Friday, July 31, 2015

RIANG RIA KAMI DI AIDILFITRI

 Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin untuk semua...

Huhu baru dapat upload gambar raya.. xda banyak koleksi pun time raya ritu.. bawa kamera ke hulu ke hilir tapi xda tangkap gambar pun..huhuhuhu...




Tangkap gambar raya di bawah panas terik mentari.. huhuhu..


Peace opah!!!

Hehehe.. yang tengah-tengah tu mak mentua saya di samping cucu-cucunya..


Friday, July 24, 2015

BISKUT SARANG SEMUT HOMEMADE


Salam sejahtera semua...

Ini adalah biskut buatan sendiri saya untuk raya aidilfitri..

Disini saya sertakan resepi untuk dikongsi kepada semua dan sebagai rujukan untuk saya sendiri..

Bahan-bahan

• 250g butter
• 100g gula halus
• 350g tepung gandum (diayak)
• 100g tepung jagung (diayak)
• 1 biji kuning telur
• 1 s/teh esen vanilla
• Chocolate rice/manik untuk hiasan

Jom try test.. InsyaAllah sedap..

Wednesday, July 22, 2015

BASIKAL BARU SEMPENA HARI RAYA


Salam sejahtera semua...

Entri kalini adalah berkenaan basikal sempena hari raya..

Alhamdulillah tercapai impian kami sebagai ibubapa untuk membelikan basikal baru untuk anak-anak.. Walaupun menggunakan duit raya mereka dan kami top up sikit-sikit jer..hehehe

Alhamdulillah kami sebagai ibubapa teruja, anak-anak pun bergembira dapat memiliki basikal baru..





Basikal ini dipilih mengikut citarasa anak-anak. Semoga basikal-basikal ini dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anak-anak kami...





Tersenyum lebar bujang kecik ni dapat mengayuh basikal barunya.. 





Hahaha sikecik pun nak bergaya dengan basikal abangnya..



 xpe adik naik basikal roda tiga yer.. dah besar nanti bolehla naik basikal yang lebih besar..


Huhuhu, abang ni termenung teringatkan apa yer...

Love u all anak-anak...
Semoga membesar sihat dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..

PROGRAM CELIK EKSA


HI SEMUA...

Saje nak share disini tentang Program Celik EKSA di office saya.. EKSA bermaksud Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Ia adalah 1 inisiatif pihak MAMPU untuk menambahbaik pelaksanaan amalan 5S yang telah digunapakai sebelum ini. 



Program celik EKSA pula adalah satu inisiatif jabatan saya bertugas untuk mewujudkan budaya EKSA dikalangan warga kerjanya, melatih semua warga kerja berperanan sebagai juruaudit dalaman EKSA dan memantapkan semangat kerjasama dan saling ingat mengingati.




Tempat kerja saya mempunyai 4 zon dan setiap zon akan diberi 100 mata demerit. Mata kumulatif terakhir akan menjadi salah satu kriteria pemarkahan untuk Anugerah Zon Terbaik EKSA. Sesiapa sahaja boleh melaporkan ketidakpatuhan berkaitan EKSA dengan melaporkan ketidakpatuhan tersebut berserta bukti bergambar kepada pegawai yang diberi kuasa..



Selamat menjalankan tugas untuk semua..

SOLAT HAJAT UNTUK MENYELESAIKAN HUTANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... 

Saya dapat info ni dari fb.. dan rasa ingin untuk dikongsi kepada semua membaca blog. sebuah perkongsian yang bagus dan menarik.. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya yer.. InsyaAllah...

Solat Hajat menyelesaikan hutang,tak kisah la hutang kereta,hutang rumah,hutang bank,hutang ptptn,dan seangkatan dengan namanya HUTANG.
Yang mana bangun tahajud tu boleh lah solat hajat sekali,yang mane ade masalah masih tak jumpa jalan keluar boleh amalkan solat hajat ni.

Nak minta tolong dengan siapa lagi kalau bukan dengan Allah,Allah yang Maha Kuasa Maha Kaya.

Rakaat 1&2 bacaan yang sama.

Wirid 100kali selepas solat hajat.

