Wednesday, April 29, 2015

ADIK...JOM BACA BUKU...LEPASNI KITA PERGI PESTA BUKU YER..HIHIHI



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Alhamdulillah bertemu kita kembali.. huhu entri kali ni tentang buku..  Gambar di atas adalah gambar candid aksi dua orang anak saya. Kelihatan sangat seronok dan teruja membelek-belek buku bergambar. 

Sekarangni tengah berlangsung Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, Kuala Lumpur sejak 24 Mei sehingga 3 Mei ini. 

InsyaAllah esok saya akan berkunjung ke Pesta Buku ini. Wah rasa terujanya saya..walaupun dah banyak kali pergi sana tapi tetap tak rasa jemu... Berbagai jenis buku kita akan temui dan tidak ketinggalan juga kepada peminat novel... Disinilah pembaca dapat bertemu secara live dengan penulis novel kegemaran mereka..

Jom kita beramai-ramai berkunjung ke Pesta Buku PWTC 2015




Monday, April 27, 2015

RESEPI AYAM MASAK KURMA



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah bertemu kita kembali.. entri kali ini saya ingin kongsikan kepada semua resepi ayam masak kurma.

Huhuhu watak utamanya ayam tau..

Bahan-bahannya

1 ekor ayam 
4 biji kentang (Potong 2)
Sepeket Serbuk kurma (tidak kisahla jenama babas atau adabi)
Santan pekat (sebiji kelapa)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit garam
Sedikit bunga lawang
Sedikit halia
Sedikit kulit kayu manis
1 cawan minyak masak
2 mangkuk air

Cara memasaknya

1) Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
2) Blend bawang merah/putih/halia dan masukkannya bersama kulit kayu manis serta bunga lawang kedalam minyak yang telah panas. Setelah berbau harum masukkan pula 
3) Serbuk kurma dan semangkuk air, kacau sebati.
4) Masukkan ayam yang telah dipotong.
5) Masukkan pula kentang dan pastikan kuali ditutup agar ayam dan kentang masak sekata di dalamnya.Masukkan santan pekat sedikit demi sedikit
5) Masukkan semangkuk air lagi jika kuah kelihatan terlalu pekat.
6) Masukkan garam secukup rasa
7) Sedia untuk dihidangkan



Selamat mencuba...



Friday, April 24, 2015

PERTANDINGAN MEMASAK


 Assalamualaikum dan selamat petang semua. Entri kali ini saya ingin kongsikan kepada semua tentang pertandingan memasak yang saya dan rakan sekerja pernah hadiri akhir tahun lepas. Baru dapat upload harini sebab baru dapat jumpa picture ni di dalam hanset..huhuhu inilah kenangan untuk tatapan semua...

Sebenarnya pertandingan memasak tu adalah salah satu slot di dalam kursus yang saya ikuti. kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kebetulan kumpulan saya kena masak ayam masak kurma.



Inilah hasil kerja tangan kami.. Huhuhu
Kumpulan boboi boi
Kurma Sehati sejiwa..
Hahaha



Ini kurma yang telah siap dimasak di dalam kuali. Namun belum dihidangkan lagi...huhu

3 RENTUNG KEBAKARAN DI SABAK BERNAM


Pagi ini kami semua dikejutkan dengan berita tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Teluk Rhu, dekat sini dalam kejadian 2.30 pagi tadi.

Mangsa yang rentung ialah Goh Meng Huat,70, anaknya, Goh Sim Yen, 34, dan cucunya, Tan Jia Wai, 7, manakala seorang lelaki warga Bangladesh dikenali Mustapa, 30-an terselamat.

Rumah ini kedudukannya di tepi jalan besar dan merupakan laluan utama kami untuk ke pekan. 

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.27 pagi dan 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam serta Sungai Besar ke lokasi kejadian. Kebakaran membabitkan sebuah rumah kampung yang musnah kira-kira 50 peratus serta sebuah lori dan dua kereta.

“Mangsa pertama ditemui kira-kira 3.13 pagi diikuti mangsa seterusnya.
“Mayat mangsa yang rentung diserahkan kepada polis dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.

Punca kejadian masih belum diketahui dan semoga kita semua mengambil iktibar diatas kejadian yang telah berlaku.






SALAM JUMAAT SEMUA


Selamat pagi dan salam jumaat untuk semua pembaca. Semoga ceria-ceria selalu dan sentiasa hidup di dalam rahmatNya...


Thursday, April 23, 2015

BERUANG SESAT DI SABAK BERNAM


Salam sejahtera semua. Huhuhu entri kali ini tentang cerita beruang sesat di Sabak Bernam. Tak sangka ada beruang di daerah ini ye. Saya ingat beruang tu ada kat oversea je..Huhuhu..Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengambil masa selama lima hari menjejaki seekor beruang betina yang dilaporkan tersesat sejauh 50 kilometer sejak Khamis lalu.

Pengarah Jabatan PERHILITAN Selangor Abd Rahim Othman berkata, beruang betina jenis matahari itu dipercayai dari Hutan Simpan Sungai Karang, Simpang Lima sebelum ditemui penduduk berkeliaran di sekitar Kampung Batu 4, Sapintas.
Bagaimanapun, usaha pihaknya menjejaki beruang yang dianggarkan seberat 70 kilogram itu menemui jalan buntu selepas haiwan itu menghilangkan diri selepas ditembak dengan ubat pelali jam 6 petang hari sama.

“Operasi menjejaki haiwan itu diketuai Pegawai PERHILITAN Sabak Bernam Ahmad Syawal Mohamed Gani selepas menerima aduan daripada penduduk yang memaklumkan mereka terserempak dengan beruang berkenaan jam 4.30 petang.
“Walaupun dalam keadaan cuaca gelap, pasukan kami tidak berputus asa apabila bertindak memasang perangkap di kawasan terbabit jam 11 malam selepas haiwan itu gagal dikesan,” katanya.

Beberapa hari selepas itu, pihaknya sekali lagi menerima aduan penduduk yang mendakwa terserempak dengan beruang itu yang berkeliaran di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bedena.

Bagaimanapun, katanya, beruang itu berjaya dikesan selepas penduduk mendakwa ternampak haiwan itu berada di sekitar kawasan sawah padi jam 5.30 petang di Kampung Parit 1 Simpang Tiga Loji, Sungai Besar. Beruang itu diberikan rawatan dan pemantauan terlebih dulu sebelum dihantar ke Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu.


Syukurla beruang itu telah ditemui dengan selamat tanpa mencederakan sesiapa. CUTE nya teady bear..huhuhu

HATI PEREMPUAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekarang ini tengah rancak dipertontonkan kepada umum drama bertajuk Hati Perempuan di Slot Akasia TV3. Semakin hari semakin seronok pulak tengok cerita ini. Huhuhu… Pembaca di luar sana juga sudah tentu setiap petang akan menonton drama ini kan. Bukan sahaja memiliki wajah yang comel, cantik dan hensem tapi kedua-dua pelakon ini menunjukkan bakat yang besar kerana berjaya memikat hati penonton untuk terus menunggu di depan kaca tv setiap petang bagi mengetahui apakah adegan seterusnya dan seterusnya.. Huhuhu…

SINOPSIS DRAMA HATI PEREMPUAN

“Memahami Hatimu Lebih Sukar Daripada Memilikimu”

Drama ini berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhani. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya.

Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?


SINOPSIS NOVEL HATI PEREMPUAN

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? 


Wednesday, April 22, 2015

JOM BELAJAR MENGANYAM KETUPAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Alhamdulillah diam tak diam hari ini sudah 3 Rejab.. Selepasni bulan syaban dan seterusnya akan hadir bulan ramadhan. Semoga kita semua dipanjangkan usia untuk sampai ke bulan ramadhan yer. Bulan yang penuh barakah dan rahmatNya.

Ada tak kawan-kawan diluar sana yang masih belum menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada tahun lepas?? cepat-cepat ganti tau.. hehehe saya tahun lepas puasa full sebulan. Alhamdulillah sebab saya tak period semasa bulan ramadhan tahun lepas. Mungkin disebabkan saya saya baru melahirkan anak dan anak saya menyusu badan sepenuhnya tanpa susu formula. Jadi satu kelebihan untuk saya time tu la.. Huhu Alhamdulillah.. 

Entry kalini juga saya nak share kepada semua tentang ketupat. Bagi saya sekeluarga Syawal tidak akan bermakna tanpa ketupat daun kelapa ni..huhuhu feel dia lain tau.. tapi dalam keluarga hanya ada beberapa orang jer yang pandai menganyam ketupat. termasuklah saya salah seorangnya..hihihi

Tapi kan..sepandai-pandai saya menganyam ketupat ni, encik suami saya lagi cekap dan pantas menganyam ketupatni.. Memang kalah saya. Kalau saya siap satu, dia dah siap tiga..huhuhu... Kenangan terindah kami menganyam ketupatni bersama-sama adalah semasa bercinta dahulu.. 


Jom kita belajar buat ketupat. Tak rugi tau. Huhuhu.. tambahan pula bila ketupat tu dah siap masak. Wah seronoknya dapat makan hasil tangan sendiri.

Pastilkan daun ketupatni diambil dari pucuk kelapa muda yang sihat. maksudnya tidak dimakan kumbang atau rosak daunnya. Huhu.. selepastu potong daun-daunnya seperti di dalam gambar di atas. Buang lidinya dan anyam ketupat itu menggunakan kedua-dua belah tangan. Adalah lebih baik jika kita belajar menganyam ketupat ini secara live dari mereka yang pandai menganyam ketupat sebab kita akan dapat melihat teknik anyaman ini secara terus. Selain itu, jika ada masalah kita terus dapat menyelesaikannya dengan segera.

Jom belajar menganyam ketupat...

Tuesday, April 21, 2015

RESEPI MEE GORENG BASAH


Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah harini saya nak kongsikan resepi mee goreng basah. Semalam tengahari masak menu ni. Huhuhu

Bahan-bahan
Mee goreng (kuning) 1 bungkus
*fishball 6 biji di potong kecil
*ayam seketul (ambil dagingnya sahaja dipotong kecil)
semangkuk air
lada sulah secukup rasa
garam dan gula secukup rasa
sesudu sos tiram
sesudu kicap
sesudu sos tomato
*sawi
Bawang merah, bawang putih dan halia (di blend hingga lumat)


Bahan bertanda * boleh di ubah mengikut citarasa kita


Cara memasaknya
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bahan yang telah di blend tadi
3. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa
4. Masukkan ayam dan fishball yang telah dipotong kecil dan masukkan semangkuk air. (Untuk masak mee goreng basahni memerlukan air yang agak banyak berbanding mee goreng kering)
5. Masukkan kicap dan sos tomato. gaul sebati
6. Masukkan mee yang telah dibasuh terlebih dahulu
7. Gaulkan rata, jika perlu masukkan kicap dan sos boleh ditambah lagi.
8. Masukkan lada sulah dan sawi
9. Setelah masak, sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba


Monday, April 20, 2015

APA ITU POKOK HEMPEDU BUMI



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu kita kembali. Kali ini saya ingin kongsikan kepada semua berkenaan Pokok Hempedu Bumi. Ada seorang officemate telah membawa pokok ini ke office untuk disedekahkan kepada sesiapa yang berminat. So, sayapun tak pernah tau tentang khasiat pokok ini. Rasanya tengok pun tak pernah. Huhuhu.. apalagi minta bantuan encik google untuk dapatkan maklumat lanjut la kan..huhu..
Ini adalah info untuk kita kongsikan bersama. Pokok Hempedu Bumi atau nama saintifiknya Andrographis juga sinonim dengan nama Justicia latebrosa merupakan sejenis tumbuhan herba berubat. Ianya terkenal di kalangan pengamal perubatan tradisional China, Ayurvedic dan Yunani.
Hempedu Bumi dipanggil juga sebagai akar cerita, hempedu tanah, bidara (Melayu), mompoit (Sabah), sambiloto (Indonesia), kalmegh (India), nilavempu (Tamil) chuan xin lian (China) dan King of the bitter (Inggeris).
Pokok Hempedu Bumi merupakan tumbuhan semusim yang tumbuh menegak dan renek sesuai ditanam sepanjang tahun pada semua jenis tanah (bris, liat dan gambut) dengan jangka masa tanaman 8 hingga 10 minggu. Walaubagaimanapun, tanaman ini memerlukan kawasan bersaliran baik.
Hempedu Bumi mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Penduduk Asia menggunakan herba ini untuk merawat masalah berkaitan penghadaman, pernafasan, demam, batuk dan penyakit berjangkit.
Di kalangan masyarakat Melayu, air rebusan tumbuhan ini digunakan untuk merawat demam, darah tinggi, cirit birit, luka, ulser, gigitan serangga dan menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan.
Daun Hempedu Bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat penyakit kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah dengan hanya merebus daun tersebut dan airnya diambil untuk diminum. Air rebusan yang pahit ini dipercayai mengandungi bahan kimia tumbuhan yang boleh memecahkan molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat.
Daun Hempedu Bumi ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan meletakkannya pada luka terutamanya pada luka gigitan ular dan sengatan serangga
Hasil kajian ke atas tumbuhan ini menunjukkan ianya mengandungi banyak bahan-bahan kimia dari kumpulan diterpenoids lactone dengan kadar antara 65 hingga 70 peratus contohnya angrographolide dan neoangrographolide. Bahan kimia ini mungkin penyumbang besar dalam mengawal dan merawat penyakit-penyakit yang telah dinyatakan di atas.
Terdapat kajian-kajian bukan klinikal dan klinikal telah dilakukan ke atas haiwan dan manusia dengan menggunakan serbuk dan pati (ekstrak) A. paniculata. Kajian-kajian ini telah membuktikan bahawa Hempedu Bumi boleh membantu dalam merawat penyakit malaria (antimalarial), masalah darah beku (antithrombotic), diabetis, kanser dan darah tinggi.
Namun, berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Monograf Hempedu Bumi, produk tradisional yang mengandungi Hempedu Bumi boleh memberi kesan sampingan seperti ketidakselesaan dalam perut, muntah dan kehilangan selera makan. Produk ini juga tidak boleh diambil oleh ibu yang sedang mengandung dan ibu yang menyusukan bayi. Tiada kajian atau maklumat mengenai kegunaan hempedu untuk kanak-kanak dengan itu, pengguna perlu mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memberi ubat tradisional tersebut kepada kanak-kanak.
Pengguna juga dinasihatkan untuk memilih produk tradisional yang telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengguna perlu mendapat nasihat doktor sekiranya mengalami alahan dan kesan sampingan yang berlarutan.
Rujukan
  1. http://agromedia.mardi.gov.my
  2. http://www.myhealth.gov.my


Friday, April 17, 2015

BAGAIMANA URUS KEWANGAN KITA??






Selamat petang semua. Petang ini saya ingin kongsikan kepada semua berkenaan langkah - langkah mengurus kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji besar ataupun kecil. ini adalah untuk peringatan saya dan panduan untuk dikongsi kepada semua. Di antara kesilapan yang sering dilakukan oleh kita adalah dengan terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Kita boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja kita. Susah sebenarnya untuk mendisiplinkan diri untuk menguruskan kewangan terutama dengan kos hidup yang semakin mencabar ini. Namun, beberapa langkah berikut boleh kita ikuti dan dijadikan panduan untuk masa hadapan:

1)  Tentukan matlamat kewangan kita

Matlamat kewangan kita seharusnya menggambarkan perkara yang kita ingin kecapi dengan wang kita dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu kita memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan kita untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat kita, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana ataupun panjang.
  • Membeli/membina rumah
  • Membeli kereta
  • Melancong
  • Menabung untuk pendidikan anak
  • Membeli hartanah



2)  Kita jejaki kemana hilangnya wang kita

Selepas kita menentukan matlamat kewangan kita, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat kita mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat kita buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja kita. Melalui pemerhatian ini, kita dapat mengetahui:
  • Ke mana dan bagaimana kita membelanjakan wang kita
  • Berapa banyak hutang kita setiap bulan
  • Berapa baki wang kita yang masih tinggal di penghujung bulan
3) Menilai tabiat berbelanja kita

Jika wang kita tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya kita menilai tabiat berbelanja kita. Teliti semula semua perbelanjaan kita dan tentukan sama ada apa yang telah kita beli ialah barangan yang benar-benar diperlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan kita. Perhatikan sama ada:

  • Kita menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
  • Kita memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
  • Hutang kita lebih besar daripada pendapatan
  • Kita membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada kita mampu atau tidak
4) Menulis rancangan perbelanjaan kita

Pelan perbelanjaan membantu kita merancang kewangan. Kita boleh mengesan ke mana duit kita dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan kita. Mulakan pelan perbelanjaan kita dengan panduan mudah berikut:
  • Tentukan jumlah pendapat bulanan kita
  • Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain
  • Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)


Sekiranya kita tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, kita mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja kita dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. Semoga bermanfaat.



Thursday, April 16, 2015

MENCARI KEBERKATAN DALAM BERUMAHTANGGA


Salam sejahtera semua.. Alhamdulillah syukur di atas segala rahmatnya..

Entri kalini saya tertarik untuk berkongsi kepada anda semua tentang keberkatan dalam berumahtangga. Perkongsian ini adalah untuk ingatan saya sendiri dan untuk tatapan pembaca semua.

Sesuatu perkara yang diberkati itu bermaksud kebaikannya bertambah ataupun berkembang. Perkahwinan adalah adalah permulaan kepada pembinaan sebuah keluarga. Jadi, kasih sayang perlu diterapkan dalam rumahtangga untuk mengelak perselisihan dan untuk menambahkan keberkatan dalam kehidupan seharian.

Kita cuba terapkan 3 perkara di dalam rumahtangga kita.

1) Didik keluarga membaca Al Quran
Jangan jadikan amalan membaca al Quran bermusim hanya pada bulan ramadhan sahaja. Malaikat akan datang ke rumah yang disinari dengan bacaan al Quran. Bermulalah dengan sedikit, setiap hari semakin bertambah dan menjadi istiqamah.

2) Amalkan makan bersama keluarga
Dengan amalan makan bersama boleh mengeratkan siratulrahim. Jangan lupa baca doa makan sebelum makan bagi mendapatkan keberkatan.

3) Amalkan mengucapkan salam ketika memasuki rumah walaupun rumah sendiri
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah bersabda " Wahai anakku, jika engkau memasuki rumah dan menemui keluargamu, ucaplah salam agar datang berkat padamu dan pada keluargamu". Didiklah ahli keluarga bermula dari anak kecil agar memberi salam.

InsyaAllah jom kita amalkan dan terus istiqamah...





Wednesday, April 15, 2015

RESEPI KEK BELANG KUKUS


Salam sejahtera semua...
Petangni saya kongsikan dengan anda semua resepi kek belang kukus..
Minggu lepas saya buat kek ni.
Gambar tak berapa clear la..almaklumlah kamera tak canggih...hehehe




Bahan-bahannya seperti dibawah yer..

4 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 cawan majerin
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
Pewarna yang dibenarkan. saya gunakan warna merah je..

Sila pastikan Pengukus tu airnya dh mendidih yer baru letak loyang kek yang nak dikukustu..

Selamat mencuba.....

BERBUDI PADA TANAH



Salam sejahtera semua.. terima kasih kerana mengunjungi blog saya.. hiihihi.. entri kalini saya ingin kongsikan kepada pembaca semua berkenaan berbudi pada tanah..

Tidak rugi tau.. bolehla sedikit sebanyak mengurangkan kos beli barang dapur.. Kita kena amalkan sikap berjimat cermat kan.. tambahan pulak sekarang semua benda perlukan duit.. Duit oh Duit..

Hahahaha.. ni ada 3 pasu pokok kencur, 1 pasu pokok kunyit dan 3 bekas pokok kucai.. Pokok kucai ini telah banyak kali dituai dan dimasak. Kucai ini sedap ditumis bersama tauhu dan udang. Selain itu, boleh juga dijadikan bahan masakan untuk kuewtiau dan cekodok bilis...

Kepada anda semua, marilah kita bercucuk tanam dihalaman rumah sendiri. Selain mengisi masa lapang, kita akan rasa puashati dengan hasil tanaman kita nanti.. Boleh dijadikan buah tangan untuk jiran tetangga, ibu atau ibu mentua jugak kan.. huhuhu


Tuesday, April 14, 2015

PROGRAM PENGAJIAN FIQH WANITA - "PENGURUSAN RUMAHTANGGA"


 Salam sejahtera semua. Perkongsian hari ini, saya ingin kongsikan kepada pembaca semua tentang kursus yang saya hadiri pada hari ini anjuran Pejabat Agama Islam Daerah.
Kursus ini dihadiri oleh lebih 50 orang peserta dan semuanya adalah wanita..





Dalam hidup berumahtangga, banyak dugaannya. Tempuhi pahit manis kehidupan ini dengan sabar dan penuh tanggungjawab. Kita mempunyai peranan tersendiri sebagai anak, sebagai ibu atau bapa, sebagai suami mahupun isteri.. Masing-masing ada peranan dan tanggungjawabnya tersendiri.

Dalam kehidupan ini ada masanya kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menempuhi segala dugaan ini kerana ganjarannya akan kita diterima di akhirat nanti.. 

Bak kata penceramah tadi, Laksanakan tugas dan tanggungjawab kita dengan penuh rasa nikmat. InsyaAllah kita tidak akan rasa terbeban dengan tugas dan tangungjawab kita yang berat.. InsyaAllah..

Semoga ukhwah suami isteri yang terjalin akan kekal hingga ke syurga. Amin...



Friday, April 10, 2015

CUEPACS MAHU GST TAK BEBANKAN RAKYAT




Saya tertarik dan ingin kongsikan kepada pembaca semua berkenaan saranan Cuepacs agar GST tidak membebankan rakyat. Setelah 10 hari GST dijalankan pelbagai maklumbalas telah diterima. Pada dasarnya seperti yang kita telah sedia maklum GST adalah menggantikan cukai yang sediada. Maknanya harga barang tidak naik mendadak seperti yang telah berlaku sekarang ini. Dengan kenaikan harga barang ditambah pula dengan kenaikan 6% kos GST yang perlu dibayar oleh pembeli jadi berapa kali kenaikan % pembeli perlu bayar dan keuntungan ini untuk siapa sebenarnya..

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata, sejak ia diperkenalkan 1 April lalu, pihaknya menerima rungutan dalam kalangan 1.6 juta ahlinya mengenai kenaikan harga barang yang tidak sepatutnya berlaku jika GST dilaksana dengan berkesan.
Kerajaan digesa lebih serius dalam usaha memastikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak terus membebankan rakyat negara ini.

"Sebab itu, kami berharap agar kerajaan melihat semula adakah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus sebelum ini benar-benar dihapuskan dan digantikan cukai GST yang lebih rendah sekali gus harga barang sepatutnya menjadi lebih murah.

"Usaha ini perlu dilakukan 200 peratus melibatkan semua pihak berkaitan dan bukannya terletak pada satu dua kementerian sahaja," katanya.


Sumber : Harian Metro

BAYAR PTPTN IKUT KEMAMPUAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri kalini saya ingin kongsikan tentang bayar PTPTN ikut pendapatan. Secara peribadi saya amat bersetuju dengan mekanisme ini jika ianya benar-benar direalisasikan. Sebab saya sendiri adalah peminjam PTPTN yang hanya bekerja dengan kelulusan SPM. Bukan mudah untuk mendapat pekerjaan yang setaraf dengan tahap pendidikan. Hanya orang yang bertuah je dapat.. Bukannya tidak berusaha dan cuba memajukan diri tapi mungkin bukan rezekinya lagi… Dalam pada masa yang sama wajib pula bayar hutang PTPTN. Dengan potongan gaji dan pembayaran dibuat secara konsisten setiap bulan..poket pun mula rasa nipis. Tambahan pula dengan isu gst yang tak berkesudahan..  Berapa sangatlah nilai  RM50 sekarang untuk membeli barang keperluan diri dan anak-anak yang semakin membesar.

Tambah memeritkan lagi apabila dengan potongan PTPTN ini dapat surat hijau dari jabatan.pulak.. sebab tahap keberhutangan serius..  Huu apa nak dikatakan lagi kan.. terima dan redha kan je sebagai satu ketentuan. Jadi saya secara peribadi memang menyambut baiklah jika mekanisme ini menjadi kenyataan.

Perbadanan Tabung Pendi­dikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam peringkat perbincangan dengan semua pihak yang terlibat bagi mereali­sasikan hasrat kerajaan mengenai kaedah pembayaran pembia­yaan yang baharu berdasarkan pendapatan.

Pengerusinya, Datuk Shamsul A­nuar Nasarah berkata, perbincangan meliputi aspek perunda­ngan, mekanisme yang bersesuaian serta juga memperhalusi kes-kes dan situasi peminjam-peminjam PTPTN.

Kata beliau, cadangan bayaran balik berdasarkan pendapatan itu dilihat merupakan salah satu pendekatan terbaik bagi memastikan semua peminjam yang mempunyai kemampuan membuat bayaran balik pembiayaan.

“Melalui kaedah tersebut, jumlah ansuran bulanan dicadangkan berdasarkan kepada peratusan tetap daripada pendapatan bulanan peminjam berbanding pelaksanaan sedia ada berdasarkan kepada jumlah pembiayaan yang diterima.

“Para peminjam perlu mula membuat bayaran balik apabila mempunyai pendapatan pada tahap atau jumlah tertentu dan kaedah ini telah diamalkan oleh beberapa buah negara termasuk Australia dan New Zealand,” katanya menerusi kenya­taan di sini hari ini.

Menurut Shamsul Anuar, kebaikan kaedah itu adalah proses pengesanan peminjam lebih mudah, secara tidak langsung me­ningkatkan prestasi pembayaran balik pembiayaan sebagaimana di Australia (80 peratus) dan di New Zealand (90 peratus) berbanding 50 peratus bagi kadar bayaran balik PTPTN.

“Ini kerana bayaran balik akan dibuat secara automatik daripada gaji peminjam apabila mereka mencapai tahap yang ditetapkan. Malah ia juga dilihat tidak membebankan peminjam memandang­kan bayaran balik dan ansuran adalah mengikut kemampuan dan keupayaan kewangan sebenar peminjam.


“Selain itu, peminjam yang masih tidak mampu tidak dibeban­kan dengan tindakan pe­nguat­kuasaan. Secara puratanya, tempoh penyelesaian hutang juga akan menjadi lebih pendek dibandingkan dengan kaedah sedia ada,” katanya.

Wednesday, April 8, 2015

UNTUK YANG DAH KAWIN, BARU NAK KAWIN ATAU YANG INGIN TAHU TENTANG SUAMI ISTERI..HUHUHU


Selamat petang.. perkongsian untuk hari ini.. hehehe

khas buat yg dah kawin , dan yg baru nak kawin, atau ingin tahu pasal `SUAMI ISTERI' hehehehe

bersyukurla. . pandang banyak  kebaikannye. .bukan keburukkanya. .......
kita pon bukan PERFECT TEN KAN…. hehehe :)

enjoy reading!


SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI    !!!!


SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke kedai beli apa-apa. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama berpuluh-puluh tahun bersama Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:
 


“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka ”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
   

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.


Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..  

“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”  

NASI DAGANG DAN GULAI TONGKOL

Ni gambar nasi dagang ihsan dari encik google 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Tetiba teringin pulak nak kongsikan resepi masak nasi dagang kepada anda semua.. Teringat kenangan semasa tinggal dirumah sewa di putrajaya dengan geng-geng UiTM dulu.. Time tu baru lepas graduate. Tinggal menyewa dengan kawan-kawan di Bangunan hijau dekat Presint 9 Putrajaya.. Kenangan zaman muda2.. Huhu sekarang anak pun dah tiga..

Semasa sambutan hari raya, housemate masak nasi dagang untuk open house. Memang sedap air tangannya..huu

Nasi Dagang
Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa) 
2 cawan santan pekat 
4 cawan santan cair 
2 sudu besar halba 
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus 
6 ulas bawang putih, mayang halus 
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis) 
Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
 
  1. Didihkan air didalam periuk kukusan 
  2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam 
  3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus 
  4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak 
  5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar 
  6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya. 
  7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.

Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang 

Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar 
5 keping asam gelugor 
2 inci halia, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar 
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula 
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)

Bahan B 
Santan pekat dari satu biji kelapa 
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk 
4 ulas bawang putih, ditumbuk 
1 inci halia, ditumbuk 
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes 
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan) 
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa. 
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan") 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. 
Pijarkan minyak di dalam periuk 
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau 
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak 
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih 
Masukkan santan pekat dan asam gelugor 
Bila mendidih masukkan gula merah 
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor) 
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.


Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

Bahan-bahan: 
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang 
4 sudu makan gula kabung (manisan) 
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

Cara memasak:

Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun. 

PROMOSI PENAPIS AIR CUCKOO

Selamat sejahtera semua...  PENAPIS AIR CUCKOO Harga promosi rm60 sbln sahaja!! akan tamat hujung bln ni..  Mari2 semua..sesiap...