Jom Klik Iklan

Tuesday, January 20, 2015

APA ITU BAKTERIA LISTERIA MONOCYTEGENES??




Ini merupakan info yang boleh dikongsikan kepada semua pembaca tentang pencemaran epal berkenaan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata di pasaran domestik, pihaknya mengenalpasti dua pengimport epal jenis Granny Smith keluaran syarikat AS.

Menurutnya, pihak kementerian sudah mengarahkan pengimport berkenaan mengambil balik buah epal terbabit dari pasaran, sementara stok yang berada di premisnya juga sudah disita.

"Kementerian mengambil maklum isu pencemaran bakteria listeria monocytegenes ke atas buah epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran syarikat di California, AS.

 "(Epal itu) diguna dalam pengeluaran 'caramel apple' yang dikesan pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (USFDA) seperti dilaporkan dalam beberapa media antarabangsa sejak kebelakangan ini.

"Kementerian juga sedang bekerjasama dengan pihak USFDA mengenai perkara ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Hisham berkata, makanan yang tercemar dengan Listeria monocytogenes mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa ia sudah rosak secara fizikal (melalui penglihatan dan bau).

Pengambilan makanan yang tercemar dengan bakteria ini katanya boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan yang dikenali sebagai listeriosis.

Listeriosis katanya boleh menyebabkan demam kuat, sakit kepala yang teruk, kekejangan pada leher dan loya (nausea).

"Bagi wanita mengandung, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah adalah tergolong dalam kumpulan berisiko," katanya.

Justeru, beliau menyatakan jika pengguna mempunyai sebarang pertanyaan, mereka boleh merujuk ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat.


Berhati-hati ye semua..

No comments: