Jom Klik Iklan

Saturday, February 28, 2015

MENGIMBAU KEMBALI KENANGAN LAMA


Salam mesra semua..esok akan bermula bulan Mac..rasanya macam baru je kan melalui hari-hari di bulan februari. ..huhuhu.. Semoga hari-hari mendatang yang kita lalui akan bertambah ceria dan dirahmatiNya.. sebenarnya tadi tengahari saya,suami dan anak-anak telah menghadiri majlis kenduri kahwin..

Majlis tersebut telah mengimbau kenangan saya sejak 17 tahun dahulu.. semasa menunggu result spm..saya telah menjadi baby sitter.mengasuh 2 orang anak kecil..Amal dan Arif, berumur 4 tahun dan 6 bulan.tinggal bersama mereka dan keluarganya..Sebuah keluarga yang baik dan amat mengambil berat... Sehinggalah result spm keluar dan saya dapat melanjutkan pelajaran di Uitm Shah Alam....

Hari ini setelah hampir 10 tahun lost contact, dalam majlis tersebut saya bertemu dengan mereka semula..rasa terharu dan sebak pun ada.. sekarang dah besar panjang budak kecik yang saya jagatu.....Arif berumur 18 tahun dan telah menjadi pengapit pengantin..huhuhu.. Amal pula sedang melanjutkan pelajaran di Australia..tiada dalam majlis tersebut..

Banyak kenangan bersama mereka suatu masa dahulu...huhuhu

Ukhwah fillah Abadan Abada...


Thursday, February 26, 2015

TERIMA KASIH DAUN KELADI



Hari ini agak sibuk dengan aktiviti harian.. Tak sempat untuk update blog.. apapun saya akan cuba untuk meluangkan masa dengan blog, sebab saya dah  jatuh cinta dengan blog...hehehe....   

Terima kasih daun keladi kepada yang sudi membaca entri saya.. Jemput berkunjung lagi dan lagi dan lagi yer..hehehehe..

Terima Kasih yang tidak terhingga diucapkan untuk semua.. Rajin-rajinla mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini.. InsyaAllah kita berkongsi info dan maklumat dari hari kehari... Semoga semua ini akan memberi manfaat dan kebaikan kepada semua..






Wednesday, February 25, 2015

IMAN ADALAH MUTIARA





lirik lagu ini  amat bagus untuk kita hayati bersama

Iman adalah mutiara

Di dalam hati manusia

Yang meyakini Allah

Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah

Merasa diri hamba padaNya

Tanpamu iman bagaimanalah

Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi

Dari seorang ayah yang bertaqwa

Ia tak dapat dijual-beli

Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua

Engkau mendaki gunung yang tinggi

Engkau berentas lautan api

Namun tak dapat jua dimiliki

Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah




Tuesday, February 24, 2015

CERITA HARI INI




Salam sejahtera semua..
Entri saya kalini berkenaan cerita hari ini...

Hari ini adalah hari pertama saya handle kursus untuk Tahun 2015.. Saya sendiri pun belum lagi menghadiri apa-apa kursus. Wajid hadir kursus 7 hari dalam setahun..Huhuhu nak join kursus apa yer agaknya nanti..

Cerita hari ini... saya ingin kongsikan tentang perlunya kita mensyukuri nikmat dan jangan cepat mengeluh.. Sebagai manusia yang alpa seperti saya, perlu saling ingat mengingatkan dan adakalanya dengan melihat sekeliling, barulah kita sedar dan harus lebih bersyukur dan tidak mengeluh sebenarnya..

Dalam kelas yang saya handle ada 2 orang peserta oku. Walaupun kelainan upaya tapi dia masih lagi mampu tersenyum dan boleh hadir di dalam kelas dan berdikari sama seperti peserta kursus yang lain.. Ketabahan dan semangat yang diberikan harus diambil iktibar untuk saya yang suka sangat mengeluhni.. Subhanallah..

Setiap manusia dijadikan dengan takdirnya tersendiri. 

Lalui hari-hari mendatang kita dengan gaya hidup yang sihat. Positif dan penuh rasa syukur... Kalau kita rasa kita susah, ada lagi yang lebih susah dari kita.. Kalau kita rasa kita penat ada lagi orang yang lebih penat dari kita.. kalau kita rasa kita lapar ada lagi orang yang lebih lapar dari kita... 

Terima kasih tak terhingga untuk suami tersayang sebab selalu menjadi tempat bersandar ketika saya lelah dan tempat mengadu ketika saya pasrah.. Terima kasih sebab selalu pinjamkan bahu ye..huhuhu.. I Love u En Suami...



Monday, February 23, 2015

MAAFKAN SAYA DOAKAN SAYA




Selamat petang semua. Semoga sentiasa sihat dan dirahmatiNya..Entri kalini saya tulis berkenaan dengan 'Maafkan Saya Doakan Saya'...

Sebenarnya saya dapat 'words' ini dari seorang penceramah pada tahun 2014. Saya lupa namanya,  beliau menyampaikan ceramah di tempat kerja saya sempena bulan ramadhan. 'Words' ini bagus kita ucapkan kepada sesiapa yang kita jumpa ataupun selepas selesai berjumpa dengan sesiapa tidak kiralah sama ada muslim ataupun non muslim..

Kita harus sentiasa memaafkan orang dan mendoakan kebaikan kepada orang lain. Dengan perbuatan ini, secara tidak langsung hati kita akan sentiasa tenang. Kita akan berlapang dada dan bahagia. 

Sebenarnya setiap manusia tidak akan lepas dari melakukan kesilapan samada secara sengaja atau tidak disengajakan. Justeru itu, dikesempatan ini  'Maafkan Saya Doakan Saya' ye...

Terima kasih kerana sudi membaca article saya. 


Salam Ukhwah..
Ana Impian


SANTAI BERSAMA KELUARGA



Salam sejahtera semua. Bertemu kembali kita di dalam entri saya pada kali ini.. Sempena cuti sekolah dan cuti umum yang lepas tentu banyak aktiviti dilakukan bersama keluarga bukan?

Huhuhu waktu cuti adalah waktu yang berkualiti untuk kita nikmati bersama keluarga.. Hargai dan gunakan waktu sebaiknya kerana masa yang sudah berlalu tidak mungkin akan kembali.

Gunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya.. Untuk ingatan saya dan semua pembaca. Hargai 5 perkara sebelum datang 5 perkara..

Masa muda sebelum tua
Masa sihat sebelum sakit
Masa lapang sebelum sempit
Masa senang sebelum susah
Masa hidup sebelum mati.......

























































LLL

Wednesday, February 18, 2015

5 TIPS BAHAGIA BERUMAHTANGGA



Entri kalini saya ingin kongsikan tips untuk bahagia di dalam berumahtangga. InsyaAllah semoga kita sentiasa bahagia dan sentiasa dirahmatiNya.. Bahagia itu sebenarnya subjektif.. Tidak boleh diukur dengan sesuatu yang dilihat.. Tapi kita yang mengalami akan MERASAI BAHAGIA itu..

1) Hormati pasangan anda.
Jika ada sebarang ketidakpuas hatian anda terhadap pasangan. Jangan bersikap panas untuk terus menghembur pasangan. Sebaliknya, tarik nafas dan cuba bicara berdua di dalam nada yang lembut supaya pasangan anda tidak rasa tercabar dengan pendapat serta luahan anda mengenai perasaan rasa tidak puas hati tersebut. Hormat suami sebagai ketua keluarga. Serta hormat isteri sebagai peneman serta ibu kepada anak-anak anda.
2) Luahkan rasa cinta anda terhadap pasangan setiap hari
Tahukah anda, dengan hanya mengatakan anda sayang dan cinta itu telah boleh merubah hati yang suram kepada hari yang indah dan penuh dengan bunga-bunga? Rendahkan ego dan rasa malu. Katakan pada pasangan bertapa indahnya hidup anda memilikinya sebagai teman hidup. Pujilah jika mereka tampak kacak dan cantik dari hari biasa. Jangan segan untuk berjalan berpegang tangan ketika berjalan berdua di luar. Kerana dengan luahan ini, telah menjadikan hubungan anda dan pasangan penuh dengan bunga cinta.

3) Hargai pasangan anda
Mungkin setelah sekian lama bersama, 1001 perangai pasangan anda telah anda ketahui. Sesungguhnya tiada insan sempurna di dalam dunia. Jika ada sebarang rasa negative, gantikan fikiran dengan fikirkan perkara baik dan positive yang telah dia dan anda lakukan bersama, atau yang telah dia lakukan untuk anda. Jangan cuba mengubah seseorang. Nilai dan pandanglah diri sendiri terlebih dahulu di dalam cermin, buat penilaian diri. Layakkah anda mengubah pasangan anda? Hargai kehadiran mereka. Ucap terima kasih dengan setiap apa dilakukan dan sentiasa memberikan kata cinta supaya dengan ini mereka rasa dihargai dan kewujudan mereka disedari. Jika anda mempunyai rezeki lebih, berikan pasangan hadiah tanda terima kasih anda kerana kehadirannya di dalam hidup anda.

4) Komunikasi antara pasangan
Oh wanita mahupun lelaki, keduanya mempunyai ego tersendiri. Siapa kata ego lelaki tinggi? Perempuan tidak terkecuali. Jadi, untuk menjadikan perkahwinan anda dan pasangan indah dan bahagia, terapkan nilai hormat di dalam diri masing-masing. Jangan sesekali meninggikan suara untuk menunjukkan siapa benar dan siapa salah. Dan di dalam perkahwinan juga tiada istilah anda adalah boss. Meskipun suami adalah ketua keluarga. Tetapi kaum Adam harus peka, dengan kuasa yang anda ada, jangan tersalah guna. Untuk kaum Hawa pula, jangan mudah marah dan menyalahkan pasangan. Komunikasi amat perlu untuk membantu anda dan pasangan saling memahami antara satu sama lain. Luahkan rasa anda supaya tiada apa yang terpendam di dalam hati. Jika pasangan anda mempunyai masalah, jadilah bahu dan telinga mereka. Dengar setiap apa yang mereka luahkan, nasihat jika perlu.

5) Wujudkan suasana romantik di rumah
Kebersihan amat lah penting. Bersihkan rumah anda. Jika ada kelapangan, ajak pasangan anda bersama lakukan aktiviti mesra di rumah. Seperti masak bersama, kemas rumah bersama dan lain-lain lagi. Kepada kaum Hawa, jagalah kebersihan suami anda. Kebersihan diri mereka. Makan, pakaian serta kebersihan diri seperti rambut, wangian badan, jambang dan etc. Gunakan panggilan mesra antara anda dan pasangan di mana sahaja anda berada. Supaya rasa sayang itu sentiasa ada di dalam setiap kata dan perbualan anda.
Ini antara tips yang boleh kongsikan agar anda dan pasangan lebih bahagia. Paling penting, pasangan haruslah pandai memainkan peranan masing-masing dan mengetahui tanggungjawab yang dipikul. Kebahagiaan hubungan anda sebenarnya terletak pada anda sendiri. Jangan berhenti mencuba jika anda rasakan rasa mesra dahulu, yang pernah anda rasa telah hilang. Teruskan mencuba. Paling utama, jangan putus berdoa kepadaNya. Kerana Dia Maha Kuasa, Maha Mengetahui. Kepada pasangan yang baru sahaja melayari bahtera cinta, rasa kasih dan sayang yang membuak-buak di mana anda merasakan dunia ini hak milik anda, jangan terus hilang rasa itu. Pegang dan kunci rasa itu, biar selamanya begitu.
Percayalah, anda mampu bahagiakan hubungan anda! Semoga berjaya!












SELAMAT TAHUN BARU CINA



Huhuhu... esok dan lusa adalah cuti umum kerana sambutan Tahun Baru Cina. Sebagai seorang rakyat Malaysia saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Semoga negara kita aman damai dan harmoni sentiasa.

Kepada pembaca yang bekerja dengan bos cina tentu dapat angpau banyak kan..huhuhu Tahniah di atas kerja keras anda semua ye.. Inilah bonus hasil kerja keras anda bekerja..huhuhu

Disini sayapun tinggal di dalam masyarakat majmuk. Ada Cina, India, Melayu, Jawa dan Banjar.. Ada juga orang dari negara jiran seperti Indonesia dan Bangladesh.  Membesar dari kecil di kelilingi dengan masyarakat berbilang bangsa. Tiada yang lebih utama melainkan kita terus mengekalkan perpaduan di antara kaum dan bangsa...

Akhir kata, Selamat Tahun Baru Cina. Selamat bercuti untuk Semua..


Tuesday, February 17, 2015

ADAKAH ANDA SAKIT TEKAK?




SAKIT TEKAK adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak dikenali sebagai pharyngitis jika ia membabitkan bahagian farinks dan tonsillitis jika membabitkan kedua-dua bahagian tonsil. Apabila membabitkan kedua-dua bahagian farinks dan tonsil, ia dikenali sebagai pharyngotonsillitis. Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Kesakitan sewaktu menelan adalah simptom lain yang biasanya berlaku ketika sakit tekak. 

Biasanya sakit tekak lebih teruk pada waktu pagi dan kesakitan berkurang keesokannya. Penyakit ini sangat mudah berlaku, terutama di kalangan kanak-kanak. Ia disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu. Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin.



Punca Sakit Tekak Adalah : 
 

1) Jangkitan bakteria – disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikasi   demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang

2) Jangkitan virus – kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari,bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah 
Epstein-Barr, yang  menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.

3) Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher. Jika sakit tekak disebabkan virus
Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).

4) Tonsilitis - ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa   selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak.

Sakit tekak yang biasa kita dengar adalah tonsil. Bukan sahaja orang dewasa yang dapat penyakit ini malah kanak-kanak juga banyak yang mengalaminya. Tekak kita akan menjadi perit atau pedih jika menelan makanan/minum. Ini akan menyukarkan kehidupan kita seharian. Jika berlarutan, maka segeralah berjumpa doktor. Doktor akan memeriksa tonsil dan belakang kerongkong untuk melihat tanda jangkitan seperti kemerahan atau nanah.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, tonsil yang bengkak boleh menghalang laluan udara dan menyukarkan pernafasan. Ini akan menyebabkan apnea tidur (kerap terjaga ketika tidur) dan beberapa masalah kesihatan lain. Malah, jika tidak rawat tonsilitis juga boleh mengakibatkan pengumpulan nanah di antara tonsil dan tisu lembut di sekelilingnya (lelangit lembut). Nanah ini boleh merebak memasuki salur darah, ke leher atau dada; bagaimanapun kes seperti ini jarang berlaku. Sesetengah jenis bakteria Streptokokal menyebabkan tonsilitis mengakibatkan keradangan buah pinggang (
nefritis) atau demam reumatik iaitu keadaan serius yang memberi kesan buruk kepada jantung, sendi, sistem saraf dan kulit.

 

Antara gejala tonsilitis ialah : 

- Tekak bengkak dan merah

- Ada tompokan putih pada tonsil

- Sakit tonsil

- Sukar atau sakit untuk menelan

- Sakit kepala

- Demam dan menggigil

- Nodus limfa (pada rahang dan tengkuk) membengkak

- Hilang suara

- Sakit perut

- Mulut berbau

Monday, February 16, 2015

7 TIPS UNTUK CERIA




1. Katakan pada diri- “aku ceria” berkali-kali. masuk dalam bilik air dengan doa dan kaki kiri kemudian cakap kuat pada diri tatkala sedang ber’shower’- aku ceria. aku orang yang ceria. aku menceriakan orang lain. -air akan merakamkan semangat ceria itu dan menyeliputi diri sebagaimana dia membasahkan tubuh kita.

2. Niatkan dalam hati ketika sedang berbaring untuk tidur-esok aku adalah orang yang ceria dan menceriakan orang lain. mengucap dan berselawat. akhirkan dengan membaca 3 kali surah al-ikhlas.(sama seperti membaca 1 al-quran)

3. Maafkan diri sendiri. Maafkan orang lain. Doa supaya orang lain maafkan kita.
4. Tarik dan hembus nafas dalam-dalam sambil masukkan rasa syukur dan buangkan rasa amarah, hasad dengki, tamak haloba dan semua sifat mazmumah. buang satu persatu dengan teknik visualisasi. contohnya, tarik nafas, masukkan rasa syukur kemudian hembus nafas, bayangkan hasad keluar dan seterusnya.

5. Senyum selalu. kata pada diri, aku ceria, lahirkan pada wajah, senyum seikhlasnya. rasakan senyum itu datang dari hati. lihat perubahan pada wajah, automatik, wajah akan bertukar jadi manis dan berseri-seri. Hati serta -merta jadi tenang. masukkan terus rasa syukur. cubalah. rasakan perubahannya.

6. Berbuat baik dan berkata yang baik-baik. Jangan sekali-kali berfikir buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan pendapat itu melalui kata-kata.(mengumpat). ingatlah. what goes around comes around.

7. Sayangilah orang lain. sifat penyayang akan mengundang rasa sayang yang dilangit kepada kita., ucapkan doa terutama ketika basuhan kedua membasuh muka semasa berwudhu’- wa nur yusufa wajhi man roani yuhibbuni ( cahaya yusuf di wajahku, sesiapa yang melihatku akan mengasihiku).
Sayapun baru nak cuba amalkan..Jom kita amalkan bersama-sama


PANASKAN ENJIN KENDERAAN AWAL PAGI?


Hentikan memanaskan enjin kenderaan di setiap awal pagi..tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, motosikal dan sebagainya.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit.

Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 30 minit juga. 

Golongan kaki panaskan enjin seperti itu mesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.


Friday, February 13, 2015

BEBOLA IKAN ADA PLASMA HAIWAN

Gambar sekadar hiasan

Ini adalah info untuk dikongsi bersama. Semoga bermanfaat. Risau juga bila memikirkan tentang bebola ikan ini sebab anak-anak amat mengemari bebola ikan.
Pengguna beragama Islam dinasihatkan supaya tidak membeli dan memakan bebola ikan yang kebanyakannya dijual di pasaran kerana dikhuatiri mengandungi plasma darah haiwan termasuk babi.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jabatan kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Amri Abdullah (gambar kecil) mendakwa, plasma darah haiwan yang digunakan adalah terdiri daripada ayam, lembu dan babi bertujuan untuk mencantikkan serta menambah kualiti bebola ikan supaya menjadi lebih kenyal.
Menurutnya, laporan saintifik mendapati anggota dalaman dan luaran babi mampu menghasilkan 185 produk mi­salnya, usus haiwan itu boleh digunakan dalam pro­ses pembuatan sarung sosej manakala darah atau serum haiwan berkenaan ditemui dalam vaksin serta ubat.
“Berdasarkan hukum syarak, produk makanan yang me­ngandungi mana-mana bahagian haiwan yang tidak halal dan anggota manusia adalah tidak dibenarkan (untuk dimakan),” jelasnya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pensijilan Halal Jakim: Integriti Menangani Skandal dan Isu-Isu Berkaitan Halal di Malaysia pada Seminar Industri Halal di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.
Plasma darah merupakan bahagian cecair haiwan tidak berwarna dan diproses menjadi bentuk serbuk yang digunakan untuk menambah kepejalan dan keke­nyalan sesuatu produk.
Bebola ikan pula diperbuat daripada isi ikan jenis tenggiri atau kembung dan dikisar sehingga hancur serta dicampur dengan tepung ubi atau tepung jagung sebelum direbus untuk dimakan.
Menurut Mohd. Amri, pengguna Islam kini perlu berhati-hati dengan memastikan terlebih dahulu hanya bebola ikan yang mempunyai sijil halal dibeli di pasaran.
Tambah beliau, bagi memudahkan umat Islam ketika membeli barangan tanpa was-was, mereka perlu melihat sijil halal Jakim terlebih dahulu kerana ia terjamin halal, bersih, selamat, berkualiti dan dijamin.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Khan Ayob berkata, berdasarkan hukum syarak penggunaan plasma darah daripada haiwan sememang­nya haram.
Jelas Mohd. Khan, “lazimnya para pengeluar gemar menggunakan plasma darah haiwan dalam pembuatan makanan di­sebabkan ia murah dan mudah didapati,”

 rujukan : Kosmo

VALENTINE`S DAY


Sebagai manusia, kita perlu ingat mengingatkan. Esok adalah 14 Februari dan ramai pasangan bercinta terutamanya remaja akan meraikannya. Dikenali juga sebagai Hari Valentine`s.

Namun, sebagai umat islam, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang telah bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day.

 Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Hari Valentine`s Day HARAM di sambut oleh orang islam.

Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Rujukan : www.e-fatwa.gov.my

PERGINYA SEORANG ULAMA - TUAN GURU NIK AZIZ



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru  Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam. Bapanya Nik Mat bin Raja Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Tuan Guru Nik Mat Alim adalah seorang yang arif tentang imu agama.

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Sepanjang hidupnya, beliau sangat sederhana meskipun bergelar Menteri Besar. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampong.

Walaupun ketika beliau telah menjadi menteri besar, bidang pendidikan tidak pernah dilupakan. Beliau mengajar  agama setiap malam khamis dan jumaat serta mengadakan kuliah setiap pagi jumaat. Baginya mengajar adalah tugas mulian dan merupakan pekerjaan para anbia.
Kita sebagai rakyat Malaysia telah kehilangan seorang tokoh ulama yang berwibawa dan hebat.

Banjir besar di Kelantan baru-baru ini rupanya petanda besar kesedihan. Awan terlebih dahulu mengangis kerana mengetahui akan kehilangan seorang ulama hebat. Bumi pula menerima air bagi membersihkan dirinya untuk menerima jasad seorang ulama hebat… Ketepikan isu politik kerana kita semua saudara dalam islam..

Alfatihah…

Thursday, February 12, 2015

JADILAH IBUBAPA HEBAT


Ini adalah tips untuk menjadi ibubapa hebat.. InsyaAllah untuk dikongsi kepada semua dan panduan untuk saya juga. Manusia adalah seorang yang alpa dan harus ingat mengingatkan dalam kebenaran.. Sebagai ibubapa kita tidak dapat lari dari melakukan pengorbanan. Semoga pengorbanan kita akan melahirkan anak-anak yang cemerlang bukan sahaja didunia tetapi juga di akhirat..

1. Berkorban masa untuk anak


Bagi anak, nilai sebuah kasih sayang diukur daripada nilai masa yang diluangkan bersama iaitu bersama setiap anak secara individu.

Ia menuntut komitmen tinggi daripada ibu bapa tapi bagi mereka yang mementingkan anak, komitmen itu dilihat sesuatu yang biasa dan mudah untuk dilaksanakan.
Kebanyakan ibu bapa melakukan kesilapan de­ngan tidak menghabiskan masa dengan anak sebelum mereka bermasalah.

Sebaliknya, mula me­nyedari kesilapan apabila anak bermasalah lalu berusaha meluangkan masa untuk mereka.

Ketika itu keadaan sudah sukar untuk dikawal. Pemikiran anak sudah terbentuk dengan pelbagai andaian dan persepsi negatif yang membina jati diri mereka.

Ambil tahu perkembangan, persekolahan, kawan, hobi dan segalanya yang berkaitan dengan hidup anak. Jangan sesekali cepat campur tangan, nanti anak akan rasa terkongkong.

2. Korbankan perasaan dan ego kita

Ada ketikanya anak melakukan sesuatu yang melukakan hati dan mengecewakan, namun kita tidak boleh berputus asa.

Kesilapan, kesalahan dan kegagalan adalah guru penting dalam mendidik anak menjadi dewasa.

Mereka memerlukan kita untuk memahami jiwa dan pemikiran mereka. Mereka juga memerlukan kita ketika menghadapi masalah untuk menjadi pendengar dan penasihat yang baik.

3. Korbankan kehendak kita demi kebaikan anak

Ada ketikanya apa yang anak mahu atau lakukan adalah bertentangan de­ngan kehendak kita. Misalnya, anak lebih berminat dengan bidang kemanusiaan sedang­kan kita mahukan mereka menjadi jurutera.

Cuba ambil kira panda­ngan anak. Jika logik, pertimbangkanlah. Apa-apa keputusan dan tindakan yang mahu diambil pastikan ke­sannya positif terhadap anak.

4. Korbankan keseronokan kita demi keseronokan anak

Ada ketikanya kita terpaksa melakukan sesuatu yang bukan kegemaran dan keseronokan kita demi anak.

Setiap anak itu unik dan berbeza sama ada dari segi daya intelek, bakat, kebolehan dan kecenderungan.

Oleh itu, belajar untuk menyukai apa yang anak kita sukai untuk memupuk kehebatan dianugerahkan oleh Tuhan kepada anak kita. Malah, jika kita tidak berkebolehan, cukuplah dengan sokongan moral yang diberikan.

Anak perlukan kehadiran ibu bapanya dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Mereka mahu kita bangga dengan mereka. Oleh itu, puji apabila perlu dan bantu setakat terdaya.

6. Berkorban wang ringgit

Ramai ibu bapa mahu anak mereka berjaya tapi tidak mahu membuat pelaburan demi masa depan.

Harga sebuah kejayaan bukanlah murah. Jika ibu bapa perlu keluarkan wang untuk pendidikan dan pembentukan sahsiah, keluarkanlah tanpa berkira dan mengungkit.

Salah satu pelaburan yang pasti membawa keuntungan adalah pelaburan dalam pembangunan ilmu. Jumlah yang dikeluarkan hari ini akan memberikan pulangan dan kepuasan pada esok hari.

Pengalaman pelajar yang mengikuti program Motivasi Alihan Pelajar membuktikan betapa anak yang dulu­nya lemah dan sederhana pencapaiannya, prestasi pelajaran meningkat secara mendadak hanya dengan menghadiri seminar dua hari ini.

Ia satu bentuk pelaburan yang positif. Ada ibu bapa yang sayang duit dan merasakan bahawa program atau seminar motivasi satu pembaziran.

Mereka berpanda­ngan demikian disebabkan tidak mendengar cerita daripada ibu bapa yang berpuas hati selepas anak mendapat input positif.

Sebenarnya apa saja pelaburan bagi menambah ilmu di dada adalah pelaburan yang menguntungkan.

DATUK HASBULLAH AWANG MENINGGAL DI IJN


Takziah diucapkan kepada keluarga Datuk Hasbullah Awang, Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari tadi.

Beliau  yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Beliau merupakan pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara. Intonasi suaranya ketika mengulas berita sukan amat bagus dan bakatnya amat besar. Kita telah kehilangan seorang lagi permata Negara.  Semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah….

JOM SIHAT DENGAN BERJALAN KAKI


8 PENYAKIT BOLEH SEMBUH DENGAN BERJALAN KAKI

Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali kerana menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang. Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan yer.. Berikut adalah 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Pergerakan badan mampu melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara itu, berjalan juga boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara gerakan badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.


InsyaAllah.. Mari kita amalkan berjalan kaki dan kurangkan menggunakan perkhidmatan lif yer..hihihi.. Jom sihat!!


PERCUTIAN KE LANGKAWI PART 2



Hihihi bersambung lagi entry kita tentang percutian ke Langkawi.

Kalini cerita tentang Underwater World, kami melawat ke sini bersama keluarga. Melihat sendiri hidupan laut di depan mata memang rasa teruja dan seronok. Terutama anak-anak kami. Walaupun harga tiket untuk masuk ke sini agak mahal tetapi kami amat berpuas hati. Yang penting anak-anak kami seronok dan merasai pengalaman bertemu 'pingu' mereka secara live..hihihi



Kami juga melawat tempat beras terbakar yang terletak di Padang Matsirat.
Di perkarangan rumah inilah di katakan masih terdapat lagi peningkalan beras terbakar tersebut.


Inilah kenangan percutian kami di Langkawi. Selamat melancong ke Langkawi yer...