Jom Klik Iklan

Monday, June 22, 2015

DAPAT MINYAK WANGI FREE

Ekekekeke


Saje je nak abadikan kenangan disini...
Dapat minyak wangi free dari ex bos...


Alhamdulillah..
Terima kasih ex bos..
Wink Wink Wink...

Huhuhuhu

RESEPI SUP CEKER SEDAP

Hehehe..
Ni menu masakan saya malam tadi.. dah lepas waktu berbuka barulah sibuk ketuk-ketuk ramadhan di dapur.. huhuhu


Sup ceker ataupun orang panggil sup kaki ayam.. huhuhu

Saya masak satu periuk kecil je.. Masak sup kaki ayam ni memerlukan masa yang agak lama sebab kaki ayamni keras. Jadi kena rebus lama sikit dalam periuk. Mak mentua saya ajar kalau nak kaki ayam tu cepat lembut, waktu merebus sup tu kena masukkan sudu besi macam kat gambar di bawah ni...so, saya pun gunakanlah teknik tu.. memang berkesan tau...huhu..



Bila kaki ayam tu dah lembut barulah masukkan cendawan dan lobak merah. Kalau taknak masukkan pun takpe..

Disini saya sertakan resepi serba ringkasnya..
bahan asasnya ialah

2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah ( tambah pun takpe)
sepotong kecil halia
sedikit bunya lawang dan kayu manis
(tumis sehingga naik aromanya)

Masukkan semangkuk air kedalam tumisana tadi. setelah itu, masukkan
sedikit garam
sedikit perasa
Jika ada kiub ayam boleh masukkan juga

Masukkan ceker atau kaki ayam yang telah digoreng separuh masak
Rebus sehingga empuk
Barulah masukkan sayur-sayurnya...

Selamat mencuba dan menjamu selera...

MENGGAYAKAN BEG DRYPERS


Salam sejahtera semua.. Alhamdulillah hari ini telah masuk hari kelima berpuasa di dalam bulan ramadhan..

Kalini saya ingin kongsikan kepada semua berkenaan beg drypers yang telah digayakan oleh model cilik.. huhu anak kecik saya. hehehe


Kepada anda diluar sana kalau nak dapatkan beg drypers bolehla layari laman web www.drypers.com.my dan register sebagai ahli kelab. Beg drypers akan diberikan kepada anda melalui pos. Sebenarnya saya dah sebulan lebih register tetapi saya masih lagi tidak menerima beg yang dijanjikan. Sayapun tak taula silapnya di mana.. Mungkin beg tu telah tercicir dimana-mana sebelum sampai ke tangan saya. Maklumla beg ni kan comei... Cute miut gitu...tentu ramai yang berkenan huu........

Alhamdulillah ada hamba Allah, officemate saya hadiahkan beg ni untuk anak saya.. Girangnya sicilik saya menggayakan beg ni.. nak snap pic dia pun tak leh nak duduk diam..huhu...


Kepada anda diluar sana, meh laju-laju jadi ahli kelab drypers...




Wednesday, June 17, 2015

BERITA BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM



Alhamdulillah berita baik untuk semua penjawat awam...

Harini PM telah mengumumkan bantuan hari raya sebanyak RM500 untuk setiap penjawat awam Gred 54 dan ke bawah. Bayaran akan dibuat pada 25 Jun 2015.

PM jugak mengumumkan kadar baru terendah imbuhan tetap khidmat perumahan (ITP) sebanyak RM300 sebulan berbanding RM180 sebelum ini. Bayaran akan dibuat mulai bulan November 2015.



Tuesday, June 16, 2015

SELAMAT DATANG RAMADHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulilah..tanpa disedari kita dah nak memasuki bulan ramadhan al mubarak..
Semoga kita di beri kesihatan dan peluang untuk menjalankan ibadah puasa dengan jayanya. InsyaAllah...

Bila nak masuk bulan ramadhan ni.. mulalah mencari-cari resepi untuk juadah berbuka puasa dan membuat kuih raya kan...

Sambutan hari raya kalini juga kami sambut ala kadar sahaja. Utamakan keperluan anak-anak dahulu.. Tema raya tahunni pun belum tahu lagi.. Suami kata temanya warna-warni.. huhuhu... Tak kisahlah asalkan semuanya gembira...





Friday, June 12, 2015

MINAT SI GADIS CILIK

Huhuhu..
Salam sejahtera semua.. inilah minat si gadis cilik saya sekarang.. harap minatnya ini akan terus berterusan sehinggala dia besar.. sejuk perut mama nak..huhu
Semoga menjadi anak yang pintar, solehah dan berjaya di dunia akhirat..




Sebagai ibubapa saat-saat yang lebih indah kita kecapi adalah setelah melihat anak-anak yang kita dibesarkan berjaya di dunia dan akhirat....Ini lah saham akhirat kita sebagai ibubapa...





MAJLIS BACAAN YASIN DAN POT LUCK SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. sempena hari jumaat yang mulia ini office saya telah mengadakan majlis bacaan yasin dan pot luck sempena menyambut ramadhan al mubarak pada minggu hadapan.



 Ini diantara sajian yang disediakan pada majlis ini. Selamat menjamu mata yer..huhu






Ini kek yang ditempah khas sempena majlis ini...hehehe





Salam ramadhan untuk semua yer.. Maaf zahir batin..

Wednesday, June 10, 2015

SIAPA NAK BELI BOTOL SUSU TOMMEE TIPPEE

 Salam sejahtera semua..
lama tak updated blog sebab kesibukan dengan tugas-tugas hakiki..huhu

disini saya nak let go 1 botol susu jenama tommee tippee. Sebenarnya saya beli pek berkembar. Saya dah gunakan 1 botol untuk kegunaan anak saya. Tapi dia tak mahu menghisap puting botol susu ni.. Jadi saya bercadang untuk jual murah-murah jela kat sesiapa yang berminat.


 Kalau kat kedai  baby, harga 1 botolni RM45 ringgit lebih.. Kalau termasuk GST mungkin akan mencecah RM50.. 1 botol yang masih baruni saya jual cuma dengan harga RM30 sahaja. (Tidak termasuk harga post).. 



Saya harap ada pembaca diluar sana yang akan membeli botol susu ini.. Kalau saya nak simpan pun.. nak buat apa kan..huhu

Saturday, June 6, 2015

JOM KE FLORIA PUTRAJAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..lamanya tak updated blog..tau-tau dah masuk bulan baru..huhu

Alhamdulillah pada 3haribulan Jun lepas kami sekeluarga berkunjung ke pesta floria di Putrajaya.. Esok last tau.. ulang taip esok last tau pesta floria ni..jadi kepada pembaca yang berminat marilah memeriahkan pesta floria ini.


 Ini diantara koleksi gambar-gmbar yang dapat saya kongsikan kepada semua. Tiket masuk untuk dewasa adalah rm5 dan kanak-kanak berumur 7 - 12 tahun adalah rm1 sahaja.Kanak-kanak dibawah umur 6 tahun masuk adalah PERCUMA.


 Inilah gelagat anak-anak kami di pesta floria tersebut.. huhu


 Cantik boat bunga-bunga ini tau...