Mohonlah pada Allah apa hajat kita,sebab Allah lebih suka kita minta denganNya daripada kita meminta kepada yang lain.

solat hajat lebih afdal dilakukan selepas bangun dari tidur di 1/3 akhir malam antara jam 3.00 pg hingga 5.00 pg.

InsyaAllah.. Semoga Allah memberi kelapangan dan memurahkan rezeki kita.. Amin....

HARI PERTAMA KERJA SETELAH CUTI BERAYA




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin. Semoga lebvaran kali ini membawa sejuta keberkatan dan kerahmatan kepada  kita semua..Amin...




Harini adalah hari pertama bekerja setelah bercuti panjang.. lemau je rasanya..hehehe.. apapun kerja tetap kena kerja jugak kan.. demi mencari sesuap nasi.. hehehe...

Selamat kembali bekerja juga diucapkan kepada semua yer..

Berhari-hati di jalan raya...

Semoga selamat sampai ke destinasi...


Friday, July 10, 2015

DAH TERIMA POWER BANK PINENG DARI LAZADA

 Wow hati berbunga riang dan teruja sebab kali pertama beli barang online.. Hehee kalini saya beli power bank pineng model PN-999 20000 mAh dengan harga RM60 termasuk gst dan pos..


 Dan.. kerana keterujaan itu, saya telah tersilap gunting bungkusan..huwaaa bila check tengok rupanya tergunting sekali sarung power bank berkenaan.. huwaaa sadis nya... huhuhu nak buat macamanakan dah terr gunting..

Gambar atasni saya test cas handphone menggunakan power bank baru ni..ekekeke.. harap dapat memberikan perkhidmatan yang lama dan memuaskan la yer power bank.  hehehe






Ini inisiatif dibuat setelah kecuaian tergunting tadi berlaku.. Untuk keselamatan saya balut power bank ni..hahaha


Inila rupa power bank terkini.. sarung tu pun dah xmuat untuk masukkan power bank yang dah gemok tu.. huu takpela yang penting kondisi power bank bagus.. hehehe

Terima kasih lazada

JOM AMALKAN MEMBACA 2 AYAT TERAKHIR SURAH AT TAUBAH


Syukur alhamdulillah dipertemukan lagi kita dengan hari jumaat yang penuh barakah. InsyaAllah jumaat depan semua umat islam di Malaysia akan menyambut hari raya aidilfitri..

Pagi tadi saya sempat menonton slot Malaysia Hari Ini TV3 semasa bersiap-siap untuk ke pejabat. saya tertarik dengan kata-kata seorang ustaz di dalam slot berkenaan yang menggalakkan kita mengamalkan membaca 2 ayat terakhir surah at taubah setiap hari terutamanya setiap kali selesai solat fardhu..

Disebabkan masa tidak mengizinkan untuk saya terus mengadap kaca tv dengan lebih lama sebab perlu segera ke pejabat sayapun google di internet untuk mengetahui khasiat mengamalkan surah ini. Saya begitu teruja dan tertarik untuk mendengar kupasan dari ustaz itu berkenaan mengamalkan surah ini sebab nenek saya juga membaca surah ini sebagai amalan. Nenek pernah pesan kat saya kalau nak umur panjang amalkan surah ini. Alhamdulillah nenek saya masih sihat dan kuat walaupun umurnya mencecah 90 tahun. sakit demam tu biasa lah tetapi khudrat nenek saya masih kuat jika dibandingkan dengan orang yang seusia dengannya. Rezekinya juga murah walaupun tidak mewah.. 



Amalan SURAH AT-TAUBAH AYAT 128 – 129

Dengan Nama Allah Yg Maha Permurah Lagi Maha Pengasihani


لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٢٨) فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩)

Artinya :
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-oarng yang beriman.

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah bagi Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar “.


KELEBIHAN MENGAMALKAN 2 AYAT DI DALAM SURAH INI

Barang siapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari Surah Al-Baraa’ah sebanyak 7x sesudah solat fardhu maka

– Jika dia seorang yang lemah maka akan menjadi kuat.
– Jika dia seorang yang hina maka akan menjadi seorang yang mulia.
– Jika dia seorang yang kalah maka akan segera mendapat pertolongan.
– Jika dia seorang yang berkesempitan maka akan mendapat kelapangan.
– Jika dia seorang yang berhutang maka akan segera dapat membayar.
– Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan maka akan hilang kesusahannya.
– Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan maka akan segera mendapat kelapangan dalam kehidupannya.

Barang siapa membacanya pada hari siangnya atau pada waktu malamnya maka hal itu sebagai suatu petanda bahwa dia tidak akan mati pada saat itu. Menurut riwayat lain; dia tidak akan dilukai seseorang dengan alat-alat yang berasal dari besi.

Mulai hari ini saya berazam untuk mengamalkan 2 ayat terakhir surah al taubah ini sebagai wirid selepas solat. Kepada pembaca semua, jom kita amalkan sama-sama.

Semoga memberi manfaat untuk semua. Salam jumaat


Wednesday, July 8, 2015

RESEPI KUIH TIRAM MELETOP



hehehe... selamat petang semua..entri kalini nak tunjuk kuih tiram yang saya buat minggu lepas..


Disini saya sertakan resepinya

500gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**


Caranya 

1- Gaul tepung, marjerin dan telur
2- masukkan air yang mengandungi garam
3-Gaul sebati
4- Bahagikan kepada 2 bahagian untuk diwarnakan mengikut warna kegemaran
5- Canaikan doh senipis boleh dan dan sapukan (minyak + tepung jagung) serta gulung
6- Potong  dan canaikan menegak
7- Goreng sehingga warna keemasan dan sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba 




BISKUT MAKMUR IN THE HOUSE


Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi akhirnya saya dapat menyiapkan biskut ini.. teruja rasanya sebab ini lah kali pertama buat biskut ni..

Biskutni dikenali sebagai biskut makmur. Bersalut gula dan berinti kacang tumbuk.. Bila di makan cair dimulut.. Wah sedapnya.. hehehehe

Jom kawan-kawan pembaca semua. Kita buat kuih raya sendiri.. Walaupun penat tapi jimat sikitla kosnya berbanding membeli biskut di pasaran. Tambahan pula dengan kenaikan harga barang dan minyak. Memang kena berfikir banyak kali sebelum berbelanja.. Keutamaan saya sekarang untuk membuat suami dan anak-anak bergembira di hari raya walaupun dengan bajet yang tidak seberapa..

Apabila mereka riang gembira, hati perempuan seperti saya pasti senang hati..

Selamat berpuasa semua..



Friday, July 3, 2015

POPIA NESTUM IN THE HOUSE



Assalamualaikum dan salam ramadhan semua..
Sekarang ni tentu ramai yang sedang sibuk dengan persiapan hari raya kan.. hehe.. sama jela kita.. sekarangni tengah sibuk buat kuih raya.. Kuih raya hasil air tangan sendiri..hehe..

Gambar di atasni saya sedang membuat popia nestum..

Mudah je caranya cuma memerlukan kesabaran yang agak tinggi. Hehehe almaklumlah buat kuih sambil melayan 3 hero yang semakin membesar.. hehe

Disini saya sertakan resepinya yer. 

1 peket popia (40 keping)
*air  3 sudu besar
*tepung gandum 3 sudu besar

bertanda (*) untuk di sapu pada hujung kulit popia yang telah digulung.

Mula-mula tu, gulung kulit popia seperti gambar diatas. Saya gulung menggunakan lidi.. Jangan gulung terlalu ketat yer..

Bila dah selesai gulung, gunting kulit popia itu seperti gambar yang telah ditunjukkan di atas. Saya gunting menyerong..

Masukkan di dalam bekas kedap udara dan biarkan selama beberapa jam sebelum digoreng dengan menggunakan minyak yang sederhana panas. Toskan popia dan biarkan sejuk sedikit.

Setelah sejuk gaulkan dengan bahan-bahan dibawah yer

1 cawan susu tepung penuh krim (tidak kisah apa jenama pun)
2 peket horlick 3 in 1
1 cawan nestum yang telah di blend halus
1/2 cawan gula aising

Setelah di gaul sekata.. Sedia untuk dimakan..hehehe

Selamat mencuba..




PROMOSI PENAPIS AIR CUCKOO

Selamat sejahtera semua...  PENAPIS AIR CUCKOO Harga promosi rm60 sbln sahaja!! akan tamat hujung bln ni..  Mari2 semua..sesiap...