Jom Klik Iklan

Tuesday, March 31, 2015

ESOK BERMULANYA GST


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Diam tak diam esok akan bermulanya GST. Semoga kita semua dapat menempuhinya dengan sabar dan tabah. Walaupun harga barang dan perkhidmatan dijangka akan naik, semoga kita diberi rezeki yang luas dan dipermudahkan segala urusan harian kita. Beza nilai ringgit dulu dan sekarang. Duit RM50 dulu untuk beli barang harian penuh dah 1 bakul kalau nilai duit rm50 sekarang belum tentu penuh..

GST adalah cukai yang dikenakan ke atas pembekalan (termasuk jualan) barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia dan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan ke Malaysia. Walaupun GST dikenakan ke atas harga jualan barang atau perkhidmatan, jumlah yang akan dibayar kepada Kerajaan hanyalah atas nilai tambah barang atau perkhidmatan di setiap peringkat rantaian pengedaran/bekalan. Nilai tambah adalah nilai yang pengeluar (sama ada pengilang atau pengedar dan lain-lain) tambah kepada bahan mentah atau pembelian sebelum menjual produk atau perkhidmatan baru atau yang telah diperbaiki. 
Untuk membolehkan ini, GST menggunakan mekanisme penolakan (offset) kredit cukai di mana GST yang dikenakan ke atas output perniagaan (contohnya jualan produk yang dikilangkan atau perkhidmatan yang dibekalkan) ditolak daripada GST yang dibayar ke atas barang atau perkhidmatan yang diperolehi sebagai input (contohnya bahan mentah atau utiliti yang digunakan dalam pengilangan) oleh perniagaan. GST yang dikenakan ke atas output dipanggil cukai output. Manakala, GST yang dikenakan ke atas perolehan dipanggil cukai input. Mekanisme secara offsetting ini adalah untuk memastikan GST yang dibayar oleh perniagaan boleh diperolehi semula dan dengan itu membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

Gambarajah 1: Cukai input dan cukai output
Terdapat tiga jenis pembekalan yang disenaraikan di bawah GST iaitu:
(i)Pembekalan berkadar standard adalah pembekalan bercukai barang dan perkhidmatan yang tertakluk kepada kadar positif;
(ii)Pembekalan berkadar sifar adalah pembekalan yang tertakluk kepada kadar sifar yang mana tidak dikenakan GST pada peringkat output atau input; dan
(iii)Pembekalan dikecualikan adalah pembekalan yang tidak tertakluk kepada GST pada peringkat output iaitu apabila dibekalkan kepada pengguna. Walau bagaimanapun, GST yang dibayar ke atas input oleh perniagaan tidak boleh dituntut sebagai kredit cukai.

Gambarajah 2: Pembekalan berkadar standard



Gambarajah 3: Pembekalan berkadar sifar



Gambarajah 4: Pembekalan dikecualikan


Sumber : Portal Kementerian Kewangan

No comments: