Jom Klik Iklan

Wednesday, April 1, 2015

KAJI SEMULA CAJ GST TERHADAP PENGELUARAN BANK BERBEZA

Gambar Hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini bermulanya GST, semoga berjalan lancar dan tiada yang cuba mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan lebih kerana alasan gst. Saya amat tertarik dengan article di bawah ini dan setuju dengan isu yang diketengahkan. Memandangkan mesin pengeluaran atm amatlah terhad dan boleh dikatakan hampir tiada terutama di kampung dan kawasan pedalaman.


Kerajaan digesa membatalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas caj transaksi pengeluaran wang menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) antara bank.

Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi berkata, caj baharu sebanyak RM1.06 itu memberi kesan terhadap pengguna terutama ketika peningkatan kos sara hidup di negara ini.

Katanya, pelbagai cukai telah dibayar oleh rakyat dan tidak salah sekiranya perkhidmatan transaksi pengeluaran wang menerusi mesin ATM antara bank mendapat pengecualian.

“Perkhidmatan mesin ATM disediakan bagi memudahkan orang ramai melakukan transaksi pengeluaran wang tetapi dengan peningkatan caj sebanyak enam peratus menyebabkan mereka terbeban terutama di kawasan yang tidak mempunyai banyak mesin ATM.
“Peningkatan caj pe
rkhidmatan yang dikenakan memberi impak kepada mereka yang tinggal di kawasan kurang kemudahan mesin ATM, mereka akhirnya dikenakan caj kerana menggunakan mesin ATM bank berbeza,” katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, caj sebanyak enam peratus itu dikenakan bagi perkhidmatan tersebut adalah tidak wajar kerana akan membebankan pengguna.
Katanya, pihak bank tidak akan mengalami kerugian sekiranya mengekalkan caj yang lama tanpa mengenakan caj tambahan GST malah ada sesetengah syarikat langsung tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan mereka.

“Saya cukup terkilan dengan sikap segelintir pihak yang suka mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan berlebihan terutama dengan pelaksanaan GST.

“Oleh sebab itu, pengguna perlu memainkan peranan penting agar tidak merugikan diri sendiri. Contohnya, mereka hanya perlu mengeluarkan duit dengan menggunakan bank yang sama bagi mengelakkan caj dikenakan,”

Sumber : Utusan Malaysia

No comments: