Jom Klik Iklan

Thursday, November 13, 2014

HALANGAN DAN CABARAN BUAT IBU MENYUSU!!


Entry Kali ni adalah berkenaan kisah cabaran dan halangan yang kerap dan selalu dihadapi oleh ibu2 menyusu bayi.. Menyusukan bayi x semudah yang disangka.. Orang sangkakan ibu yang memberi susu botol je, susah sbb nak kena buat preparation yang banyak dengan botol susu, susu tepung, air panas dah tu kena bancuh, cmpur plak dgn air sejuk.. memang susah sikit, tapi menyusu badan tak susah cuma diberikan sedikit ujian dari Allah sebab susu ibu tak payah nak beli cuma, ujian Allah utk melihat sejauh mana keikhlasan, kekuatan dan ketabahan ibu menyusukan anaknya dan niat utama menyusukan anaknya...

1) Susu yang tak keluar sebaik sahaja melahirkan

Cabaran ni mmg rata2 ibu mengalaminya dan jarang ibu2 yang menyusu dapat menyusukan bayi sesudah kelahiran... terutamanya ibu yang melahirkan anak pertama. Namun amalan, doa dan niat serta azam dan kekuatan, ibu2 dapat merasakan susu ibu keluar semasa mengandung lagi. saya Alhamdulillah dapat menyusukan ketiga-tiga anak saya sebaik sahaja kelahiran... Alhamdulillah... rezeki kita tak sama, tetapi DOA senjata yang amat berguna...


2) Nipple crack
Yang cabaran yg sangat menguji.. dialami ketika dalam pantang dan semasa baby menyusu terlalu kuat dan apabila baby dah tumbuh gigi awal... Biasanya 7 hari selepas breastfeeding baby kita akan alami nipple crack...

3) Nipple tenggelam
Kadang-kadang dialami kerana faktor2 semula jadi... Masa mengandung lagi kita patut urut semasa mandi... dan nurse pun da cakap hal ni... untuk elkkan nipple mengecil dan tenggelam... tapi masalah ni boleh diselesaikan dengan mengepam susu atau memakai nipple sheild... ianya membantu.. namun kekuatan utk atasi masalah sebegini haruslah kuat dari ibu dan sokongan suami...

4) Kurang sokongan
Kurangnya sokongan dari keluarga terdekat dan orang sekeliling... Banyak info yang saya dapat, keluarga terdekat yang tidak menyokong breastfeeding contohnya suami, ibu, ibu mentua, kakak, ipar duai dan seumpamanya.. termasuk juga rakan sekerja dan orang sekeliling... Orang yang bercakap-cakap ni memang boleh lemahkan semangat dan buatkan ibu2 menyusu tension... tapi fikir positif dan pekak kan telinga... untuk ahli keluarga, cari info2 pasal ilmu penyusuan moden, seperti cara pengedalian EBM, dan penyimpanan susu ibu, atau belikan buku Info pasal susu ibu dan ibu menyusu yang bekerja... untuk pembacaan suami, ibu dan ibu mentua... Hal cakap2 org sekeliling lebih baik jangan amik kisah.. masuk telinga kanan keluar telinga kiri... Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami dan menggalak breastfeeding kepada anak-anak saya.

5) Kurang Ilmu dan Persediaan
Inilah cabaran utama bagi ibu menyusu... tidak ada ilmu dan persediaan utk susukan bayi.. akhirnya bila berlaku semua masalah yang saya senaraikan di atas, mula mengalah dan patah semangat.. Cari dan galilah ilmu.. jika malas membeli buku, cubalah cari masa, gunakan hujung jari utk cari ilmu breastfeeding... saya cari gali ilmu breastfeeding melalui facebook melalui Kumpulan Ibu2 Menyusu... dan blog2 ibu menyusu dan memanfaatkan penggunaan browser search pada google sepenuhnya... tiada alasan untuk berjaya bagi orang berkehendak...

Semasa berpantang saya amalkan makan sup lobak putih. memang amat bagus untuk membanyakkan susu.

Usahalah selagi daya utk beri yang terbaik untuk si kecil.. ibu2 zaman dahulu pun susukan juga anak mereka, tapi xde rasa dan famous pun? sebabnya sekarang susu ibu ada persaingan dengan susu formula dan setelah kajian2 dibuat, ternyata, susu ibu lebih hebat dari susu formula... dan sedarlah, susu ibu anugerah semula jadi dari Allah, dan setiap ciptaan Allah ada kebaikannya... 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.. 
Sharing is caring

lobak putih

No comments: