Jom Klik Iklan

Wednesday, February 11, 2015

PERCUTIAN KE LANGKAWI


Terujanya hati untuk menjejakkan kaki ke Langkawi.. Rasa kagum dan tak sabar je.. Huhuhu ini kisah tahun 2012 yang lepas tau..Sekarang anak pun dah 3orang.. Opss hihihi..

Saje mengimbau kembali sambil mengabadikan memori indah itu di blog ini..hihihi
Manala tau kalau boleh dijadikan panduan dan rujukan oleh pembaca semua..

Kepada pembaca semua, jemputlah melancong ke Langkawi yer.. Langkawi adalah sebuah pulau percutian yang menarik dan tempat membeli belah yang best! Terutama kepada penggemar coklat, periuk belanga dan pinggan mangkuk..hihihi

Ini diantara gambar gambar semasa percutian kami sekeluarga ke Langkawi. Meh saya belanja anda semua dengan gambar-gambar percutian kami yer..hihi

Hati sayu dan hiba ketika melawat makam mahsuri dan melihat sendiri Telaga Mahsuri dan tempat dimana Mahsuri di hukum bunuh..

Ini adalah gambar Telaga Mahsuri. Kelihatan ramai orang mengambil air dari telaga ini. katanya boleh buat wajah berseri-seri bila basuh muka dengan air dari telaga ini.. Anda juga jangan lepaskan peluang datang dan mengambil air dari perigi ini yer..hihihi



Ini gambar ketika kami berada di kilang memproses minyak gamat. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat ini juga jika anda berada di Langkawi.. Rasanya tak sah melancong ke Langkawi jika tidak membawa pulang minyak gamat.



Ini gambar ketika kami dalam cable car.. Memang rasa gayat tapi seronok. Berbaloi la walaupun kena beratur panjang untuk menaiki cable car ini...hihihi.. Berjam-jam tau beratur baru dapat naik..dengan ragam anak-anak yang kepenatan lagi.. hihi tapi inilah pengalaman yang menyeronokkan..

Ok.. sebenarnya ada banyak lagi gambar. InsyaAllah saya belanja anda semua dengan gambar - gambar percutian di Langkawi untuk entri akan datang yer...

No comments: