Jom Klik Iklan

Friday, December 5, 2014

LANGKAH-LANGKAH MENCAIRKAN SUSU PERAHAN



(A) Peti Sejuk
Untuk susu perahan yang disimpan didalam bahagian sejuk didalam peti sejuk, 

  1. Lalukan botol di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika. 
  2. Rendam botol didalam mangkuk atau bekas yang berisi air panas/didih delama 5 minit
  3. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang di ingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika
  4. Jika didapati susu didalam botol terpisah kepada 2bahagian, goyangkan seketika untuk mencampurkan bahagian-bahagian yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
  5. Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda



(B) Sejukbeku (Freezer)
Untuk susu perahan yang disimpan didalam freezer


  1. Turunkan beberapa botol (mengikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejukbeku ke bahagian sejuk didalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan berlaku secara perlahan-lahan
  2. Perkara ini juga dapat menjimatkan masa apabila hendak memberikan susu kepada bayi anda nanti
  3. Apabila bersedia untuk memberikan susu kepada bayi anda, keluarkan 1 botol dan lakukan langkah-langkah seperti (A) di atas


TIPS


  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat psds botol sebelum menyimpan susu). 
  • Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diprlukan sahaja
  • Susu yang sudah dicairkan atau dipanaskan tidak boleh disimpan didalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi anda)
  • Susu yang telah dicairkan hendaklah dihabiskan dalam tempoh 4-6 jam
  • Susu perahan yang tidak dihabiskan oleh bayi anda boleh disimpan (dalam sushu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
  • Susu beku yang telah diturunkan kebahagian sejuk di dalam peti sejuk tidak boleh dibekukan semula dan perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam.(dikira dari masa menurunkan susu dari bahagian sejukbeku)
  • Susu yang disimpan didalam peti sejuk(susu perahan yang terus disimpan didalam peti sejuk biasa tanpa dibekukan didalam freezer) bertahan selama 7 hari.
  • Jika selepas 7 hari belum digunakan bleh disimpan didalam freezer untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya..INGAT YA..Ini untuk susu yang diperah dan terus disimpan didalam peti sejuk biasa bukan yang telah dibekukan di dalam freezer.Tetapi bau dan rasanya akan sedikit berubah kerana susu yang tersimpan lama di dalam peti sejuk akan menyerap bau daripada peti sejuk

TIDAK BOLEH

  • PANASKAN SUSU PERAHAN TERUS DI ATAS API DAPUR
  • PANASKAN DALAM KETUHAR GELOMBANG MIKRO
  • DIDIHKAN SUSU PERAHAN

Semoga apa yang saya kongsikan ini akan memberi manfaat dan panduan untuk semua. Walaupun nampak seperti remeh dan sukar tapi jika kita amalkan dan menggunakannya dengan cara yang betul, semua ini akan jadi lancar dan mudah..


No comments: