Wednesday, February 14, 2018

JIHAD MENJAGA IBU YANG SAKIT



Sejak ibu ku sakit strok dan tinggal bersama kami sekeluarga memang banyak dugaan dan cabarannya. Adik-adik ku yang masih bujang 2 lelaki dan 1 perempuan juga tinggal bersama kami sekeluarga. Tambahan pula bila ada adik beradik yang tidak bekerjasama. Semuanya memang menuntut kesabaran yang amat tinggi. Bila sesuatu tu terjadi kat kita barulah kita tahu bagaimana perasaan nya. Hari ini genap 2 tahun arwah abah meninggal kerana kemalangan jalan raya.. Rasanya dugaan bertimpa-timpa dan cuba untuk terus tabahkan hati menghadapi semua ini..

Sebagai anak kita perlu banyak bersabar dan berdoa pada Allah semoga Ibubapa yang uzur diberikan ketabahan dan kesabaran sewaktu uzur. kesabaran dan ketabahan adalah pokok segalanya bagi meneruskan apa yang dilakukan. Adakalanya apa yang dipaparkan di media dan filem2 hanyalah pandangan satu pihak sahaja, namun realitinya menjaga ibu dan ayah yang sakit benar2 menguji kesabaran, keimanan dan ketabahan.

Paling penting tahap kesabaran yang tinggi serta sentiasa merasakan ini semua satu tanggungjawab besar yang diamanahkan Allah. Tidak hairan lah mengapa Allah suruh kita berbuat baik dan bersabar kepada orang tua khususnya kedua ibubapa. Ini kerana ketabahan dan keimanan seseorang itu amat di duga Allah disaat berhadapan dengan karenah kedua ibubapa yang uzur.

Memang benar hidup ini karma, jika kita berbuat baik pada kedua ibubapa insyaAllah anak2 kita akan berbuat perkara yang sama kepada kita. Harap-harap anak-anak kami nanti akan membalas jasa baik kami kelak. 

Teringat kisah pada zaman Rasulullah SAW ada seorang lelaki yang datang berjumpa baginda kemudian menyampaikan hasratnya menyertai jihad.

Baginda menjawab bukan seperti: “Adakah kamu handal dalam menunggang kuda?”, “Adakah kamu bijak bermain pedang”, “Adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?”

Sebaliknya baginda bertanya kepada lelaki berkenaan “Adakah kamu masih mempunyai ibu dan bapa?” Kemudian lelaki itu menjawab: “Saya sudah tiada bapa, tetapi masih mempunyai ibu di rumah.”

Baginda berkata “Adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya? Lelaki berkenaan menjawab: “Semestinya dia memerlukan saya.”

Baginda menasihatinya: “Pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana jika kamu berbakti kepadanya, sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti pahala jihad fisabilillah”.
Sahabat yang dimuliakan,

Nabi Musa a.s. ingin benar mengetahui siapakah yang akan menjadi temannya di syurga. Setelah diwahyukan oleh Allah mengenai sifat-sifat lelaki itu, Nabi Musa a.s. terus mencarinya.

Lelaki itu seorang penjual daging dipasar. Setelah menemui lelaki itu, Nabi Musa a.s. menyatakan hasratnya untuk menjadi tetamu lelaki itu beberapa hari. Lelaki itu bersetuju memerimanya.

Sebenarnya, Nabi Musa a.s. mahu melihat apakah amalan yang menyebabkan lelaki itu menjadi temannya di syurga kelak, Nabi Musa a.s. tetap merahsiakan tujuannya.

Setelah Nabi Musa a.s. memasuki rumah lelaki itu, baginda serta merta dihidangkan dengan sup daging. Sewaktu baginda menikmati sup, lelaki itu masuk kebilik dan keluar mendukung seorang wanita yang sangat tua lalu meletakkan diatas tilam. Lelaki itu menyuapkan sup daging kemulut wanita tua itu hingga kenyang. Selepas makan, lelaki itu menukar pakaian wanita tua tadi yang kotor terkena sup. Dia membasuh pakaian itu di sebuah telaga berhampitan rumahnya.

Agak lama barulah lelaki tadi menemui Nabi Musa a.s.yang sedang memerhatikan perbuatannya. Nabi Musa a.s. bertanya :"Siapakah perempuan tua itu?"

Lelaki itu menjawab dengan suara sayu, "Itulah ibu saya. Dia sekarang ini sudah terlalu tua.Tidak berdaya lagi menguruskan dirinya, sebab itu saya membuat segala-galanya. Maafkan saya kerana tidak melayan saudara makan sebentar tadi."

Nabi Musa a.s. merasa terharu mendengar kata-kata lelaki itu, hatinya berbisik, 'Alangkah besar bakti dan kasih sayang lelaki itu kepada ibunya. Patutlah Allah telah menyediakan baginya syurga di akhirat kelak.'

Kemudian Nabi Musa a.s. menghampiri lelaki itu dan menerangkan tujuan sebenar baginda ingin menjadi tetamu hari ini, "Saya ingin sangat melihat apakah amalan yang menyebabkan Allah SWT. menjadikan saudara teman saya di syurga kelak."

Sebaik mendengar penjelasan baginda, lelaki itu terus sujud syukur dan terus berazam akan meningkatkan keimanannya kepada Allah serta berbakti kepada ibunya.

Dalam Islam anak lelaki walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai keluarganya sendiri tetapi dia masih mempunyai ibu bapa yang tua dan uzur dan tidak mempunyai pendapatan, tanggungjawab memberi nafkah dan menjaga kebajikan mereka masih terpikul dibahunya.


Bagi anak perempuan pula apabila dia sudah berumah tangga dia terlepas tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya walau bagaimana pun tidak salah jika dia ingin berbakti kepada kedua mereka dengan syarat mendapat keizinan suaminya.

Semoga kami terus tabah dan sabar menjaga ibu.. Semoga ibu cepat pulih dan sihat seperti dulu..



Tuesday, January 9, 2018

ANAK-ANAK CERMIN IBUBAPA



Salam sejahtera semua.. kali ini saya ingin berkongsi tentang perlakuan anak-anak cermin ibubapa. Jadi tugas kita sebagai ibubapa tentunya inginkan anak yang berakhlak mulia dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Besar tanggungjawab dan peranan kita sebenarnya.


Ibu bapa perlu yakin, anak yang kenal dan cinta Allah secara tidak langsung akan kenal dan cinta ibu bapanya. Anak yang lupa Allah, bukan sekadar lupa ibu bapanya bahkan akan lupa dirinya. Hilang cinta pada diri ini menuju kepada kebinasaan.
Apabila anak itu sedar mengenai cinta Allah, sekali gus terdidik bahawa reda Allah terletak pada reda ibu bapanya. Disamping, cinta Allah akan merapatkannya dengan al-Quran yang terkandung di dalamnya berkenaan berbuat baik dan mendoakan ibu bapa.
Sesungguhnya, apabila ada cinta Allah, individu itu memiliki segala-galanya, tetapi jika dia miliki segala-galanya tanpa cinta pada Allah nescaya dia hilang segala-galanya. Kiraannya mudah, jika kita mengajar anak mengenali Allah tanpa mengharapkan sebarang balasan, nescaya Allah akan memberi ganjaran lebih banyak.
Selagi jasa selaku ibu bapa perlu dikenang oleh anak, selagi itu juga anak akan melupakan jasa baik ibu bapanya berpunca daripada terlepas didikan wajib yang utama iaitu mengenal Pencipta mereka yang juga Pencipta kepada kedua ibu bapanya.
Didik anak seikhlasnya tanpa menjangkakan sebarang balasan. Proses didikan sewajarnya bermula dari hati. Didik anak itu amanah bukannya jasa. Sebelum mendidik orang lain ada baiknya terlebih dulu didiklah hati sendiri.

InsyaAllah mama akan didik anak-anak mama seikhlasnya. Mama cuma nak anak -anak mama tahu menghargai kasih sayang. Sayangi keluarga. Mengerti akan erti sebuah kehidupan. Kehidupan dunia sebagai tempat untuk menimba ilmu dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. 


Tiada yang mengembirakan ibubapa selain daripada berjaya mendidik anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah. 




Monday, January 8, 2018

UJIAN ITU RAHMAT DARI ALLAH

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua..

Lama saya tidak bersiaran disini..

Terlebih dahulu selamat tahun baru 2018 diucapkan kepada semua... 

Selamat pagi semua. Sekarang ni kalau nak menulis kena tunggu mood datang. Diri pun sudah sibuk dengan urusan seharian.. Tahun ini 3 orang anak telah bersekolah.. Tugas sebagai seorang ibu dan isteri mengurus keluarga di samping sebagai wanita yang bekerja memang menuntut banyak pengorbanan.. Ibu kandung saya juga telah mengalami strok dan pendarahan di kepala dan sekarang terlantar di katil.. Ujian yang bermula tanggal 19 Disember 2017 memang memberi impak yang cukup besar buat kami sekeluarga.. Bagaimanapun kami masih rasa bersyukur sebab sehingga ke saat ini kami masih mempunyai seorang mak..yang boleh lg kami kucup tangan nya dan belai-belai.. yang boleh lagi kami bergurau senda dan kami mohon doa restunya walaupun mak kami telah strok separuh badan. Tambahan pula, kami telah kehilangan abah pada tahun 2016 kerana abah terlibat di dalam kemalangan jalan raya.. Perginya sekelip mata.. 

Mak telah selamat menjalani pembedahan membuang darah beku pada 20 Disember 2017. Alhamdulillah mak telah sedar daripada koma pada hari kedua pembedahan dan mak masih lagi kenal kami anak-anaknya.. Mak juga masih kenal setiap orang yang datang melawat mak..Ini adalah rahmat dari Allah..Saya menunggu mak 6 hari semasa dia sakit di hospital..dan mak request untuk balik ke rumah saya sebagai anak sulungnya..Alhamdulillah perjalanan pulang mak kerumah dipermudahkan. kami menyewa ambulans swasta dengan kadar bayaran rm260 dari Hospital Teluk Intan ke rumah saya di Kampung Parit Baru. 

Kini mak di jaga di rumah saya, waktu saya bekerja adik-adik yang tidak bekerja mengambil alih tugas menjaga mak..Saya dan suami menyiapkan bilik khas untuk keselesaan mak.. Mak juga kelihatan semakin pulih dan bersemangat setelah berada di rumah., Walaupun mak masih memakai lampin pakai buang dan hanya minum susu ensure sekurang-kurangnya inilah pengalaman peluang kami untuk menjaga mak semasa mak telantar sakit. Ujian ini kelihatan berat pada awalnya namun, rahmat Allah sentiasa bersama kami..

Berbalik kepada tajuk entri pagi ini. Ujian itu rahmat dari Allah buat hambanya. Bila saat di mana kita diberi ujian hidup itu tandanya kasih sayang Allah pada hambanya. Dalam meniti hari-hari, kita sebenarnya telah melalui pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Tanpa sedar atau pun tidak. Ujian Allah datang bersilih ganti menyapa diri dengan tahap kemampuan setiap hambanya.

Setiap dugaan kita berbeza-beza. Kita didatangkan dengan ujian yang pelbagai bentuk. Janganlah pernah rasa kecewa. Kala itu, Allah rindu untuk mendengar doa dan rintihan kita. Memang berat untuk menghadapinya namun kekuatan itu perlu ada dalam diri. Jika tidak kita akan terus hanyut dengan kesedihan. 


Saya kongsikan petikan yang ditemui untuk perkongsian bersama..

UJIAN KIFARAH DOSA ?


Apabila kita diuji..
Hati berbisik..
Orang sekeliling menasihati..
"Allah uji sebab nak hapus dosa"
Ya betul.... tapi..
Kita makin sedih.. makin kecewa.. makin meratapi dosa..
ALLAH jua diajukan soalan..
Kenapa dan Mengapa...
Kenapa aku.. kenapa aku.. kenapa aku..... ??

Wahai kawan.. berhenti sejenak.. tukarkan fikiran kita yang negatif itu.. 

Allah dah janji, 

INNA MA'AL' USRI YUSRO..
INNA MA'AL 'USRI YUSRO
INNA MA'AL 'USRI YUSRO
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

Nabi Muhammad juga diuji.. bahkan lebih hebat daripada kita.. adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badannya.. terputus dua.. adakah kerana DOSA ??

Sumayyah dicampak ke dalam parit api.. habis sekeluarga.. adakah kerana DOSA ??

Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia.. dihenyakkan batu besar diatas dada.. adakah kerana DOSA ????

Bukan.. bukan.. bukan..
Bukan kerana DOSA semata2..

Allah uji untuk MENAIKKAN DARJAT.. ALLAH UJI SEBAB DIA KASIHKAN KITA.. ALLAH RINDU AIRMATA KITA.. bahagianya !! 

Manusia tak suka tengok orang menangis.. 
Tapi ALLAH suka !!

BILA KITA MENANGIS, MALAIKAT TADAH AIRMATA.. SIMPAN DI AKHIRAT.. AIRMATA KEINSAFAN KITA YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU MEMADAMKAN API NERAKA.. 

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji..
Jangan menghukum diri apabila diuji..
Lebih baik ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. lepas salam.. istighfar dan selawat.. senyum memandang ke langit.. biarlah airmata berlinang.. bisik dalam hati sedalam-dalamnya....

"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."

Allah itu ADIL.. 
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah ..

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah... ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Itu sahaja perkongsian untuk pagi ini. Semoga bermanfaat untuk semua dan semoga kita diberi kekuatan dalam menempuh setiap dugaan hidup yang didatangkan kepada kita. 


salam kasih sayang...

Friday, August 25, 2017

JOM BACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT..


SURAH AL - KAHFI

Surat ini terdiri atas 110 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah. Dinamai Al-Kahfi artinya Gua dan Ashhabul Kahfi yang artinya Penghuni-Penghuni Gua. Kedua nama ini diambil dari cerita yang terdapat dalam surat ini pada ayat 9 sampai dengan 26, tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surat ini, yang kesemuanya mengandung i'tibar dan pelajaran-pelajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Banyak hadist-hadist Rasulullah s.a.w. yang menyatakan keutamaan membaca surat ini.

Berikut adalah khasiat Surah Al-Kahfi :

-Bersyukur dan murah rezeki
-Perlindungan dan keberkatan

Khasiat ayat 1-5 = Rumah yang makmur lagi berkat
1. Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya;
2. sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,
3. mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.
4. Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil seorang anak."
5. Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.

Khasiat ayat 10 = Soleh dan taat beribadah
(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."

Khasiat ayat 11 dan ayat 18 = Supaya tidur lena
11. Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu,
18. Dan kamu mengira mereka itu bangun, padahal mereka tidur; Dan kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka.

Khasiat ayat 39 = Murah rezeki, perlindungan, mendapat segala hajat
Dan mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu "maasyaallaah, laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan,

Khasiat ayat 82 = Untuk mengetahui benda-benda yang tersembunyi
Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya."

Khasiat ayat 107-110 = Untuk mengetahui berita orang yang hilang -Penggerak tidur
107. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal,
108. mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya.
109. Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."
110. Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa." Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya."

Saturday, July 15, 2017

PROMOSI PENAPIS AIR CUCKOO




Selamat sejahtera semua... 

PENAPIS AIR CUCKOO

Harga promosi rm60 sbln sahaja!! akan tamat hujung bln ni.. 

Mari2 semua..sesiapa yg belum ada penapis air atau sedang tercari2 penapis air..bole pm sy tau.. sebab apa sy syorkan penapis airni...

.😋 yg pertamanya sudah tentulah sbb kat rumah saya pn guna penapis airni. jadi boleh jd testimoni. 



👍keduanya sbb dgn adanya penapis airni cerek elektrik sy dh pencen awl tau..jd xperlu dh sy nk pnskan air..skrgni sy tekan je dh dpt air panas..kan mudahtu..lagi2 jika ada anak kecil nak mandi air pns atau nk bancuh susu..mmg semudah tekan jari jela👆.. 

ketiganya dr segi keselamatan, reka cipta penapis air ni untuk air panas dan sejuk ada 2 salur yg berbeza..dan jika nk dptkan air panas kita kena tekan punat atastu barula air panas keluar.maknanya selamatla jika ada ank2 kecil nak ambil air minuman mereka sendiri..xdala masalah ank2 terkena air panas kan...



😉    eKeempatnya pulak kalau perasan dari gambartu ada 2 salur air berbeza utk air panas dan sejuk jd kalau nk minum air panas dan sejuk dalam 1 masa kita bole dptkn airtu serentak..sekejap je kita bole dapatkan 1 bekas air sejuk dan 1 bekas air panas..jimat masa kan? kelimanya 😁 kalau dulu stok air masak sy sentiasa
habis..masak air 3x sehari pn masih lg xcukup utk simpan dlm peti.mmg sentiasa sold out..


Kelimanya dengan adanya penapis air sejuk/panasni.sy xperlu lg simpan byk botol air dlm peti sejuk seperti sebelumni..mudah kerja sy 😉anak2 kecil pn xdala buka tutup peti sejuk utk ambil air lg..lega sy sbb stok air pns/sejuk sentiasa cukup.maklumla semua org kat rumahni kuat minum air 


😘..keenamnya charge pemasangan PERCUMA..

Ketujuhnya servis dan penukaran alatganti PERCUMA sepanjang tempoh waranty..

Jadi apa tunggu lg..jom sertai saya..

 👍😍ada byk lg kelebihannya..marilah kita rasai bersama-sama.. berminat? pm saya yer...




Tuesday, April 11, 2017

Yayang Dedek Semakin Membesar



 Salam sejahtera semua.. Sudah lama saya tidak bersiaran di blog ni...dah bersawang blog saya ni..hihihi..


Buat semua kawan2 yang masih mengikuti perkembangan terima kasih di ucapkan...

kalini nak share tentang cerita anak bongsu saya.. Bongsu eak.. Moga2 la sebab rasanya cukupla dengan anak 3 orang yang semakin membesar ni...hihihi


Baby yang lahir pada tahun 2013..semakin membesar dengan sihat dan ceria..Syukur alhamdulillah... Sekarang dah bersekolah dan petah berbicara.. Hobinya suka mewarna..



 Yayang dedek ni nama timangan papanya beri.. Ada jugak yang pertikaikan nama timangan diani.. Sebab nama penuh Norfadhilatun Nisa tapi kami panggil dia dengan nama Ica, kadang Nisa,.. Kadang2 tu Mica.. Kadang anje.. Apapa2 jela yang kami suka nak panggil kan..

Ada yang cakap panggil nama betul dia jangan panggil nama lain.. Tapi orang tu pun husbandnya nama timangannya macam lain jer dari nama sebenar.. Oopss... huhu saya tak cakap kat diapun namanya nak kena ubah atau pertikaikan pun nama dia tu kan... Sukahatila nak pangil nama apapun...




Sebenarnya sayani tak berapa gemar dengan orang yang sibuk2kan hal orang  dengan benda remeh temeh macam ni.. Setakat nama pun nak jadi isu.. Alahai....

Lagik2 bila orangtu tak cakap direct kat kita tapi ada tukang menyampai...



Biarkan lah dia dengan cara dia tu.. Yang penting kami bahagia dan sentiasa ceria.. Sihat dan sentiasa berada di dalam rahmat dan lindungan Ilahi...




Semoga yayang dedek membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia akhirat... Ameen...

Wednesday, September 14, 2016

Mari2!! beli Japan Munafie Slimming Panty



Salam sejahtera semua...

Kalini saya ada produk bagus untuk di kongsi bersama. Mari2!! beli Japan Munafie Slimming Panty

Japan Munafie Slimming Panty ni dengan mudah boleh sorok kan perut yg geleber dan lemak-lemak berlebihan tu.. Dan panties ni juga dapat memberikan effect slim bagi perut yang boroi.

Panty ajaib! Pakai terus tersorok perut dan segala lemak dan selulit tu.. 90% customer yg sudah mencuba PASTI REPEAT ORDER!






KELEBIHAN MUNAFIE SLIMMING PANTIES.

● BUNCIT@BOROI HILANG DALAM SESAAT
● PERUT BUNCIT langsung jadi RATA !!!!
● Tak perlu risau sakit perut sebab ketat.
● Tak bergulung bila duduk.
● Tak berpeluh walau seharian pakai.
● Sangat selesa.
● Membentuk lekuk tubuh.


FUNGSI MUNAFIE SLIMMING PANTIES.

• Mengecilkan perut.
• Melangsingkan pinggang.
• Membakar lemak yang berlebihan.
• Menaikkan dan mengencangkan punggung.
• Melancarkan peredaran darah dan metabolisme.
•JAPAN SLIMMING PANTY sebaiknya di pakai sejak awal kerana dengan memakai terus akan mencegah kegemukan

~SELAMAT MENCUBA MUNAFIE SLIMMING PANTS~

Color : black, skin, brown
Free size muat sehingga pinggang 104cm..
Material sangat selesa dan breathable. Kain sejuk.

STOCK TERHAD!! 



Whatsup cepat!! +60122928371 (ana)


HARGA MAMPU MILIK HANYA  RM 10.00 untuk satu
Jika beli lebih harga postage tetap sama. Jadi apa tunggu lagi
Mari2 beli… 

Postage
Semenanjung Malaysia RM8
Sabah / Sarawak RM12



JIHAD MENJAGA IBU YANG SAKIT

Sejak ibu ku sakit strok dan tinggal bersama kami sekeluarga memang banyak dugaan dan cabarannya. Adik-adik ku yang masih bujang 2 le...