Tuesday, March 31, 2015

DATING DENGAN ENCIK SUAMI


Huhuhu.. entri kalini tentang dating pulak yer..dating dengan encik suami tau.. Almaklumlah seminggu sekali je dapat jumpa. Itupun waktu weekend. Kebetulan hari ini di atas tugas-tugas khas en suami ada urusan di tempat saya bertugas jadi dapatlah kami berjumpa sebentar..huhu rasa seperti dating masa dolu-dolu pulak yer (hahaha anak dah berderet-deretla..)

Inilah nasib weekend husband/wife.. Saya rasa bukan kami sahaja berada di dalam situasi begini, tentu ramai lagi pasangan diluar sana senasib dengan kami..huhu bersabarlah yer demi menjalankan tugas untuk menyara keluarga.. 

Rindunya saat-saat indah berkumpul bersama suami dan anak-anak....






ESOK BERMULANYA GST


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Diam tak diam esok akan bermulanya GST. Semoga kita semua dapat menempuhinya dengan sabar dan tabah. Walaupun harga barang dan perkhidmatan dijangka akan naik, semoga kita diberi rezeki yang luas dan dipermudahkan segala urusan harian kita. Beza nilai ringgit dulu dan sekarang. Duit RM50 dulu untuk beli barang harian penuh dah 1 bakul kalau nilai duit rm50 sekarang belum tentu penuh..

GST adalah cukai yang dikenakan ke atas pembekalan (termasuk jualan) barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia dan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan ke Malaysia. Walaupun GST dikenakan ke atas harga jualan barang atau perkhidmatan, jumlah yang akan dibayar kepada Kerajaan hanyalah atas nilai tambah barang atau perkhidmatan di setiap peringkat rantaian pengedaran/bekalan. Nilai tambah adalah nilai yang pengeluar (sama ada pengilang atau pengedar dan lain-lain) tambah kepada bahan mentah atau pembelian sebelum menjual produk atau perkhidmatan baru atau yang telah diperbaiki. 
Untuk membolehkan ini, GST menggunakan mekanisme penolakan (offset) kredit cukai di mana GST yang dikenakan ke atas output perniagaan (contohnya jualan produk yang dikilangkan atau perkhidmatan yang dibekalkan) ditolak daripada GST yang dibayar ke atas barang atau perkhidmatan yang diperolehi sebagai input (contohnya bahan mentah atau utiliti yang digunakan dalam pengilangan) oleh perniagaan. GST yang dikenakan ke atas output dipanggil cukai output. Manakala, GST yang dikenakan ke atas perolehan dipanggil cukai input. Mekanisme secara offsetting ini adalah untuk memastikan GST yang dibayar oleh perniagaan boleh diperolehi semula dan dengan itu membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

Gambarajah 1: Cukai input dan cukai output
Terdapat tiga jenis pembekalan yang disenaraikan di bawah GST iaitu:
(i)Pembekalan berkadar standard adalah pembekalan bercukai barang dan perkhidmatan yang tertakluk kepada kadar positif;
(ii)Pembekalan berkadar sifar adalah pembekalan yang tertakluk kepada kadar sifar yang mana tidak dikenakan GST pada peringkat output atau input; dan
(iii)Pembekalan dikecualikan adalah pembekalan yang tidak tertakluk kepada GST pada peringkat output iaitu apabila dibekalkan kepada pengguna. Walau bagaimanapun, GST yang dibayar ke atas input oleh perniagaan tidak boleh dituntut sebagai kredit cukai.

Gambarajah 2: Pembekalan berkadar standard



Gambarajah 3: Pembekalan berkadar sifar



Gambarajah 4: Pembekalan dikecualikan


Sumber : Portal Kementerian Kewangan

Monday, March 30, 2015

MASA TERBAIK MENGUMPULKAN EBM



Salam sejahtera semua. Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang masa terbaik mengumpulkan ebm ( Expressed Breast Milk) atau kita biasa sebut susu perahan... Huhuhu gambar diatas adalah susu perahan yang saya kumpul semasa dalam pantang sikecik saya. Sekarang sikecik saya berumur 1 tahun 5bulan dan tidak pernah lagi minum susu formula.. Alhamdulillah... Bukan tujuan untuk berlagak dan menunjuk-nunjuk tapi untuk memberi motivasi dan berkongsi maklumat serta pengalaman dengan anda semua..

Waktu kita dalam pantang adalah waktu yang paling sesuai untuk kita mengumpulkan susu perahan. Pada waktu ini pengeluaran susu adalah amat banyak dan jika kita konsisten dengan jadual memerah susu, insyaAllah kita akan dapat menyimpan stok susu dengan banyak.

Saya menggunakan teknik marmet (perah susu dengan tangan). Saya belajar teknik ini dengan en. google. Huu pada mulanya memang pengeluarannya kurang meriah tetapi jika kita kerap melakukannya dan yakin dengan keupayaan diri. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar dan menjadi mudah.

Nasihat saya kepada anda diluar sana yang sedang preggy dan bercita-cita untuk menyusukan anak tanpa menggunakan susu formula. Masa dalam pantang adalah masa yang bagus untuk menyimpan stok susu. Manfaatkan masa yang ada dan sekali sekala ajar sikecik menghisap susu menggunakan botol susu. Tujuannya agar sikecik terbiasa dan mahu menyusu susu ibunya menggunakan botol susu setelah ibunya bekerja kelak. 

Selamat maju jaya!!


RAGAM SIKECIK


 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. semoga sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu.. Pagini saya belanja anda semua dengan gambar-gambar ragam anak perempuan saya.huhuhu... sebenarnya dia tengah demamni.  Batuk dan selesema. Malam tadi semalaman tidak tidur sebab hidung tersumbat.. Mamanya pun tidur-tidur ayam jela bila anak tengah tak sihat macamni.. Moga cepat sihat yer nak.. mama rindu dengan ragam anak perempuan mama ini... 



Gambar diatas ini diambil di sebuah taman permainan di Daerah Sabak Bernam. Seronok betul dia bermain disitu. Insyaallah ada masa dan peluang kita sekeluarga akan berkunjung lagi ke taman permainan itu yer.. Huhuhu......




Friday, March 27, 2015

KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN


Salam jumaat semua… Mari kita berkongsi ilmu tentang Kemahiran Keibubapaan. Betapa sukarnya untuk menggalas tangungjawab sebagai ibubapa sebenarnya.  Al-Quran dan Hadis telah memberi garis panduan umum berhubung dengan kemahiran keibubapaan dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa adalah pemimpin dalam rumahtangga. Sebagai pemimpin dalam rumahtangga, mereka perlu mengetahui dan menguasai kemahiran tertentu.

Antara panduan kemahiran keibubapaan yang digariskan oleh Islam ialah:

1.    Ibubapa hendaklah berlaku adil, menjaga kebajikan dan suka memaafkan ahli keluarganya. (Surah Al-Nahl:90)

2.    Bersikap lemah lembut dan memberi pertolongan dan bimbingan. Kalau kekerasan digunakan, maka orang akan menjauhkan diri daripada kita. (Surah Ali’-imran:159)

3.    Ibubapa jangan menjadi kecewa dengan tingkahlaku anaknya dan anak pula jangan menjadi sengsara kerana perbuatan ibu bapanya. (Surah Al-Baqarah:233)

4.    Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang berakhlak mulia dan berlemah lembut dengan ahli keluarganya. (Riwayat Al-Tirmizi dan Al-Hakim)

5.    Mendisiplinkan Anak Dengan Kasih Sayang. Disiplin adalah merujuk kepada kaedah untuk melatih dan mempastikan anak mematuhi peraturan tertentu. Disiplin bukanlah bermakna menggunakan kekerasan. Satu kesilapan besar ibu bapa yang mendisiplinkan anak dengan memaki hamun, cacian, kutukan dan kekerasan kerana perbuatan itu dianggap mendera anak secara mental, fizikal dan akan merendahkan harga diri anak. Cara paling baik mendisiplinkan anak ialah dengan kasih sayang. Ibu bapa perlu secara tegas memberitahu anak bahawa ibu bapa lebih merasa senang hati, gembira, ceria dan sukacita jika anak melakukan sesuatu perkara positif. Anak juga perlu dilatih membuat kebajikan, dan pada masa yang sama ganjaran atau pujian perlu diberi bila anak membuat kebaikan sebagai usaha memperkukuhkan tingkah laku positif.



Thursday, March 26, 2015

KESEDARAN DIRI POSITIF


Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Pagini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang Kesedaran Diri Positif. Anak kunci kejayaan kepada kesedaran diri positif ialah, kesanggupan untuk belajar bagaimana cara bertenang dan bagaimana untuk terus bertahan dengan seribu kesulitan dan masalah hidup seharian yang kita tempuhi. Kita rela dengan semua itu serta menganggapnya sebagai lumrah.

Kita tidak perlu mengambil pil peransang, dadah ataupun cuba untuk mencari jalan keluar yang termudah bagi meredakan segala tekanan emosi serta melenyapkan perasaan hampa dan gagal. Tindakan ini tidak natural dan sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mental dan fizikal kita.

Janganlah kita bertindak terlalu emosional terhadap sesuatu yang belum terjadi, terlalu takut kesan yang masih beum terjadi, walaupun ia boleh terjadi. Janganlah kita melayan rasa marah yang menyala-nyala sehingga kita mengalami masalah seperti migrain, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

Sebaliknya, kita perkembangkan kekuatan kita, keimanan kita dan kekebalan emosi kita untuk menghadapi apa jua cabaran yang mendatang dan segala yang berkaitan dengannya. Kita mesti sedar bahawa kita mempunyai segala keupayaan dan kelengkapan untuk bertindak dan mencabar potensi diri kita.

Kesedaran diri yang positif ialah menyedari bahawa orang yang tidak membaca itu sama seperti orang yang tidak tahu membaca (buta huruf). Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan tidak ingin memperbaiki dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.

Kesedaran diri positif akan meransang diri kita untuk melakukan perbuatan yang positif. Kita perlu ingat, tidak ada sesiapapun didunia ini akan terlepas dari ujian dan di timpa masalah. Kerana memang itu janji Tuhan.. Lalui sahaja hari-hari kita dengan tenang dan bersangka baik dengan Tuhan dan orang disekeliling kita.. Kerana rezeki kita Allah yang tentukan… Walau bertungkus lumus mencari rezeki jika memang sikit rezekinya terima sahajala..memang mungkin itu sahaja rezeki yang ditentukan.

Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita..

Wednesday, March 25, 2015

SUAMI JIRAN SEBELAH RUMAH


Hahahaha... tetiba rasa nak wat entri dengan title ni pulak yer..

Sebenarnya suami saya bukan jiran sebelah rumah tapi jiran selorong sekampung dan senegeri.. hahaha statement tak boleh blah pulak..kalau dah sekampung mestilah senegeri kan..apala bahasa melayu saya ni yer..

Walaupun selorong dan sekampungni masa kami kecik-kecik tak pernahpun bertegur sapa. Main sama-sama masa kecik pun tak pernah.. Siapa sangka yer.. bila dah dewasa rupanya kami ada jodoh.. Cuma arwah ayahnya adalah kawan sekerja ayah saya. Sayani masa kecik-kecik dulu selalu ikut mak ayah bekerja. Taktau la menolong mereka ke mengacau je yer masatu..huhuhu...

Alhamdulillah di atas segala kurniaanNya. Saya, suami dan anak-anak... Inilah keluarga saya sekarang. 




Monday, March 23, 2015

BAHAYANYA TOKSIN DI DALAM BADAN KITA


Selamat malam semua, semoga sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu. Disini saya ingin kongsikan maklumat berkenaan bahayanya toksin di dalam badan kita. Kebanyakan rakyat di negara ini sejak dahulu lagi, lebih memberikan penekanan kepada kecantikan dan kesihatan luaran berbanding dalaman.
Sebenarnya tanpa kita sedari, untuk kelihatan cantik dan sihat, ia perlu bermula daripada dalam yang seterusnya akan membentuk kecantikan luaran.
Pakar konsultan produk kecantikan dan kesihatan RF3 World, Dr. Zannat Begam Sawal Hamid, 33, berkata, tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli set penjagaan kulit, namun tidak ramai yang terfikir untuk membuang toksin dalam badan.
Jelasnya, toksin merupakan bakteria yang terkumpul di dalam organ badan manusia seperti otak, jantung, hati, pituitari, pankreas dan organ pembiakan.
“Kesan pengumpulan toksin ini tidak dapat dilihat dalam jangka masa pendek kerana ia memerlukan masa untuk membiak dan bertukar menjadi penyakit. Justeru, kebanyakan masyarakat jarang memandang serius hal ini.
“Walhal pencegahan daripada peringkat awal perlu dilakukan sebelum toksin bertukar menjadi bakteria jahat lalu menyerang bakteria-bakteria baik sehingga membuatkan sistem imun badan menjadi lemah,” katanya yang pernah bertugas di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari, Kementerian Kesihatan selama tiga tahun.
Tambahnya, toksin lazimnya terkumpul di dalam badan seseorang disebabkan beberapa faktor seperti sisa makanan tidak dicerna sepenuhnya, merokok, terdedah kepada pencemaran udara dan mengamalkan cara pemakanan tidak sihat.
“Cara pemakanan yang tidak sihat di sini merujuk kepada mereka yang gemarkan makanan segera, kerap makan makanan yang dipanaskan melalui ketuhar dan jarang menjamah buah-buahan serta ulam-ulaman.
Kosmetik
“Selain itu, bagi mereka yang kurang melakukan senaman dan sering menggunakan alat kosmetik yang mengandungi bahan plumbum dan logam turut menyumbang kepada pengumpulan toksin ini,” ujarnya yang merupakan pemegang Ijazah Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Katanya, penggunaan alat kosmetik sering diambil remeh oleh wanita.

SELULIT di bahagian paha merupakan contoh simptom badan mempunyai toksin.


Mereka jarang meneliti kandungan di dalam alat solek yang digunakan.
“Sebenarnya, alat solek atau set penjagaan badan yang memberi kesan perubahan terlalu cepat adalah tidak elok digunakan kerana ia mempunyai kandungan bahan yang amat kuat sehingga mampu melunturkan warna kulit dengan pantas.
“Oleh itu, saya menyarankan agar masyarakat menggunakan produk-produk semula jadi atau mengenal pasti dengan membawa alat penjagaan yang digunakan kepada pihak kementerian untuk mengetahui sejauh mana kesan penggunaan bahan tersebut kepada tubuh,” jelasnya yang pernah bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Selayang, Selangor.
Sementara itu, apabila ditanya apakah penyakit yang boleh dialami oleh seseorang yang mempunyai toksin dalam badan, Zannat memberitahu, kanser dan masalah hormon seperti migrain, sakit sendi, kencing manis, ketidaksuburan, obesiti dan tiroid adalah penyakit yang popular dialami oleh masyarakat.
Menurutnya, antara simptom awal seseorang itu mempunyai toksin berlebihan dalam badan bila mereka berasa mengantuk berpanjangan, sistem imuniti rendah, kulit berjerawat dan bahagian keliling mata gelap.
Selain itu, badan terasa banyak angin, alahan, berat badan meningkat, kehadiran selulit, hormon tidak stabil dan kulit tidak sekata antara simpton yang turut dikenal pasti disebabkan toksin berlebihan.
Timun, Jagung, Brokoli dan Jus Delima bagus untuk membuang toksin
Bagi mengatasi masalah ini, Zannat memberitahu, mereka yang dapat mengesan masalah tersebut daripada awal perlu memperbanyakkan makan makanan beralkali seperti timun, jagung, brokoli dan jus delima.
“Perkara paling mudah bukan sahaja perlu dilakukan oleh mereka yang mempunyai toksin tetapi oleh semua golongan masyarakat adalah minum air mineral dengan banyak kerana ia dapat meneutralkan badan yang berasid.
“Jika keadaan masih tidak reda dan penyakit terus berulang, anda dinasihatkan agar pergi mendapatkan rawatan doktor dengan segera,” ujarnya lagi.
Jelasnya, jika ia tidak dirawat, dikhuatiri penyakit akan menjadi bertambah buruk sehingga boleh mewujudkan profil asid deoksiribonukleik baharu yang akan memberi kesan kepada anak yang bakal dilahirkan.


SULTAN IBRAHIM DIMAHKOTAKAN SEBAGAI SULTAN JOHOR


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempurna dimahkotakan dengan istiadat meletakkan mahkota oleh Mufti Johor, Sohibus Samahah, Datuk Mohd Tahrir Samsudin,  pagi tadi.

Istiadat yang sama turut dilakukan ke atas Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah diperkenan membawa gelaran sebagai Permaisuri Johor yang pertama kali digunakan dalam negeri ini.

Sejurus selepas itu, bedilan selamat sebanyak 21 das dilepaskan disusuli doa dan majlis mengadap Takzim.

Baginda kemudian berangkat ke Anjung Istana untuk menerima tabik udara dari tujuh helikopter yang satu daripadanya membawa bendera Johor.

Pasangan Diraja menaiki kenderaan terbuka kira-kira jam 10 pagi untuk memulakan perarakan di bandar sejauh 8 kilometer dan berakhir di Istana Bukit Serene.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim berangkat dari Istana Bukit Serene kira-kira jam 9.22 pagi tadi untuk ke Istana Besar, di sini bagi menyempurnakan Istiadat Kemahkotaan.

Sejurus tiba di Istana Besar jam 9.355 lagu bangsa Johor menyambut keberangkatan Tuanku sebelum berkenan memeriksa barisan kemahkotaan askar Timbalan Setia Negeri.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim yang  diadakan ini adalah yang keempat dilakukan oleh Sultan Johor dalam era moden.

Upacara pemahkotaan yang pertama ialah Sultan Abu Bakar pada 29 Julai, 1886, diikuti oleh penggantinya, Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar pada 2 November, 1895, dan kemudiannya Sultan Ismail pada 10 Februari 1960.

Turut berkenan hadir, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah selain Raja-Raja Melayu bersama kerabat damping serta pembesar negeri.

Sumber : Astro awani

LEE KUAN YEW


Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew meninggal dunia hari ini pada pukul 3.18 pagi pada usia 91 tahun di Hospital Besar Singapura..
Prosiding pengebumian dan urusan tempat untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir akan diumumkan kemudian.
Mendiang dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu pada 5 Februari lalu kerana radang paru-paru yang teruk.
Dilahirkan pada 16 September 1923, di Singapura, beliau dikenali sebagai pengasas Singapura moden, dengan mengetuai kerajaan lebih daripada tiga dekad, menjadikan beliau antara perdana menteri paling lama berkhidmat di dunia.
Sebagai pengasas bersama dan setiausaha agung pertama People's Action Party (PAP) (Parti Tindakan Rakyat), mendiang memimpin parti itu mencapai lapan kemenangan dalam pilihan raya antara tahun 1959 dan 1990.

Beliau juga menyaksikan pemisahan Singapura daripada Malaysia dalam tahun 1965.
sumber : BERNAMA

Sunday, March 22, 2015

INI IMPIAN KITA


Salam sejahtera semua... entri kali ini saya ingin kongsikan tentang isi kandungan buku yang baru diterima sempena majlis pernikahan anak buah. Tahniah dan selamat pengantin baru di ucapkan kepada Tengku Anis dan Tengku Hafiz. Terima kasih di atas pemberian buku ini.



Melangkah ke gerbang perkahwinan bukan sesuatu perkara yang mudah. Banyak dugaannya. Umpama kapal belayar dilautan luas. Pasti keadaannya akan ada gelombang, laut bergelora dan kadangkala tenang. Sebagai pasangan suami isteri sifat bertolak ansur dan bertimbang rasa itu amatlah penting.. Perlu banyak bersabar dan cuba untuk menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Ingat ini impian kita. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri kan..

Saya tertarik dengan kandungan buku ini. Kepada anda diluar sana yang ingin memilikinya bolehlah membelinya dikedai buku berhampiran anda. InsyaAllah memang bagus untuk di baca dan dijadikan panduan..

Saturday, March 21, 2015

BURUNG KELICAP KUNYIT SESAT DALAM RUMAH


Selamat malam semua...ini adalah kejadian yang telah berlaku pada hari jumaat lepas.. Pagi-pagi bangun tidur untuk menunaikan kewajipan, ada seekor burung kelicap kunyit sesat dalam rumah .. jenuhla saya cuba nak keluarkan dia dari dalam rumahni.. Asyik terbang dan berlegar-legar je dalam rumah. Sekejap diruang tamu sekejap di ruang makan sekejap terbang ke dapur.. Tidak pastilah dari pukul berapa burungtu sudah berada didalam rumah.. Inilah diantara gambar yang saya sempat snap.. huhuhu

Saya cuba matikan semua lampu dalam rumah dan hidupkan lampu luar agar burungtu boleh keluar melalui pintu tapi masih juga tidak berjaya. Mungkin sebab masih awal pagi. Jadi suasana di luar masih gelap lagi.. Burungtu ingat saya nak perangkap dia kot..huhuhu (pandai-pandai je buat andaian...)


 Alhamdulillah.. selepas pukul 7 pagi barulah burungtu dapat keluar daripada pintu ini.. Pulanglah ke tempat asalmu yer burung..huhuhu


Burungtu bertenggek pulak di atas wayar elekrik diluar rumah... ada member dia pun bertenggek sama..Tak pastilah pasangan dia ke, adik beradik dia ke atau kawan dia kan...huhuhu Entah apa yang diborak yer.. Agaknya dia cerita tentang pengalaman sesat dalam rumah saya kot..huhuhuhu..


ASAM PEDAS UNTUK DIA



 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat berhujung minggu...Hari ini saya masak asam pedas.. Asam pedas untuk dia.. huhuhu


Semasa entri ni ditulis kami dah selesai menjamu selera makan tengahari dirumah. Jadi lauk ikan asam pedas ni dah habis masuk dalam perut..huhuhu Alhamdulillah..




Disini saya sertakan resepi asam pedas saya. Selamat berkongsi resepi yer...


3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sebatang serai
segenggam udang kering
secekak daun kesum
asam keping
cili kering (siap di blend)
garam secukup rasa
air 2mangkuk

Ikan ikut sukahati (5-6 ekor ikan kembong)
jika ikan besar (seekor potong kecil)


Sebenarnya resepi ini boleh di adjust ikut keperluan.. yang penting bahan asasnya ada bawang merah dan putih, serai serta cili kering.. Kadang-kadang ada juga orang menggunakan asam jawa bagi menggantikan asam keping tu... jangan letakkan dua dua tau..nanti masam sangat..huhu selamat mencuba

Friday, March 20, 2015

TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM NAIK!!


Hukhukhuk.. taktaulah nak kata apa... tapi rasa terkesanlah sebab pengangkutan awam adalah sumber pengangkutan utama jugak untuk kami sekeluarga. Tambang teksi dinaikkan antara RM1.25 dan RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, berkuatkuasa serta-merta manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen bagi setiap kilometer bermula 1 April ini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mengumumkan kenaikan itu memaklumkan, ini adalah semakan semula pertama bagi tambang bas dan teksi sejak enam tahun lalu. 

Seingat saya sebelum bulan puasa tahun lepas tambang bas dah naik. Ni semakan yang keberapa yer.. 

Menurut Spad, penumpang yang menggunakan teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru perlu membayar RM8 bagi perjalanan sejauh lima kilometer berbanding RM6.50 sebelum ini, iaitu kenaikan sebanyak RM1.50.

Sementara itu, kenaikan lebih tinggi dilihat di Pulau Pinang dengan caj perjalanan sejauh 10 kilometer menggunakan Teksi 1Malaysia dinaikkan sebanyak RM8 iaitu daripada RM11.80 kepada RM19.80.

Spad juga sedang mempertimbang untuk menaikkan tambang perkhidmatan kereta api KTM Komuter, KTM Intercity, ETS, LRT dan Monorail yang akan diumumkan pada satu tarikh lain.

Rasanya dengan kenaikan kos sara hidup ini, kebanyakan rakyat Malaysia akan berusaha untuk mendapatkan pendapatan sampingan.. 


Semoga Allah meluaskan rezeki kita untuk menghadapi cabaran ini yer..aminnnn


Thursday, March 19, 2015

TERIMA KASIH NUFFNANG



hehehe... Syukur Alhamdulillah.. Disini saya ingin kongsikan CPUV (Cost per Unique Visit) Campaigns yang sedang on going di dalam blog saya. Alhamdulillah ada 6 iklan telah diberikan oleh pihak nuffnang kepada saya yang masih on going sehingga ke hari ini...terujanya saya.. hati berbunga-bunga tau..hehehe Terima kasih yer nuffnang.. Ini semua akan memberi motivasi dan menguatkan semangat untuk saya terus berblog..

Semoga selepasni semakin banyak iklan nuffnang berlegar-legar di blog saya dan kepada anda semua jangan lupa untuk klik iklan-iklan tersebut yer..Terima kasih di atas sokongan semua... 

Dan...jangan lupa tau...Kepada anda diluar sana yang mempunyai blog, saya galakkan joinlah nufnang ni yer.. sedikit sebanyak dapat menampung kos berbelanjaan harian kita yang semakin meningkatni... InsyaAllah.. 




BERKUDA KE SEKOLAH


Huhu, bunyinya macam seronok aje kan berkuda ke sekolah. Kita kat Malaysia jarang jumpa kuda apa lagi boleh menaiki kuda kesekolah. Tapi inilah yang berlaku DI GUANGGXI, China  tiga kanak-kanak berusia lapan tahun terpaksa menunggang kuda selama tiga jam setiap hari semata-mata mahu pergi ke sekolah yang terletak kira-kira 16 kilometer dari rumah mereka di Kampung Mudong.
Kanak-kanak itu, Huang Shijun, Huang Chenbin dan Huang Lingyan akan ditemani oleh datuk mereka iaitu Huang Fengjun yang akan berjalan kaki merentas jalan berbukit, berlumpur dan berliku sebelum sampai ke Sekolah Rendah Liuli.
“Selepas menghantar mereka, saya akan berjalan kaki semula ke rumah untuk menyambung kerja harian sebagai petani manakala kuda tersebut akan diikat berhadapan dengan kawasan sekolah,” ujarnya.
Kanak-kanak ini berkongsi dua ekor kuda untuk ke sekolah yang mempunyai seorang guru dan dua buah kelas terdiri daripada 19 orang pelajar setiap satunya.
Menurut Fengjun, denai tersebut merupakan satu-satunya jalan yang ada di kampung tersebut dan kadang kala ia tidak boleh dilalui terutama ketika musim sejuk.



Wednesday, March 18, 2015

CHOOSE TO BE HAPPY


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Semoga sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu...huhuhu

Entri kalini berkaitan dengan choose to be happy. saya ketengahkan isu ini kerana telah berlaku sesuatu yang melibatkan emosi happy pada kawan sekolah saya. Hari ini di dalam group whatups dia meluahkan isi hatinya. Betapa tak happynya dia setelah kematian suami, tinggal dirumah bersama 2 orang anak perempuan dan kakaknya sekeluarga berpindah bersama tinggal serumah dengannya. Menjadi sebuah keluarga yang yang besar.. Jika sebelum ini dia dan anak-anak hanya 3 orang kini bertambah bilangan jadi 11 orang. Kakak, abang ipar dan anak-anaknya seramai 6 orang..

Dia keluar bekerja untuk menyara keluarga manakala kakaknya dirumah menjaga anak-anaknya disamping menjaga anak sendiri seramai 6 orang itu.. Tentang pekerjaan abang iparnya tidak pula dinyatakan.. 

Kesian dengan nasib kawan saya. baru sahaja kehilangan suami, tiada tempat mengadu ditambah pula dengan beban menyara keluarga yang besar..

Semoga dia terus tabah dan kuat. Walaubagaimanapun dia mesti choose to be happy.. InsyaAllah

yang pasti Allah tidak akan membebenani hambanya melainkan sesuatu itu mengikut kemampuannya..

Bertabahlah.. 



'Allah tidak akan menguji seseorang melainkan sesuatu itu sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebaikan yang diusahakan dan mendapat dosa dari kejahatan yang diusahakan'

Al Baqarah :286



WOW IKAN KERAPU RM10,000



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. cerita yang sudah menjadi viral sehingga hari ini. huhu ikan kerapu besar berharga lebih rm10,000. Untungnya sapa yang dapat kan? ni akan memberikan motivasi kepada nelayan dan kaki pancing untuk mendapatkan ikan kerabu besar macamni...


Ikan kerapu bersaiz luar biasa dengan berat 168 kilogram berjaya ditangkap nelayan di perairan Tukau, di sini, kelmarin.
Ikan kerapu yang dijual lebih RM10,000 itu menjadi rebutan pengusaha restoran di bandar ini selain turut menjadi tumpuan orang ramai yang tidak melepaskan peluang melihat ikan bersaiz luar biasa terbabit.
Pembeli bertuah yang juga pengusaha makanan laut, Ah Tai Chian, 55, berkata, dia gembira apabila berjaya membeli ikan kerapu itu walaupun terpaksa berebut dengan pengusaha restoran lain.
“Ramai yang tidak ingin melepaskan peluang membeli ikan ini kerana ia satu yang pelik dan dipercayai membawa tuah kepada pembeli serta orang yang memakannya.
“Saya tidak kisah walaupun terpaksa menghabiskan wang ribuan ringgit asalkan ikan ini menjadi milik saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ketika ditanya harga sebenar ikan itu, Ah Tai enggan mendedahkan jumlah wang yang dilaburkan untuk membeli ikan berkenaan, namun dipercayai dia menghabiskan lebih RM10,000 untuk membeli ikan berkenaan.
Ah Tai berkata, ikan itu akan dijadikan hidangan istimewa di restorannya khusus untuk pelanggan yang inginkan hidangan berbeza.
“Saya difahamkan nelayan terpaksa mengambil masa lebih empat jam untuk membawa ikan ini naik ke atas kapal dan umpannya hanya ikan hidup,” katanya.
Huhuhu macamanalah rasa ikan sebesar tu yer? 


Monday, March 16, 2015

AJAL WANITA DALAM PANTANG


2 Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita wanita dalam pantang telah dibunuh kejam. Sedih dan pilu mengenangkan nasib bayi yang ditinggalkan. Mengapa sungguh tidak berhati perut pelakunya yer..

Dan hari ini, seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi, atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang masih berpantang bersalin di sebuah pangsapuri di Bandar Sunway, di sini, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Azmirul Shamsuddin, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Surya Wati Shawal. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai baju kemeja-T hijau itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan membunuh Rabiatul Adawiah Abd Aziz, 24, di Apartment Mentari Court, Sungai Way, di sini, pada 10.22 malam, 4 Mac lalu.Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Semoga kematiannya mendapat pembelaan, rohnya dicucuri rahmat dan jika pelakunya bersalah semoga pelakunya mendapat balasan yang setimpal. 

Saturday, March 14, 2015

CUTI SEKOLAH JIMAT BELANJA


Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Selamat berhujung minggu.. huhuhu..Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang untuk terus bernafas dan menjalani kehidupan seharian. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam ye..InsyaAllah.

Sebagai ibubapa apa perancangan cuti sekolah ini yer?huhu ada pesta belon di Putrajaya sekarangni. 2 tahun lepas kami sekeluarga pernah mengunjunginya. Memang best. Elokla bawa anak-anak berjalan-jalan sempena cuti sekolah ini.. Yang penting wangnya ada.. Huhu.. Ada masa tapi tiada wang.. duduk rumah jela jawabnya..huhuhu.. 

Tidak mengapa, sebenarnya banyak cara untuk mengisi masa lapang bersama anak-anak sempena cuti sekolah selain daripada berbelanja lebih ni.. 

WAKTU BERKUALITI UNTUK MAKAN BERSAMA
Kita boleh masak dan makan bersama-sama. Mungkin ketika sesi persekolahan, kita sibuk dengan rutin persekolahan jadi waktu untuk makan bersama terhad. Jadi waktu cuti sekolah inilah masa yang sesuai untuk kita makan bersama anak-anak. 


BERBASIKAL DAN JOGGING BERSAMA
Huhu hanya bermodalkan tenaga, berbasikal atau riadah bersama disekitar tempat kediaman juga selain bagus untuk kesihatan malah dapat mengeratkan silatulrahim diantara ibubapa dan anak.

BERKEBUN
Ini kepada ibubapa yang suka bercucuk tanam, bolehla mengajak anak-anak berkebun semasa cuti sekolah ini. Secara tidak langsung anak-anak dapat merasa sendiri susah payah ibubapa mencari rezeki. 

MENONTON TELEVISYEN BERSAMA
Pada masa cuti sekolah, ibubapa meluangkan masa bersama anak-anak menonton cerita kegemaran bersama sambil bergurau senda dan menikmati makanan ringan. 

Huhu ini diantara perkara yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang bersama anak-anak sempena cuti sekolah ini.. Selamat bercuti!!





Friday, March 13, 2015

TAM TAM



Huhuhu.. kalini saya nak kongsikan cerita anak lelaki saya. Time gambarni diambil semasa dia baru mula nak pandai bercakap. Papan tulis tu adalah pemberian ex bos suami saya. Cantikkan? Terima kasih ex bos suami..hihihi... Anak sayani lambat sikit nak pandai bercakap, umurnya nak masuk 3 tahun baru nak bercakap dan pandai membina ayat.. Walaupun pelat tapi okla kan.. Sebenarnya saya dan suami risau juga mengenangkan dia lambat bercakap nih..huhuhu.. Tam Tam tu dia panggil ketam..gembira betol dia da gambar tam tam kat papan tulis tu..huhu

Kini Alhamdulillah.. diam tak diam umurnya pun sudah nak masuk 4 tahun.. Dia sekarangni jadi anak yang paling banyak cakap..huhuhu ada je yang nak dibualkan, banyak bertanya dan suka menyakat adiknya..huhuhu


BIO SELEZA MEMANG SELESA



Assalamualaikum dan selamat petang semua...

Huhuhu kalini saya nak kongsikan cerita tentang bio seleza.. Sebenarnya sejak bersalin pada 1 Oktober 2013 sehinggalah Februari 2015 saya tak pernah period lagi.. badanpun rasa lemau jer. pening kepala.. Orang kata kalau breastfedding memang macamtu.. Tapi xbestla bila badan lemau rasa banyak angin je kan?huhuhu... 

Alhamdulillah setelah diperkenalkan dengan bio seleza oleh adik ipar.. sayapun tryla cuba pakai pantyliner nya..Kalau nak pakai pad tapi xda period macam rugi pulakkan..huhu harganya dahla mahal.. Jadi saya amalkan pakai pantylinertu setiap hari pada waktu siang.. Seminggu selepastu badan rasa ringan. Sebulan selepastu period yang ditunggu-tunggu pun datang dengan meriahnya.. Syukur alhamdulilah.. Period sudah datang teratur badanpun rasa selesa... Setakat hari ini bulan 2 saya sudah period dan bulan 3 juga saya sudah period..Huhuhu


Jadi kepada anda diluar sana yang mengalami masalah tak period berbulan-bulan, ataupun jika period tapi tak teratur, masalah keputihan dan badan lemau bolehla try pakai produk bio seleza ni yer.. Memang berbaloi dan selesa!!


Thursday, March 12, 2015

D'HERBS TERLAJAK LARIS




     Salam sejahtera semua... kali ini cerita tentang disebalik Datuk terlajak laris.. Semoga jualannya semakin laris.. Saya juga membeli lipstik keluarannya. Memang best.. Disini adalah serba sedikit cerita tentang beliau.  DATUK Aliff Syukri Kamaruzaman dikenali dengan panggilan 'abang terlajak laris' dan    'datuk terlajak laris'  menggunakan taglinenya  popularnya 'Terlajak Laris' untuk produk kecantikannya, D'Herbs.
Ternyata, bagi pengasas produk itu tidak kisah atau berasa jengkel dengan apa saja cacian masyarakat terhadapnya, sebaliknya berbangga kerana tagline itulah yang menaikkan nama serta perniagaannya maju jaya ke tahap sekarang.
Malah, ramai masyarakat termasuk di dalam laman sosial melabelkannya sebagai lelaki lembut gara-gara penampilan dan bersuara 'kepit' dalam pengiklanan berkaitan produk kecantikan.
Aliff Syukri berkata, beliau membuat apa saja untuk membangunkan syarikatnya selepas melalui pelbagai pahit getir termasuk strategi pengiklanan sehingga orang memandang serong personalitinya.
Katanya, beliau pernah menyamar sebagai pegawai pemasaran memandangkan tidak mempunyai pekerja dan sengaja menonjolkan diri sebagai seorang model dari Pakistan dan pengasas kosmetik. Strategi itu tidak berkesan tidak berkesan.
"Saya menukar strategi muncul di televisyen dengan menggayakan watak korporat, tetapi kesannya kurang menjadi. Selama dua tahun wang dilaburkan untuk pengiklanan habis begitu saja," katanya ditemui di kediamannya, baru-baru ini.
Sebenarnya seorang yang tegas
Beliau kemudiannya mencuba nasib menerusi pengiklanan di stesen televisyen lain dengan melakukan penampilan terbaharu iaitu daripada memakai baju biasa kepada baju berkilat dan daripada suara biasa kepada suara 'kepit'.
"Ternyata, sesuatu yang pelik itulah yang menjadi bualan masyarakat dan biarpun pelbagai tohmahan diterima daripada masyarakat, namun impaknya sangat besar kepada jualan," katanya.
Menyentuh mengenai taglinenya yang kini menjadi ikutan dan bualan, katanya untuk menjadi seorang usahawan berkredibiliti, seseorang tidak perlu meniru idea orang lain.
Jika dulu tagline digunakan tidak begitu menarik, tetapi selepas menukar gaya 'nyaring' hingga membuatkan sesetengah masyarakat berasa pelik dan menjengkelkan.
Ditambah pula dengan gayanya yang seakan-akan lembut, ramai yang beranggapan beliau adalah seorang lelaki lembut.
Katanya, itu hanyalah gimik di dalam memasang strategi perniagaan dan ia menjadi. Di luar, beliau adalah seorang lelaki normal dengan perwatakan serius, kuat bekerja, cerewet, tegas dan tiada perkataan 'tidak' dalam kamus hidupnya.
"Pada saya biarlah apa orang di luar ingin mengata mengenai saya. Saya tidak bimbang sekali pun kerana mereka tidak memberi wang kepada saya. Saya lebih utamakan kepada pelanggan saya yang membeli produk D'Herbs," katanya yang memiliki tiga cahaya mata berusia dua, empat dan tujuh tahun.
Tempuhi pelbagai cabaran
Mengimbas mengenai kisah jatuh bangun perniagaannya, Aliff Syukri berkata, bukan mudah berdiri kukuh dan mendapat kepercayaan masyarakat mengenai produknya.
Katanya, semuanya memerlukan pengorbanan, keyakinan dan cabaran penuh berliku.
"Masyarakat mungkin menganggap saya bertuah atas apa dimiliki hari ini, namun sebenarnya kejayaan itu bukan semudah seperti disangkakan. Perasaan malu harus dikikis terlebih dulu," katanya.
Anak ketiga daripada 12 adik-beradik ini terpisah daripada kasih sayang ibu bapa akibat perceraian dan memaksa beliau tinggal bersama neneknya.
Bermula dari situ, beliau melalui pelbagai cabaran dan kesempitan hidup sehingga mendorongnya berusaha mencari rezeki.
Kahwin usia 19 tahun
Situasi itu tidak menjadi penghalangnya untuk menamatkan zaman bujang. Memilih berkahwin pada usia 19 tahun bersama rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida Mohd Rashid yang ketika itu berusia 22 tahun, menjadi pembakar semangatnya untuk terus bekerja keras.
Beliau berkata, sebelum mengusahakan perniagaan kosmetik, bermacam-macam kerja dilakukan seperti menjadi pegawai perkhidmatan pelanggan, penjaga setor, model sambilan dan hampir menjadi pramugara.
Walaupun sudah bermacam-macam pekerjaan dilakukan, beliau belum merasai kepuasan. Justeru, berbekalkan minatnya dalam perniagaan, beliau cuba menjual produk kecantikan dari Thailand, Indonesia dan Filipina secara kecil-kecilan.
"Pada awal pembabitan dalam bidang perniagaan ini, saya hanya menjual kepada saudara mara dan rakan, kemudian dari rumah ke rumah. Ia dilakukan secara kecil-kecilan saja.
"Saya akui, saya memang buta teknologi dan tidak tahu persaingan di luar sana. Saya menjalankan perniagaan secara ortodoks, namun sambutan diterima sangat menggalakkan. Saya berjaya kemudian menjual produk di Pasar Tani.
"Dengan modal RM450, saya membuka sendiri khemah di Pasar Tani Seksyen 13, Shah Alam, diikuti Kelana Jaya dan Sri Andalas, Klang. Tiada istilah malu saya membuat apa saja termasuk demonstrasi memakai mekap, fesyen dan sebagainya. Saya juga buat promosi di kilang," katanya.
Selesa dan bersyukur
Malah, beliau tidak kisah menceburi bidang di dominasi wanita asal saja boleh diterima ramai. Sokongan isteri sudah mencukupi. Lama-kelamaan usahanya berhasil dan dalam tempoh dua tahun, beliau boleh membuka tiga kios menjual pelbagai produk kosmetik.
"Saya selesa dan bersyukur. Selama dua tahun mengusahakan jualan produk dari luar negara, saya terfikir kenapa tidak mencipta satu jenama buatan Malaysia. Orang Malaysia suka produk dari negara sendiri, tetapi kebanyakannya harga agak mahal.
"Saya mula menghasilkan jenama sendiri dikenali D'Herba, tetapi namanya seakan tidak glamor. Saya perlu mencipta jenama yang apabila orang dengar nampak gah tetapi pada harga berpatutan, lalu terhasilnya D'herbs," katanya.
Untuk berada di tahap ini, ia memakan masa yang lama memandangkan semuanya dilakukan sendiri tanpa menggunakan khidmat nasihat profesional, iklan, membuat pinjaman bank, bantuan keluarga dan sebagainya. Beliau bermula dengan kosong.
"Ketika berniaga secara kecil-kecilan, saya mahu menggunakan strategi yang mampu menarik perhatian pelanggan. Saya memang macam makcik-makcik, tidak malu mempromosi dari rumah ke rumah untuk memperkenalkan dan mencari ahli baharu produk.
"Bukan senang meyakinkan wanita di bandar, tambahan saya baharu berusia 21 tahun boleh menjadi pengasas kosmetik," katanya.
Kini beliau boleh berbangga kerana dalam tempoh enam tahun mengusahakan perniagaan kosmetik ini, beliau kini mempunyai 100 orang pekerja, 30 cawangan, 20,000 ejen di bawahnya dan tiga spa di Ijok, Sungai Buloh, Selangor dan Senawang, Negeri Sembilan
Malah beliau bakal membina empayarnya perniagaan dan bangunan sendiri bernilai RM24 juta terletak di tengah Bandar Kota Damansara.
Sokongan isteri
Bagi Nur Shahida, beliau tidak pernah terkesan dengan pandangan dan dakwaan masyarakat bahawa beliau bersuamikan lelaki lembut.
Beliau sudah mengenali suaminya sejak bertahun-tahun dan jatuh bangun membina perniagaan serta keluarganya dilakukan bersama.
Malah, beliau tidak sekali-kali mengambil kisah apa yang diperkatakan oleh masyarakat mengenai suaminya memandangkan perwatakannya memang seperti itu.
Katanya, suaminya seorang yang suka bercakap dan di awal penampilannya yang berbeza daripada karektor sebenar sehingga ramai yang memandang negatif.
"Pernah orang cakap suami saya pondan dan bermacam-macam lagi, tetapi saya langsung tidak tertekan dengan tanggapan itu.
"Ketika muka-mula membaca banyak komen di laman sosial berkaitan karakter suami, memang terasa geram dan mahu membidas kembali dakwaan itu. Tetapi saya memikirkan buat apa nak melayannya Jika saya layan, saya juga seperti mereka.
"Jadi saya tidak suka membaca komen kerana apa yang dilakukan itu hanya gimik semata," katanya yang sudah lapan tahun berkahwin dengan Aliff Syukri.
Beliau berkata, walaupun bermacam tohmahan dilemparkan, namun beliau bersyukur kerana suaminya sangat mementingkan keluarga dan jarang untuk keluar malam dan melepak bersama rakan-rakan.

   "Kebanyakan masa dihabiskan antara kerjaya dan keluarga. Biarpun sibuk pasti dia akan mencari ruang untuk bercuti bersama-sama. Jadi biarlah apa orang hendak mengata kerana saya kenal suami saya," katanya.

PROMOSI PENAPIS AIR CUCKOO

Selamat sejahtera semua...  PENAPIS AIR CUCKOO Harga promosi rm60 sbln sahaja!! akan tamat hujung bln ni..  Mari2 semua..sesiap...