Tuesday, May 26, 2015

FENOMENA GELOMBANG HABA



Amaran peringkat tertinggi dikeluarkan di dua negeri, Andhra Pradesh dan Telangana di New Delhi, India dengan angka kematian meningkat kepada lebih 750 orang akibat gelombang haba.
Para pegawai berkata sejumlah 551 orang meninggal dunia di Andra Pradesh, manakala bakinya di Telangana dengan 125 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Kebanyakan daerah di kedua-dua negeri itu terus mencatatkan suhu melebihi 46 darjah celcius dan menurut Jabatan Meteorologi India, keadaan cuaca semasa akan berterusan dalam beberapa hari lagi.
Pihak berkuasa di kedua-dua negeri menggesa orang ramai terutamanya buruh supaya tidak bekerja di kawasan terbuka antara jam 11 pagi hingga 4 petang.
"Sebahagian besar mangsa adalah mereka yang terdedah kepada cahaya matahari, biasanya berumur 50 tahun dan ke atas serta merupakan kalangan pekerja," kata P Tulsi Rani, pesuruhjaya khas jabatan pengurusan bencana Andhra Pradesh, yang dipetik saluran berita NDTV.
Jika berhadapan dengan situasi gelombang haba, kita disarankan untuk minum air masak yang banyak, kurangkan berada di tempat yang terbuka dan menjaga kesihatan.


Sumber :  Bernama

Tuesday, May 19, 2015

MINGGU-MINGGU BUSY


hehehe...Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..terima kasih kerana baca entry saya yer..terima kasih kerana mengunjungi blog saya..

Kalini cerita sikit tentang minggu-minggu busy saya.. Sebenarnya sekarangni saya tengah menanggung kerja kawan sepejabat kerana beliau telah bercuti bersalin selama 2 bulan.. 2 bulan jer ye saya akan tanggung kerja dia jika dibandingkan sebelumni dia tanggung kerja saya 3 bulan plus 2 kali bersalin..ekekeke.. 

Apapun moga diri ini terus tabah dan kuat untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya... InsyaAllah... 

Monday, May 18, 2015

SELAMAT HARI GURU!!


Salam sejahtera semua... Alhamdulillah hari ini sekolah anak saya menyambut sambutan hari guru. Semalam sibuklah dia suruh mamanya ni pergi cari dan belikan hadiah untuk teacher dan ustazahnya..So, semalam kita pilih HADIAH.. papa yang bayarkan eak..huhuhu... Tq papa sebab bayarkan..

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia, terutamanya saudara mara, rakan sekolah rendah, rakan sekolah menengah dan rakan se universiti yang akhirnya bertugas menjadi guru sekolah rendah/menengah/ pensyarah.. Tahniah untuk kalian semua yer.. Mulia jasa dan bakti sebagai seorang guru ni.. Dikenang hingga ke akhir hayat..

SELAMAT HARI GURU...




Wednesday, May 13, 2015

SELAMAT TINGGAL PINGBUSUK.ORG


Salam sejahtera semua.. semoga sihat-sihat sentiasa dan sentiasa dibawah lindunganNya. Entri kalini saya ingin kongsikan kepada semua tentang pingbusuk.org.. huhuhu selamat tinggal bukan bermaksud saya tidak menggunakan khidmatnya lagi tetapi pingbusuk ini telah ditukar kepada babab.net..


Babab.net adalah aggregator site untuk membantu blogger-blogger di Malaysia mendapat tempat di search engine seperti google, bing dan lain-lain.Sistem baru aggregator babab.net ini menggunakan sistem back-end yang boleh dikatakan 100% baru dan lebih pantas berbanding sistem pingbusuk yang lalu.

Jadi kepada pembaca yang sebelumni menggunakan pingbusuk.org bolehla menukar code banner yang baru kepada banner code yang ada di babab.net.

Terima kasih kepada pingbusuk.org yang kini dikenali sebagai babab.net kerana membantu blogger mendapat trafik dan backlink. Selamat maju jaya..


Monday, May 11, 2015

TEMAN LELAKI UPAHAN


Salam sejahtera dan selamat pagi semua...Semoga ceria-ceria dan sihat-sihat selalu yer.. Lama saya tak update blog sebab kekangan masa. Walaubagaimanapun saya akan cuba untuk meluangkan masa untuk blog ini kerana minat.. Terutama untuk berkongsi cerita dengan semua pembaca..

Huhu sebenarnya saya baru sahaja selesai menonton cerita Teman Lelaki Upahan full episod.. Huhu orang lain dah lama tengok saya baru nak tengok full episod eak..huhuhu masa tak menyebelahi saya untuk mengadap kaca tv setiap petang. Setelah menonton cerita ini, memang saya bagi 5 bintanglah kepada pelakon-pelakon dan semua yang terlibat menjayakan drama ini. Drama yang sarat dengan pengajaran dan iktibar. Seronoknya cerita tu.. saya harap drama ni akan dapat award suatu hari nanti.

Thursday, May 7, 2015

PERTABALAN SULTAN PERAK KE 35


Salam sejahtera semua. Lamanya tak update blog. Sibuk rasanya sejak kebelakangan ini. Ayah saya adalah anak jati kelahiran Negeri Perak dan saya sebagai anaknya tentu teruja dan ingin mengambil maklum tentang hal ehwal sultan di Negeri kelahiran ayah saya. Alhamdulillah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selamat ditabal sebagai Sultan Perak Ke-35 dalam Istiadat Tabal Adat yang diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, sekali gus meneruskan legasi Kesultanan Melayu Perak yang terbina sejak 1528. 

Istiadat pertabalan itu kembali berlangsung di Balairong Seri, Istana Iskandariah di sini selepas kali terakhir diadakan 30 tahun lalu ketika ayahanda Sultan Nazrin, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ditabal sebagai Sultan Perak Ke-34 pada 9 Disember 1985, selepas dimasyhurkan pada 3 Februari 1984.

Dalam Istiadat Tabal Adat yang bermula pukul 11.10 pagi itu, Tuanku Zara Salim turut dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Perak.

Terdahulu, Sultan Nazrin menerima hormat diraja dan memeriksa anggota kawalan kehormat yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Markas Dua Divisyen sambil diiringi lagu kebesaran negeri yang dimainkan oleh kumpulan Pancaragam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada pukul 9 pagi.

Baginda segak bergaya mengenakan persalinan rasmi lengkap dengan perkakasan kebesaran negeri termasuk tanjak, Pontoh Bernaga dan Rantai Bunga Nyiur manakala Tuanku Zara memakai tiara, Pontoh Ular Lidi, Agok dan Dokoh.
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara kemudian berangkat masuk serta bersemayam di atas singgahsana di Balairong Seri dengan didahului jejawat-jejawat istana membawa masuk kesemua 16 lembing dan 16 payung kerajaan berukir perak.
Sejurus itu, Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Datuk Seri Ir. Mohamad Othman Zainal Azim dititah menghadap bagi memohon perkenan tuanku untuk memulakan istiadat.

Istiadat dimulakan dengan baca­an ayat suci al-Quran oleh Radzi Kamarul Hailan sebelum Timbalan Mufti, Zamri Hashim membawa masuk kitab suci al-Quran ke dalam Balairong Seri dan menyerahkannya kepada Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti untuk dipersembah kepada Sultan Nazrin lalu dikucup oleh baginda serta diletakkan di tempat khas.

Istiadat diteruskan dengan kehadiran Raja Chik Muda Pawang Diraja menatang Pedang Cura Si Manja Kini masuk ke dalam Balairong Seri dan dipersembah oleh Orang Kaya-Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin kepada Sultan Nazrin.

Sultan Nazrin kemudian ber­kenan menerima pedang tersebut yang dimiliki oleh Sang Sapurba dan diwarisi sejak Sultan Perak pertama, Sultan Mudzaffar Shah; lantas menghunus mata pedang serta mengucupnya.

Toh Seri Nara Diraja, Mohd. Shah Nong Chik kemudian menaiki singgahsana bagi mempersembah Mestika Embun serta menyunting Cap Halilintar ke telinga kanan Sultan Nazrin sambil membisikkan 'Rahsia Nisab Sultani' (asal-usul sultan) kepada baginda.

Selepas itu, Orang Kaya-Kaya Bendahara Seri Maharaja membaca pemasyhuran pertabalan Sultan Nazrin sebelum melaungkan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali berturut-turut diikuti sekalian yang hadir. Serentak itu, Nobat Tabal kembali bergema setelah hampir 30 tahun tidak dipalu seiring dengan 21 das tembakan meriam.
Istiadat diteruskan lagi dengan pemasyhuran Tuanku Zara sebagai Raja Permaisuri Perak setelah warkah pengisytiharan gelaran istiadat yang dibawa masuk oleh Setiausaha Dewan Negara Perak, Toh Amar Seri Diraja Datuk Ayob Hashim dengan diapit oleh dua bentara, dibaca oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja.

Sultan Nazrin kemudian menye­mat Bunga Pencawa Pencara ke rambut Tuanku Zara sebelum Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja melaungkan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali diikuti sekalian yang hadir serta diiringi oleh paluan nobat.
Sebaik sahaja selesai, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa mempersembah ucapan tahniah dan taat setia bagi pihak raja-raja dan Orang Besar Perak Darul Ridzuan sementara Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mewakili kerajaan dan rakyat.

Atur cara berkenaan diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria selepas Sultan Nazrin menyampaikan titah baginda selepas ditabal sebagai Sultan Perak.

Pertabalan Sultan Perak Ke-35 melibatkan beberapa istiadat bermula dengan Istiadat Meletak Kerja pada Ahad lalu, diikuti Istiadat Tabal Adat, Istiadat Tabal Pusaka, Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal di Tujuh Kuala Sungai Perak, Istiadat Menziarahi Makam-makam Diraja sebelum diakhiri Istiadat Menutup Kerja pada 17 Mei ini.


Selain itu, Santapan Pertabalan bagi meraikan raja-raja, pembesar-pembesar negeri dan sahabat baginda dari dalam dan luar negara akan diadakan pada 9 Mei ini.

PROMOSI PENAPIS AIR CUCKOO

Selamat sejahtera semua...  PENAPIS AIR CUCKOO Harga promosi rm60 sbln sahaja!! akan tamat hujung bln ni..  Mari2 semua..sesiap...