 Ogos 2015 yang lalu..

Sebenarnya gambar ini adalah gambar yang diambil pada tahun 2013.. diam tak diam sudah 2 tahun berlalu.. Sekarang dah besar budak kecik ni.. Tahun depan akan masuk darjah 4. Semoga terus membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa dirahmatiNya..



Semoga kamu tabah yer anak kecil...

Terus kuat dan bersemangat untuk mengharungi perjalanan hidup ini...

Jalan hidup ini memang penuh liku...

Semasa usianya 2 bulan, ibubapanya bercerai.. setelah usianya 9 tahun bapa kandungnya meninggal dunia..

Yang penting jadikan Al Quran dan sunnah sebagai pegangan hidup sepanjang jalan....

InsyaAllah...







Semoga kamu membesar menjadi anak yang sihat, soleh dan berjaya di dunia dan akhirat..

Itulah DOA dan Itulah HARAPAN..

Monday, August 24, 2015

SAMBUTAN AIDILFITRI DI PEJABATKU


Salam sejahtera semua...
mood mengimbau kenangan lepas..
jamuan raya di pejabatku..



Sambutannya meriah..
macam2 menu ada..


Inilah kenangan Hari Raya Aidilfitri 2015





Hanya membawa 2 orang hero semasa jamuan ini...
Yang lain tak dapat turut serta di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...
huu tu yang rasa macam hambar jer sebab sume tak dapat join...

Anak-anakni memang tak dapat dipisahkan dengan mainan..hihihi...


Friday, August 21, 2015

HANYA 3 PERKARA YANG AKAN DIBAWA DI DALAM KUBUR


Perkongsian hari ini. Untuk ingatan saya dan semua pembaca.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.


Huraian Hadith: 

1.    Hadith ini menyatakan kelebihan ilmu.
2.    Menggalakkan kita melakukan amalan yang membawa ganjaran berterusan sehingga selepas mati seperti wakaf tanah dan sebagainya.
3.    Ahli keluarga kepada si mati digalakkan supaya bersegera bersedekah kepadanya, sama ada di atas harta peninggalan atau pun daripada harta mereka sendiri.

4.    Semua amal kebajikan yang dilakukan oleh seseorang akan terputus setelah ia meninggal dunia, melainkan tiga perkara, iaitu sedekah dengan niat kerana Allah, ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaati oleh diri sendiri dan orang lain dan anak-anak yang soleh/solehah yang beriman dan sentiasa mendoakan kepadanya

Thursday, August 20, 2015

KELEBIHAN MEMELIHARA ANAK YATIM



Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad SAW telah bersabda : "Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini - sambil Baginda menunjuk dengan kedua-dua jarinya - jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya, sebagai isyarat rapatnya mereka dan duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga). (Hadis Riwayat Bukhari)
Anak yatim merupakan duta kecil Nabi. Mendekati mereka bermakna mendekati Baginda. Banyak hadis yang menceritakan kelebihan orang yang menjaga dan berbuat baik kepada anak yatim. Sayang sekali kalau kita tidak teruja dengan tawaran eksklusif ini. Islam sangat mengambil berat perihal anak yatim. Jika disemak dalam al-Quran, Allah menjelaskan berkenaan anak-anak yatim di pelbagai tempat.
Siapakah anak yatim?
Anak yatim merujuk kepada anak-anak yang kematian bapa. Bahkan ada yang berpendapat ibu, atau jika kematian salah seorang daripada ibu atau bapa. Tetapi pendapat yang lebih kuat ialah anak yang kematian bapa. Mengapa bapa? Kerana bapa diibaratkan ‘tangan’ yang akan membawa pulang makan-minum dan sebagainya untuk keluarga. Justeru kehilangan bapa akan memberi kesan kepada perkembangan anak-anak tersebut baik dari sudut mental, fizikal, keyakinan diri dan kewangan.
Berkaitan usia anak-anak yang dikatakan anak yatim, Saiyidina Ali berpendapat umur anak yatim ialah sebelum umur baligh. Hal ini bermaksud setelah baligh dia tidak lagi dikira sebagai anak yatim. Manakala menurut Imam Hanafi, usia anak yatim ialah anak-anak yang berada di bawah umur 18 tahun.
Sikap berbuat baik
Allah Taala menyebut di dalam Surah ad-Duha ayat 9-10 : "Pada anak yatim itu ada penawar yang menyembuhkan. Pada anak yatim itu juga ada racun yang sangat menyakitkan. Sekiranya hatimu tega dan rela dengan kesusahan mereka ertinya kau lupa dengan pesan Allah ini. Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berkasar, dan terhadap pengemis janganlah kau herdik."
Mereka ini mempunyai hak untuk ditunaikan seperti mana yang disebut dalam ayat di atas, berbuat baik kepada mereka adalah perkara yang paling terpuji, dan menyakiti mereka adalah perkara yang paling dikeji. Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang menanggung makan minum seorang anak yatim Muslim sehingga cukup keperluannya, maka wajib baginya syurga." (Riwayat al-Tabarani)
Rasulullah sangat menyayangi anak yatim, perasaan ini semuanya datang daripada hati Baginda yang penuh dengan cinta. Baginda pernah mengalaminya, kerana itu baginda dapat menghayatinya. Semasa Perang Muktah walaupun dimenangi oleh umat Islam namun turut menyaksikan kehilangan ramai sahabat Nabi. Antaranya Zaid bin Harithah, diikuti Jaafar bin Abu Talib, sepupu rapat Baginda dan diakhiri dengan Abdullah bin Rawahah.
Pemergian Jaafar amat dirasai, beliau meninggalkan isteri dan dua orang anak kecil yang sedang membesar. Maka Rasulullah mengambil berat urusan mereka. Rasulullah pernah menjadi pengasuh anak yatim.
Daripada kisah ini kita boleh meneladani dan melihat betapa mulianya hati seorang Nabi junjungan mulia, mengajar kita erti cinta kepada anak yatim yang kehilangan tempat bergantung, bahkan mengambil tempat sebagai bapa angkat kepada mereka.
Belajar dengan Rasulullah
Kita semua harus belajar daripada kisah yatim Rasulullah. Tentang erti kesabaran, kegigihan, keberanian dan kejujuran yang menjadikan Baginda seorang peniaga yang berjaya, hakim yang jujur dan bijaksana, pendakwah yang penuh hikmah dan tidak pernah mengalah, jeneral perang yang penuh strategi dan berani, ahli ibadah yang taat dan sering menangis, orator yang bicaranya memukau dan mempengaruhi telinga yang mendengar, pemimpin yang adil dan penuh kasih sayang, dan seorang Nabi dan Rasul yang sangat dicintai dan mulia.
Baginda merupakan idola si yatim yang hebat. Yatim bukanlah alasan untuk merasa malas, hina dan terasing. Sebaliknya harus menjadi pencetus motivasi untuk meraih kehidupan yang lebih baik dengan sifat jujur, amanah, rajin, gigih mencari ilmu dan iman demi kejayaan dunia dan akhirat.
Yatim hakiki adalah apabila miskin akhlak dan budi, sering tidak bersyukur akan kurniaan Allah. Sekiranya kita mengabaikan anak yatim, diri kita inilah yang yatim sebenarnya. Orang yang intim dan menjaga anak yatim akan intim dengan Rasulullah, bahkan akan intim dengan Allah.



Tuesday, August 11, 2015

RINGGIT SEMAKIN JATUH


Nilai ringgit negara kita semakin jatuh. Nilai ringgit terus menghampiri RM4 untuk AS$1.

Setakat 2.30 petang, laman kewangan Bloomberg menunjukkan matawang negara diniagakan pada RM3.9725 untuk setiap dolar Amerika Syarikat (AS).

Bernama sebelum ini melaporkan unit tempatan itu, kata peniaga, diseret turun oleh kejatuhan harga komoditi dan jangkaan rizab persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah bulan depan.

Kemerosotan ringgit itu menyaksikan ia melepasi paras 3.93 sedolar untuk kali pertama sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu.


Friday, August 7, 2015

GELAGAT SI ANAK DARA

 Salam sejahtera semua..
Ini adalah koleksi gambar hari raya yang lepas..
gelagat anak dara yang semakin membesar..



Sekejap je masa berlalu.. dah dkt 2 tahun umurnya pada 1 Oktober nanti.. Rasanya sepeti baru je lahirkan dak kecik ni..hehehe



Alhamdulillah kehadirannya menambah seri di dalam keluarga kami... Dia lahir saat kami telah memiliki dan menduduki rumah sendiri.. Hanya daripada sebuah lakaran di sekeping kertas terciptalah umah impian kami...



Hikhikhik....

Hukhukhuk....
Huhuhu..

Tuesday, August 4, 2015

RESEPI CREAM PUFF SEDAP


Salam sejahtera semua...
Alhamdulillah bersua kita kembali..

Kalini saya nak kongsi resepi cream puff sedap..

Bahan-bahan

1/2 cawan butter (125 g)
1 cawan air (250 ml)
1 cawan tepung gandum (150 g) di ayak
secubit garam
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila



Caranya

1- Panaskan butter dengan air, masak di dalam periuk sehingga cair
2- Masukkan tepung gandum
3- Kacau laju-laju, tutup api dan sejukkan.
4- Masukkan telur satu persatu dan kacau. masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5- Masukkan adunan dalam piping beg, gunakan nozel bentuk bintang dan paipkan di atas dulang pembakar
6- panaskan oven suhu 200 darjah celcius dan bakar selama 15 minit (bergantung kepada jenis oven)


Resepi sos kastard

2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cawan fresh milk
1 biji telur
3 sudu besar gula

(kacau sebati semuanya sehingga kenyal)





PROMOSI PENAPIS AIR CUCKOO

Selamat sejahtera semua...  PENAPIS AIR CUCKOO Harga promosi rm60 sbln sahaja!! akan tamat hujung bln ni..  Mari2 semua..sesiap...