Jom Klik Iklan

Monday, December 1, 2014

TERBINANYA RUMAH IMPIAN

IMPIAN UNTUK MEMILIKI RUMAH SENDIRI TELAH PUN TERLAKSANA

Semasa entri ini ditulis sebenarnya sudah hampir 2 tahun kami menduduki rumah sendiri. Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya rumah yang di reka dan di impikan telah siap di bina dan telah pun di duduki. Alhamdulillah.

Cuma disini saya ingin kongsikan gambar dan maklumatsejak dari awal pembinaan rumah tersebut untuk koleksi peribadi dan tatapan semua pembaca. Semoga pembaca yang sedang tercari-cari idea untuk membina rumah dapat menceduk idea saya nanti. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya.

segala resit dan apa-apa yang berkaitan pembinaan rumah disimpan di dalam fail ni..


Ni pelan rumah..huhu hanya tulisan tangan dan gabungan idea bersama suami tercinta..Alhamdulillah dengan izinNya perancangan kami terlaksana.


Sebelum rumah dibina..perlula dibina jalan untuk keluar masuk rumah..


Tapak rumah telah dibina


Tiang dibina bukan pasang siap tetapi dicetak di atas tapak yang telah disediakan.


Rumah sudah hampir nampak bentuknya. Ni dari pandangan pintu belakang.


Ini ruangan didalam rumah


Sebahagian dinding luar telah di plaster 

Rumah sudah hampir siap..Design yang di reka di atas kertas telah terbina di atas tanah. Subhanallah..

Pandangan rumah dari sudut sisi

Alhamdulillah inilah rumah yang telah hampir siap..Tunggu entri akan datang untuk mengetahui cerita selanjutnya..

No comments: